Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, June 30, 2010

itu pelangi cantekkkk~

pagi tadi. not as usual la.why?nerdsbb usually pegi keje tapi pagi tadi woke up early semata2 nak balik umah mummy amek baju kurung. nak pegi kenduri cik nafsiah kat melaka tu love. opss..pasni dh bertukar status jadik puan dah.hehe. congrats cik nafsiah.i'm hepi for u..kenyitjelir~hehe.

so get back to cerita mula2 tadi. aku nampakkkkk....guess what??kura-kura melintas jalan?nope..tu tak menarik. eksiden depan mata?itu ngeri..x mo..x mo..takbolesilap haribulan bleh spoilkan mood aku the whole daybusuk. biawak melompat dan menerkam cermin kereta aku?ngaaaa...tumbukbukan la..merepek aje.booOoo! actually aku nampak scenery yang cantikkkk sangat.cik pelangi di kaki langitlovelovelove.Subhanallah!memang seumur hidup tak penah nampak yang secantik tu. ade la aku ambil gambar nye tapi errrr..dalam gambo jadi tak cantik lak. gambo henpon je pun.so mmg x memuaskan la sedih. tapi seriously, live mmg cantik giler lapar. terpegun aku tadi. rasa cam ala2 kat alam fantasy gitew. nida in the wonderland!gatai(walaupun suasana sekeliling agak errr..x besh..haha). sudah2 le mengarut dan merepek..buwekkk jelir.




haihhhh...patutnye mane2 je aku gi mesti bw kamera supaya tak terlepas peluang utk capture keindahan alam yang kita sendiri tak kan expect bile nak jadi.kan?hmmm..nak buat cane..x mampoo jelir haha..alasan!ihikhikihikhikihikhik

Daisy: hmmm..so the whole day hati berbunga pelangi!!lovehaha.

Sunday, June 20, 2010

Nota sekeping hati

kau datang tika kau perlu
dan kau pergi tika aku rindu
aku mahu kau tahu
aku bukan boneka untukmu
bukan juga hiasan yang kau kunci di sangkar kristalmu
jika kini aku pergi tika kau rindu
dan aku tidak hadir tika kau perlu
saat aku diam membisu
ketahuilah hati ini bukan lagi milikmu..

daisy: :|

Friday, May 7, 2010

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Saturday, April 24, 2010

merompak vs berteater

Dah lama tak menulis di sini
aroma2 sunyi dan sepi pun dah meresap masuk dalam blog aku ni
lately tak de berita or cerita yang menarik or best pun yang nak dikongsi
minggu lepas punya ada la
tak sempat nak hapdet minggu lepas
sbb dah janji dengan bos
nak OT pas habis aktiviti luar aku

suatu hari dlm kete on the way gi mkn tengah ari..

bos: kamu ada aktiviti apa hah?merompak ah?
aku: ha'a
bos: sy join boleh a??
aku: mana bleh...
bos: kenapa x boleh?
mira: nnt hasilnya kene bahagi 2..
aku: btol3! (sambil angguk2)
bos: hahaha..ya la hah

hahahaha...bos yang klaka..i like my bos..
opss..kembang pulak kalau dia tau. slalu kalau dia tanya

bos: kamu suka saya tak??
aku: tak.

**mira je jawab suka during appraisal..
takot die tak tlg naikkan gaji le tu..hak3.
tapi kalau die tanye soalan tu kat aku during appraisal pun
aku akan jawab suka. wakakakakakakakaka


back to my aktiviti luar punya story
ekceli bukan pegi merompak pun
ada ka patut kata aku gi merompak
aku gi buat keje amal yang suci lagi mulia...hahahhaha
opss..buat keje amal x bleh bgtau
nnt riak dan takabbur pula jadinya
ingat tu kawan-kawan...hik3~

minggu lepas, berakhirlah sudah Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari
setelah 4 bulan diorg bertungkus lumus
berlatih..hafal dialog..buat set..cari props..kostum...plan itu ini..macam2 la
kredit utk semua ahli2 produksi Sireh Bertepuk Pinang Menari
it was my first time la join produksi yang besar kat penang ni
banyak yang dapat dipelajari
walaupun aku lebih banyak diam
tapi tak bermakna aku tak belaja apa2
aku belaja dari pemerhatian ja
segan lak nak tanya lebih2
hahahaha..ops..jgn tiru aku...malu bertanya sesat jalan
makanya next time banyakkan lah bertanya
kalau betul nak belaja

aku tau banyak suka duka cubaan dan dugaan
sepanjang pembikinan teater ni
ewahhh..ayat macam nak bikin filem pulak
but who knows..
maybe 1 day abg li kandaq ayaq nak buat filem pulak ka..hehe
jadinya..segala yang telah berlaku
jadikanlah ia sebagai satu pengalaman berharga
tak kiralah pahit ka manis ka masin ka tawaq hebiaq ka apa ka
yang penting kita blaja sesuatu
dan make sure ambil dari sudut yang positif aje
yang negative2 tu tak yah la amik bawak balik
tinggai ja..tak pun pi buang jauh2
kita bukan nak warnai hidup kita dengan warna2 suram dan tak cantek kan
tapi so far lebih banyak yang happy dari yang tak happy
puas hati dapat bekerjasama dengan mereka2 yang sememangnya berpengalaman
depa ni semua tak lokek ilmu
sangat friendly..professional..happy go lucky...
pendek kata tak kering gusi la dok ngn depa semua
release abis semua tension2 kat tempat keja
or keluh kesah yang ada dalam hati ni
haihhh..how i miss sireh bertepuk pinang menari so much!

thanks to all yang banyak bagi tunjuk ajar
dan menerima diri ini
and thanks to the Pengarah Sireh Bertepuk la wei
sbb kasi wa peluang masuk produksi ni
untuk semua tenaga produksi
if ada silap dan salah sepanjang kita bekerjasama ni
ampun dan maaf dipinta walaupun hari ni bukan hari raya..haha
thanks u olsss...the colors of my life!!

Saturday, April 3, 2010

Promo Sireh Bertepuk Pinang Menari lagi...

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)


Jom beramai-ramai menyaksikannya di Auditorium P. Ramlee
Taman Budaya Pulau Pinang
pada
16, 17 dan 18 April 2010
jam
8.30 malam
kupon masuk RM 5 sahaja





**rekabentuk poster oleh Latt~

Monday, March 29, 2010

Latest info related to SBPM


untuk tempahan kupon sila berhubung dengan cik saidatul aina di talian 04-2817791/92
sekian terima kasih~

(",)

Friday, March 26, 2010

Ku Tak Bisa-Jaclyn Victor

Benarkah itu cinta
Cinta yang ku cari
Jika benarlah ia ku bersyukur
Saat ku bersamamu
Sungguh ku hargai
Kau penawar segala buat ku
Sungguh ku tak menyangka
Ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Chorus
Ku tak bisa
Melupakan kisah cinta kau dan aku
Ku tak bisa
Menyayangi selain dirimu
Ku tak bisa
Menghadapi hari mendatang tanpamu
Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataanya

Ku tabahkan hati ini
Ku mohon padaMu
Berikan ku kekuatan mengharunginya
Ini semua terjadi takdir yang menentukan
Ku kuatkan semangat
Untuk meneruskan

Sungguh ku tak menyangka ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

Ulang Chorus

Aku redha apa yang berlaku
Berikan ku petunjuk
Agar ku sejahtera

Ulang Chorus

Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataannya

Ku tak bisa
Melupakan kisah cinta kau dan aku
Ku tak bisa
Menyayangi selain dirimu
Ku tak bisa
Menghadapi hari mendatang tanpamu
Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataannya
Ku tak bisa


Daisy: Jiwang2 la pulakkk..hik3~

Wednesday, March 24, 2010

Sireh Bertepuk Pinang Menari

Perhatian!Perhatian!untuk semua peminat-peminat teater yang dok ada kat sekitar penang ni...pada 16-18 April ni, jangan lupa mai Audi P.Ramlee. Ada teater baekkkk punya yang akan dipersembahkan. Hehe. Yang jauh2 tu pun kalau nak mai tengok sangat2 la dialu-alukan. Kupon dia 5 hengget ja. Tak mahai. So, mai la bawak kawan2, sedara mara, adik, kakak, abg, adik ipaq, tok cik, tok long, mak ngah, semua-semua la. kita tengok teater ni ramai2 na. Teater ni tajuk dia Sireh Bertepuk Pinang Menari. Karya Dato' Noordin Hassan. Sasterawan Negara kita.

Cerita dia macam mana?haaaa..alkisahnya beginiiii..pada suatu hari...eh, salah2..macam ni cerita dia. Ada satu negeri ni, Indera Mahkota nama dia. Diperintah oleh Sultan Idris Bestari. Baginda ni seorang yang berjiwa rakyat. Satu hari ni, baginda nak pegi belayar ke luar negeri, jadinya segala pentadbiran negeri baginda pun bagi la kat anakanda baginda iaitu Zahiruddin Shah. Lain pulak fi'ilnya Zahiruddin Shah ni ngn ayahanda dia. Lepas Sultan pegi belayar je, Zahiruddin Shah telah memecat wazir. Kononnya, wazir dah tua dan perlu berehat. Pastu baginda lantik plak wazir baru. Wazir baru ni banyak la bg cadangan kat Zahiruddin Shah. Dia suh Zahiruddin beli emas dengan rakyat pada harga yang murah untuk mengindahkan lagi istana supaya menjadi lambang kemegahan Indera Mahkota so, bila ada raja dari negeri lain datang melawat bleh menunjuk-nunjuk la...gitu..ish3~

Pastu Sultan Idris pulak, belayar sampai la kat negeri Langkapura. Negeri tu kaya dengan emas dan diperintah oleh Ratu Salbiah. Sultan Idris menyamar sebagai Mamanda Idris dan bertemu dengan Ratu Salbiah sebab baginda nak bg amaran tentang seseorang yang menyebarkan ajaran sesat kat negeri Langkapura tu. Pastu banyak lagi la kisah sepanjang dalam perjalanan Sultan Idris tu...

Yang Zahiruddin Shah pulak (ni cerita kat Indera Mahkota la pulak) sibuk dok indahkan Taman Sari baginda. Nak letak pokok-pokok dan bunga-bunga luar biasa la, bina sungai yg air nya biru la, haiwan liar la..macam-macam la. Pastu Baginda jugak nak pegi meminang puteri Langkapura, Puteri Kamaliah namanya. Negeri Langkapura kan kaya dengan emas, jadinya banyakla benefit yg baginda akan dapat kalau dapat kawen ngn Puteri Kamaliah. Masa baginda tengah berbincang dengan pembesar negeri, tiba-tiba, salah seorang dari pembesar negeri mempersoalkan tentang, bagaimana sekiranya peminangan ditolak?

Tuanku Zahiruddin pun berkata....Jika sekiranya peminangan ditolak, Negeri langkapura hendaklah mempersembahkan sepasang Sireh Bertepuk Pinang Menari....

Nak tahu yang selanjutnya..kena la mai tengok sendiri kat auditorium P. Ramlee Penang 16 sampai 18 April ni. Nak cerita kat sini panjang lebar tak best, kena mai tengok real punya cerita baru ada ummpphh..hahaha..jadi jangan lupa noooo..pakat mai tengok cerita ni ramai2. Banyak pengajaran yang akan disampaikan melalui teater ni. Sama-samalah kita menghayati dan semoga terhibur. Jumpa di sana nanti noooo... (",)

Sunday, March 21, 2010

Untuk Renungan...


taken from http://www.rediesh.com

Monday, March 1, 2010

Apresiasi buat produksi MR2

berakhir sudah azab manusia raja 2
azab??haha..ayat tak bleh blah
tak sangka pulak aku dah berlakon untuk produksi bakawalee
makanya en. usop cakap
aku sudah secara rasminya menjadi ahli bakawalee
perghhh!!
sikit punya lama baru diiktiraf jadi ahli
huhuhuhu
ape2 je la..yang penting aku happy
terima kasih banyak2 kepada semua yang terlibat secara langsung dan x langsung
terima kasih kerana sudi bagi peluang pada aku
risiko tau meletakkan aku di tengah pentas tu
sendirian!huhu
sebabnya aku bukan pelakon yang bagus
latihan kurang dari 2 minggu je
jadinya masa nak perform aku rasa macam kurang bersedia
but my boss cakap itu akan menjadi modus operandi bg manusia raja
tak nak nnt berlatih sampai nak muntah katanya
makanya bersedia atau tidak bolos saja dinding itu!!!!
bak kata zizan..hehe
thanks pada pengarah aku kak yus yang banyak bagi tunjuk ajar dan kata2 semangat!
yay!!semangat2!!
untuk semua yang terlibat menjayakan MR2
mintak maaf banyak2 andainya sepanjang produksi
ada salah dan silap terkasar bahasa
aku manusia biasa bukan manusia raja..haha
kepada kawan2 aku yang sudi datang menonton
(nonie,ilia,naim, mira, marul)
terima kasih
korang memang best!!
aku hampir give up (atas sbb hati kurang baik beberapa jam sebelum show)
tapi sbb korang dtg aku tak jadi give up
haha..buleh pulak macam tu kan
nonie & ilia!!!
terharu beb korang sudi tunggu sampai ayat terakhir aku kat atas pentas
walaupun masa tu dah pukul 9.40
dh la korang nak kejar bas balik pahang kol 10.30 mlm tu kat butterworth
terharu sangat!huhuhu..rindu korang!!!
aku tak kesah la kena marah pun (sebab aku pegi lobi time show)
janji puas hati dapat jumpa korang before korang balik
bukan senang nak dapat jumpa
kan??hehehe
sekali lagi
buat semua tenaga produksi MR2
terima kasih yang tak terhingga
atas segala kerjasama, tunjuk ajar, dan dorongan
harapnya lepas ni
boleh bekerjasama lagi untuk produksi seterusnya.
insyaAllah...
kalau panjang umur semuanya.

Saturday, February 27, 2010

I am very....

nervous rite now!!
show tak berapa jam je lagi
smlm rehearsal pun aku tak dapat buat yang the best lagi
hmmm...
feel..feel..feel...
tolong la dtg...
doakan yg terbaik untuk aku
tolong!
('',)


daisy: All the best Emma!!

Monday, February 22, 2010

Kawan saye =P

i really had a great time last saturday. betul. terasa sangat happy bila dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. time2 majlis kenduri ni la dapat jumpa kawan skolah dulu pun. kan? excited nak dengar cerita baru. tambah pulak yang jarang2 dengar cerita. 6 years i rasa i tak jumpa my very bestfriend yang sorang ni. last jumpa masa kat rumah aku la. masa tu nazhan kecik lagi. first and last die dtg tgk anak sedare aku. wedding die last year pun tak sempat menghadirkan diri atas sebab kesihatan yang kurang memuaskan at that time. Over excited plak bile jumpe mom to be ni. cute sangat. haih..tak sabar pulak nak boyot cam tu. haha. jadi kena la cepat2 kawen. oppss!out of topic pulak.

dulu dan sekarang dah banyak berubah. cuma tak sedar je tapi masih tertinggal lagi saki baki yang hidup seiring dengan kenangan tu. i mean. ada la benda yang tak berubah. haishh. rasa macam nak stay lama lagi dengan dia but what to do. tak banyak masa that day. i hope next time dapat jumpa lagi. oi!before ko bersalin aku nak makan laksa hang buat. tak kira! huhu. aku tau hang baca ni. hehe.

thanks weh, for the great time!tak sangka kan. kita dah 25 tahun!erk! cepat sungguh masa berlalu kan? ape2 pun. happy sangat and thanks for the Secret Recipe! i loike!



Mom to be with pengantin baru


seronok tengok dia makan. berselera sungguh!


p/s: buat zati & shahrul. selamat pengantin baru. moga kekal sampai akhir hayat!amin!

Friday, February 19, 2010

We have failed the task!

terkedu aku sekejap dengan kata-kata tu.
tapi, aku bukan langsung tak berusaha untuk capai misi tu.
dia je yang tak nampak semua tu.
tugasan tu memang simple tapi baru bg aku
baru la walaupun dah lama aku wujud kat sini
sebab sebelum ni tak pernah diberi peluang
bila ada peluang memang nak grab peluang tu
but alone?
not fair for me la
tapi tu bukan main pointnye
i can stand alone but i need time
i need time untuk jadi bodoh dan bertanya sini sana
tanpa perlu buang masa baca prosedur yg ntah apa-apa
i need time utk tebalkan muka bila
someone stare at you dengan air mukanya berkata-kata
la. tak kan yang tu pun you tak tau
kekangan masa yang membuatkan aku gagal!
gagal!gagal!gagal!
itu yang terngiang di telinga aku sekarang
my mistake!
fine!
will never let it happen again
but for what?
selama ni buat kerja bagus pun dia tak penah nampak
jadi adilkan?




dah tak de semangat dah aku nak terus wujud kat sini.


Daisy: Bulan penuh yang cantik!lambat benar kamu muncul!aku rindu pada wajah-wajah mereka yang sering aku lihat melalui kamu!Hanya waktu itu aku rasa hati aku benar dekat dengan hati mereka.

Thursday, February 18, 2010

dia

lama saya tunggu
tapi dia tak muncul-muncul
hmmmm.....

Wednesday, February 17, 2010

Kamu di mana?

Mood oh Mood
Kamu sudah lari ke mana?
Datang la
Kembali la
Balik la
uwaaaaaa!!!!!!!!!
serius
langsung tak de mood nak keje
masih swing2
pening2
laloq2
x nak kejeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!

Sunday, February 14, 2010

pusing

Situasi baru
Orang baru
Karenah baru
Cara baru
Aku pening!

Saturday, February 13, 2010

Manusia Raja kembali....

Assalamualaikum
buat semua peminat-peminat teater
Bakawalee dengan bangganya akan mempersembahkan kepada anda
Manusia Raja 2 (Monolog)
bertempat di Auditorium P. Ramlee, Taman Budaya Pulau Pinang
pada
27 & 28 Febuari 2010
Jam 830malam
tiket berharga RM5
dan boleh didapati di pintu masuk Auditorium

untuk tempahan
sila hubungi:
en. yusof (012-4274794)
mirwazi (012-5987879)
farhana (017-4477446)
nida (014-8412545)


Wednesday, February 10, 2010

live your life

Friday, February 5, 2010

coretan picisan sebelum lena dibuai mimpi indah

mata ngantuk tapi hati tak mau tido lagi. lepas habis keje tadi. terus pegi audi. malam ni ada latihan sireh bertepuk pinang menari. sampai sana pun dah lewat dah tapi jadi la dapat tengok diorang berlatih mengatur bicara sebaris dua. pengarah tak da pulak malam ni. ada hal. macam tu la aku saban hari. aku dengan dunia teater memang tak dapat dipisahkan lagi. aku happy dengan dunia aku.

bila penilaian DUSTA abes dulu. aku rasa dunia aku kosong. tiba-tiba. mati kutu aku dibuatnya. walaupun sebenarnya aku boleh je habiskan masa dengan aktiviti lain. tapi, aku tetap rasa tak lengkap. walaupun aku tak la terlibat secara giat dalam aktiviti teater di penang ni tapi asalkan dapat tengok orang berteater pun dah cukup bagi aku. dalam group aku tak banyak cakap. aku lebih suka memerhati. malu sebenarnya. aku tak sehebat diorang. eceh. tapi selagi aku tak pecahkan dinding di sekeliling aku selama itu la aku akan terus jadi seperti aku. dinding kurang keyakinan diri tu la yang perlu aku pecahkan sebenarnya. tapi macam mana ya. peluang?ya. ambil peluang dan kepercayaan yang telah mereka amanahkan. betul? kadang-kadang rasa tak mampu nak menjadi yang terbaik. mungkin sebab belum cukup bersungguh agaknya. jadi, kene usaha lagi la ye!

tahun ni, aku rasa aku berubah sikit kot berbanding tahun lepas. tahun ni aku banyak cakap sket berbanding tahun lepas. that is what i think la. what do you think? haha. program-program macam camping, family day etc. actually banyak tolong aku untuk buang perasaan malu tak bertempat tu. aktiviti macam ni bagi aku banyak kawan. i hope tak ada la yang cakap aku sombong sebelum kenal aku. masa skolah dulu, ade je yang cakap aku sombong. sebab aku tak suka senyum. haha. sekarang?ada tak yang merasakan aku sombong?hehe. harap2 tak ada la nooo.

apa-apa pun, aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. ye la. sape pulak nak yang tak baik pulak kan. untuk mereka-mereka yang selalu ceriangkan (ceria+riang) idop aku secara langsung atau tak. trimas banyak-banyak. sangat menghargai kalian dalam hidup aku. cewah! oklah, jisim kemengantukan telah bertambah. bed time story dah abes. jadi, jom masuk tido! selamat malam dunia!

Sunday, January 31, 2010

Jan 2010 dh tamat

Pagi petang siang malam tiap hari silih berganti tup2 dah nak habis dah bulan Januari kan. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Tapi, apa yang penting, masa-masa yang telah berlalu tu harapnya telah terisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri. Tak kisah la dari segi apa pun. Dari aspek duniawi mahupun ukhrawi. Paling penting apa yang dilakukan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Diri aku sendiri pulak, ada pembaharuan yang akan aku buat dalam tahun ini. Semuanya demi merubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Tak nak selamanya berada di takok lama. Kalau kita tak ubah diri sendiri, bila nak maju? dan kalau diri sendiri tak tolong diri sendiri, siapa lagi?betul? Jadinya tahun ini aku perlu berusaha keras untuk mencapai segala impian. Harap aku akan jadi apa yang aku ingini dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri sendiri dan juga family.

Sunday, January 24, 2010

Cuti-Cuti Malaysia~

Last week, 4 hari aku tidak berada di semenanjung. Ini pertama kali la aku meninggalkan bumi semenanjung. Keterujaan tu bleh difigurasikan pada tahap 200%. haha. Jarang sangat dapat peluang bercuti dengan family macam ni. Maklumla semua dah ada hidup masing-masing. Jadinya sekali sekala dapat luangkan masa macam ni memang best. Sangat!4 days of deviation from daily routine. Sorga donia. hahaha.

Hala tuju setelah sampai di bumi KK yang pertama, mesti la pegi homestay dulu. hehe. kitorg sampai pun lebih kurang pukul 11 mlm. so rehat dulu sebelum jalan2 ye tak. hehe. tempat pertama yang kitorg pegi melawat adalah kundasang. memang best!sejuk dan nyaman. bukan senang nak jumpa tempat mcm tu. tapi aku rasa cam bleh beku jugak duduk sana. jauh jugak dari KK ke kundasang. so kitorg bermalam kat sana. sewa homestay kat kampung sinisian. kitorg singgah beli sayur pastu gi ladang teh sabah. pegi hot spring. tapi pegi je la. tak turun dari van pun sebab time tu hujan . satu hari kat kundasang langsung tak nampak matahari. pukul 1 tengahari pun macam pukul 8 pagi.

Hari kedua balik ke KK. on the way tu kitorg singgah kat pekan Nabalu. Snap2 gambar sekeping 2 then shopping buah tangan untuk di bawa pulang ke semenanjung. sampai di KK, singgah pasar Filipina pulak. kat sini banyak jual gelang kristal n mutiara. rambang mata tak tau nak pilih mana satu. banyak sangat. barang souvenir pun banyak kat sini. tapi harga mahal sket kalau nak dibandingkan dengan souvenir kat pekan nabalu. hasil laut kat sabah memang murah2. sakan mak aku bershopping ngn besan dia. huhuhu.

dalam banyak2 yang ni paling best bagi aku. snorkling time kat pulau manukan. dari jesselton point ke pulau manukan perjalanannya makan masa lebih kurang 15 minit. batu karang cantik dan ikan2 yang gemok2 cute dan cantek sangat. sayang tak bleh amek gambar je. anak sedara aku si iffah ngn nazhan tu pun sibuk jugak nak pakai google. seronok la tengok keletah diorang. haha. layanzz. bertambah gelap aku berjemur di bawah terik matahari. mana tak nya kena layan si kecil iffah tu. suka sangat die main air sampai tak mau naik. ibu ngn ayah dia selamat bersnorkling time tu. tak nak bg die nanges ingat kat ibu dia so kena la layan. karang dia meraung susah nak pujuk.

malam tu singgah kat kg air. shopping lagi. barang2 kat sini lagi murah2. sakan lagi la mak aku shopping. haha. mak aje ke? sendiri tak nak ngaku plak. haha. last day before bertolak ke airport. kitorg pegi picnic kat tangjung aru. view die mmg cantik betul. dengan pemandangan air yang biru. Nice sangat! bila la dapat melawat sabah lagi. ok la. layan gambar je la kat bawah ni k.


@Kundasang


Homestay Kg. Sinisian, Kundasang


Pilih2 yang mana cantek


Pekan Nabalu. Nice view.
Belakang tu G. Kinabalu tapi kabus tebal sgt so tak berapa nampak.


Jesselton Point



Snorkler Cilik. Cewah2~



Tanjung Aru


Me, Iffah & the trademark


Bye2 Sabah


Daisy: Sabah sudah. Sarawak bila lagi?hehe~

Saturday, January 16, 2010

Awat jadi lagu tu?

ada mak ayah
di buang2
cuba fikir
apa perasaan anak-anak yatim yg mengharapkan kasih syg mak ayah
tapi x pernah dapat?
ish3~

Saturday, January 9, 2010

Jangan Menyerah

Jangan Menyerah
D'Masiv

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pastikan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Daisy: Daisy suka lagu ni. Sangat bermakna. wink2~ =p

Monday, January 4, 2010

ngeee~

1,2 dan 3 Januari 2010
satu permulaan yang baik untuk tahun 2010
senyum lebar2~