Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, February 18, 2011

sekadar berkongsi

kejadian tu dah 2 tahun pun berlalu. tapi perasaan yang aku rasa waktu tu masih segar. tak mungkin aku mahu ia berulang lagi. tapi kuasa Allah dan rencanaNya tak siapa yang tahu. kita hanya mampu berdoa dan meminta dariNya. selagi bernyawa, Dialah tempat bergantung. Nyawa itu milikNya jua. pernah satu masa aku rasa itulah malam terakhir aku di dunia. aku pun pelik apa sebenarnya yang menyerang aku pada waktu tu. habis seluruh badan aku membengkak. masa tu apa yang aku fikir hanya mati je. nak aje aku mesej semua kwn2 bgtau yang aku mintak maaf sangat2 atas segala khilaf dan dosa. aku tahu aku banyak sakiti hati mereka. aku tahu jauh dalam hati mereka ada yang sememangnya menyampah dengan aku. walaupun mereka tak meluahkan tapi aku tahu. masa tu mahu saja aku beritahu pada mereka itu, yg aku juga manusia biasa. kalau tak ada yang tegur kesilapan aku, manakan aku tahu apa salahku. tapi aku redha membiarkan tahun demi tahun berlalu membiarkan diri ini hidup dalam kebencian mereka. aku manusia biasa yang tak mampu untuk penuhi setiap kehendak orang disekelilingku. dan aku juga manusia biasa yang tak mampu berubah untuk semua orang. kerana bagi aku sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menerima aku seadanya. paling penting yang aku fikirkan pada malam itu hanyalah abah dan mak. aku telefon mereka mohon ampun dan maaf malam itu. memang aku tak dapat melelapkan mata malam itu. dalam keadaan yang teramat takut aku sememangnya tak dapat melelapkan mata.


tapi Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan untuk menikmati oksgenNya sehingga ke saat ini. Allah masih memberi aku peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.


2 tahun lepas juga, pada masa yg sama hampir2 Allah menarik semula nikmat kakiku untuk berjalan. hampir 1 minggu terperuk di rumah. pautan pada dinding yg membantu aku menapak. rasaku waktu itu. tak tercurah melalui kata2. tak tergambar melalui lukisan. hampir 6 bulan tak mampu berjalan seperti orang normal. itupun masih ada yang menuduh aku berpura2. membesarkan keadaan sedia ada. tapi aku terima. mereka mungkin tidak faham akan situasi yang aku alami. bukan mereka yang rasa. bukan mereka yang tanggung. hampir setiap malam aku menangis. kenapa aku harus menanggung semua ini. apa dosaku. apa khilafku. sampaikan hidupku perlu bergantung pada ubat semata-mata. ubat penahan kesakitan yg ada. tanpa ubat tu, tak mampu untuk aku berjalan normal. namun aku bersyukur kerana kini aku sudah pulih seperti sediakala. walaupun tidak 100% seperti dulu. aku sudah mampu tersenyum. aku tidak menyalahkan takdir. atau siapa2. kerana penciptaKu itu, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk perjalanan hidupku.


apa yang terjadi banyak mengajar aku untuk berfikir dan terus berfikir. moga Allah beri aku peluang untuk belajar dari segala apa yang terjadi. moga peluang yang aku dapat tidak pernah sia-sia. moga aku tidak sambil lewa dengan apa yang terjadi. umur tidaklah selamanya panjang. ia semakin berkurang dari sehari ke sehari. moga apa yang ada di dunia akan dimanfaatkan menuju dunia abadi.

Sunday, February 13, 2011

wedding azmi & zie and jalan2 di kuala gandah

akhirnya giliran orang yang ke 12 dalam geng2 BKB telah pun sampai. giliran ape ni???giliran mendirikan masjid le..hehe..sekarang kan musim kawan2 kawin..kawan2 ye..diri sendiri belum lagi..haha :p so, majlisnye berlangsung di felda bukit damar, lanchang pada 12 Februari 2011. tahniah buat en. hasrul azmi & puan zie ye...zie ni pun member2 mase UMP jugak..hehehe...paling bestnye, time2 kawan2 kawen ni kesempatan diambil untuk bergather2 bersama teman2 yang telah terpisah jauh. almaklum la kan..masing2 sekarang dah berkerjaya, berfamily, jadi susah nak luangkan masa. nak gather semua sekali BKB batch 2004-2008 ni memang mustahil la. tak kan pernah cukup punya. dok plan nak buat reunion pun tak penahnye jadi. baru2 ni dah batal dah reunion kat PD. tak pe la. kite reunion time member2 kawen aje la ye. hehe. so, geng2 BKB (Budak Kacak Belaka...wekkk..sape tah dalam kelas bagi nama ni??..kalau pompuan???Budak Kiut Belake???hihihi) yang hadir ke majlis azmi & zie pada hari tersebut antaranya ialah yang dari bumi pahang sendiri (UMP of coz), aku, note, nonie, bd, kaizam (tapi kaizam tak join skali pun..dia datang asing), then dari perak danny, wawa, paan, pehtu dari shah alam emi ngn zul kecik. suke3. sangat suka berjumpa dengan kalian semua. hati rasa gumbira bila bertemu teman lama walaupun tak la lama sangat berpisah. hehe.


peace!!me, note and paan


dari kiri danny, wawa dan nonie yang sedang makan sambil tdo..hihi :p


the bride & groom :) selamat pengantin baru!!!


selesai beraktiviti kenduri kendura di felda bukit damar we all (tak termasuk pengantin ye) pegi melawat pusat konservasi gajah kebangsaan. tudiaaaa...cam skema ja aku letak nama tempat tu. tapi mmg tu la nama dia. hehe. best3. tak plan pun sebenarnya. tapi dah alang2 jumpa, kitorg killing time beraktiviti bersama la. walaupun melawat gajah2 itu dengan berpakaian kebangsaan. kalau dia ligan tak cukup kaki kot nak lari. kena lari dengan sopan la sbb pakai baju kurung. hahaha. tapi tak kan depa nak ligan kotttt..semua dah kena rantai..hehe..imaginasi terlebih sket :p . kalau plan btol2 bleh la buat aktiviti menunggang gajah or mandi manda ngn gajah. aktiviti tu pukul 2 petang jaaa. kami sampai pun time tu dah 4.30 ptg so dah habis dah aktiviti tu. kalau sempat pun tak kan nak naik gajah pakai baju kurung kot. lagipun tamau la naik dia..kang dia marah plak..sama berat..hahahahahaha.. :d . jadinya melawat-lawat dan berjalan-jalan ambil angin pun kira ok la kan.

wawa, paan, nonie, note & emi


comey tak gajah tu silang kaki. nama die cherry. :)


pas masuk kami


KAMI..hehe :)


aku rindu korang semua. hari tu aku nonie ngn note tengok video2 mase first year dulu. pecah perut kami bantai gelak. lawak gile ingat kenangan masa undergrad dulu. macam2 fe'el la kita semua ni. apa2 pun moga ukhuwah antara kita tak kan pernah putus sampai bila-bila. :) :) :)

cik daisy: so...next???turn sapa plak ye??jeng3...tungguuuuu...hehehe~

Thursday, February 10, 2011

Wedding Mira & Marul

tanggal 4 februari 2011 tepat jam 9.39 malam (ikut jam aku la at that time) maka termetrailah sebuah ikatan yang suci antara seorang sahabat aku noorazmira abdullah dan pasangannya kamarul akmal ishak. hihikk..tak sangka akhirnya kawen jugak pasangan yang suke gadoh2 manja ni. x bleh blah kalau diorang gadoh. klaka bile diingatkan balik. hihik. thanks weh jemput aku jadik bibik professional kat umah hang. best dowh dok umah hang with all ur family members yang sangat friendly dan baik hati.tak lupa jugak opai yang slalu jeling2 manja kat aku tu . terharu aku bila aku panggil die hari tu dia tengok aku. first time aku pi umah hang dulu aku panggil dia, dia jeling cam nak tokak aku ja. haha. congratulations beb on ur BIG day. ko memang cun habis la that day. ikhlas ni. aku kan susah nak puji hang. aku lagi suka kutuk hang. haha. meriah3. tengok hang kawen aku plak yang teringin nak kawen. haha...sabaq3. mengaji bagi habeh luu. hohoho. dah jadi isteri orang dah hang noooo. tak sangka..tak sangka.. :p sejuta tahniah untuk kamu sahabatku! syurgamu kini sudah beralih tempat. moga kamu menjadi isteri yang solehah buat seorang insan bernama suami :) sangat happy untuk kamu!


Mira&Marul


Lagi berseri dengan adanya pengapit tu..muahahaha


Cun habes raja sehari ni..eh!permaisuri..hehe :p


:)

cik daisy: Moga bahagia sampai syurga!!! :)

Wednesday, February 9, 2011

GRS ooo GRS...

sementara nak tunggu kul 4 jadi eloklah kiranya aku tak buang masa dengan perkara yang tak berfaedah. hahaha.langsung tak da mood nak ngadap ape2 yang berkaitan dengan master. mood dah jatuh tergolek-golek masuk longkang. hati dah pecah berderai-derai. sape nak tolong kutip and gam balik???huh!gara2 keputusan GRS yang mengecewakan. diorang KIV akunye applications since dr dah pegang ramai student GRS.huhuhu. tu je satu2nye harapan aku nak meneruskan master ni. bleh tak nak give up je??diorg cakap if aku nak jugak grant tu, aku kene tukar supervisor. haha..sangat klaka..dah masuk sem 2 dah pun pehalnye nak tukar SV. haduss...semak kepala otak aku ni. hati jadi lebih remuk redam. serabuttt..aku serabuttt...lalalalala...serabutttt...haihh...dah la..nak dekat kul 4 dah..nak gi jumpe dr. mana la tau ada penyelesaian untuk masalah aku ni. kot2 ada sinar harapan kat pintu masuk opis dr nanti..haha..berharap dan terus berharap....lalalala~