Alhamdulillah...
masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi Allah. apa yang berlaku dalam muka bumi ini banyak bagi kesedaran yang bahawasanya jodoh pertemuan ajal dan maut semuanya telah ditentukan. bila? hanya Dia yang tahu. muda bukan bererti usianya panjang. tua pula bukan bererti perlu menanti ajal menjemput di tikar sejadah. maut itu sesuatu yang paling hampir dengan semua org.
haish..
rasa macam sentimental pulak malam ni. moga Allah merahmati kita di atas muka bumi ni. moga sentiasa diberi perlindungan dan dilimpahkan rahmat ke atas kita yang masih meneruskan hidup yang masih bersisa ni.
so..
ape cer sekarang ye?tenggelam timbul aje kat blog ni. 6 bulan kot tak update. lama betul menghilang. kalau ade follower mesti follower dah ternanti-nanti. seb baik tak ade. hehe. ceritenye sekarang ni aku dah kembali ke UMP. sambung master pulak. orang lain dah nak habis aku baru nak mula. bukan terikut kawan nak sambung master ni. tapi itu yang aku cita2 kan sejak dulu. memang berhajat sejak undergrad lagi. pas degree nak keje dulu then baru nak sambung master pulak. kadang2 rasa macam rugi pulak tak sambung awal2. ye la. cepat sikit jadi orang berkerjaya. haha. tu la kau. tamak. hehe. bukan tamakkkk tapi nak senangkan family. buat permulaan ni banyak susahkan mak dan abah. mak, abah, sori. i will do my very best so that i'll never put both of u in trouble again. sori, sori and sori.
hmmm...
tolong doakan yang terbaik untuk aku. buat masa sekarang perlu melupakan minat aku buat sementara waktu walaupun hati ni sangat rindu. harapnya satu hari nanti aku dapat teruskan minat dan kerjaya serentak.
kawen?..
soalan lazim di kala melewati usia seperti aku. belum sampai waktu jawapan aku. masih ada yang belum selesai. lagipun jodoh terletak dalam ketentuanNya. insyaAllah.kalau ada jodoh tak ke mana. haha. ceh. jawapan tipikal or senang cite jawapan mengelak dari ditanya lebih2. lagipun definisi bahagia bagi setiap orang berbeza-beza. Dia lebih tahu apa dalam hati. hati cuma cakap senyum selagi mampu.
2011...
selamat datang. menutup tahun 2010 dengan 1001 macam kisah hidup dan kenangan suka duka. pengakhiran yang cukup baik untuk aku memulakan hidup baru. no more tears. no more hopes. give up untuk sesuatu yang sepatutnya diputus asakan (perkataan apekah??lalala..) sejak lama dulu. tenang dan damainye rase! cis! nape tak buat sejak dulu eh? sengal btol. haha. no regrets. things happened for a reason. yang paling penting, perjuangan tetap diteruskan selagi hayat dikandung badan. hehe. mulekan dengan semangat baru!!!
daisy: All d best cik daisy doakan untuk u ollss utk tahun 2011! :)
心声 inner thoughts
2 years ago
2 daisies blooming:
nida...sape kate xde follower heh?
anyway..happy new year, wish u have a great & wonderful year!
oh ada eh??
hehe..macih..
same goes to u
rindu mahu berteater bersama kamu!!!
Post a Comment