Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, February 18, 2011

sekadar berkongsi

kejadian tu dah 2 tahun pun berlalu. tapi perasaan yang aku rasa waktu tu masih segar. tak mungkin aku mahu ia berulang lagi. tapi kuasa Allah dan rencanaNya tak siapa yang tahu. kita hanya mampu berdoa dan meminta dariNya. selagi bernyawa, Dialah tempat bergantung. Nyawa itu milikNya jua. pernah satu masa aku rasa itulah malam terakhir aku di dunia. aku pun pelik apa sebenarnya yang menyerang aku pada waktu tu. habis seluruh badan aku membengkak. masa tu apa yang aku fikir hanya mati je. nak aje aku mesej semua kwn2 bgtau yang aku mintak maaf sangat2 atas segala khilaf dan dosa. aku tahu aku banyak sakiti hati mereka. aku tahu jauh dalam hati mereka ada yang sememangnya menyampah dengan aku. walaupun mereka tak meluahkan tapi aku tahu. masa tu mahu saja aku beritahu pada mereka itu, yg aku juga manusia biasa. kalau tak ada yang tegur kesilapan aku, manakan aku tahu apa salahku. tapi aku redha membiarkan tahun demi tahun berlalu membiarkan diri ini hidup dalam kebencian mereka. aku manusia biasa yang tak mampu untuk penuhi setiap kehendak orang disekelilingku. dan aku juga manusia biasa yang tak mampu berubah untuk semua orang. kerana bagi aku sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh menerima aku seadanya. paling penting yang aku fikirkan pada malam itu hanyalah abah dan mak. aku telefon mereka mohon ampun dan maaf malam itu. memang aku tak dapat melelapkan mata malam itu. dalam keadaan yang teramat takut aku sememangnya tak dapat melelapkan mata.


tapi Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan untuk menikmati oksgenNya sehingga ke saat ini. Allah masih memberi aku peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik.


2 tahun lepas juga, pada masa yg sama hampir2 Allah menarik semula nikmat kakiku untuk berjalan. hampir 1 minggu terperuk di rumah. pautan pada dinding yg membantu aku menapak. rasaku waktu itu. tak tercurah melalui kata2. tak tergambar melalui lukisan. hampir 6 bulan tak mampu berjalan seperti orang normal. itupun masih ada yang menuduh aku berpura2. membesarkan keadaan sedia ada. tapi aku terima. mereka mungkin tidak faham akan situasi yang aku alami. bukan mereka yang rasa. bukan mereka yang tanggung. hampir setiap malam aku menangis. kenapa aku harus menanggung semua ini. apa dosaku. apa khilafku. sampaikan hidupku perlu bergantung pada ubat semata-mata. ubat penahan kesakitan yg ada. tanpa ubat tu, tak mampu untuk aku berjalan normal. namun aku bersyukur kerana kini aku sudah pulih seperti sediakala. walaupun tidak 100% seperti dulu. aku sudah mampu tersenyum. aku tidak menyalahkan takdir. atau siapa2. kerana penciptaKu itu, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk perjalanan hidupku.


apa yang terjadi banyak mengajar aku untuk berfikir dan terus berfikir. moga Allah beri aku peluang untuk belajar dari segala apa yang terjadi. moga peluang yang aku dapat tidak pernah sia-sia. moga aku tidak sambil lewa dengan apa yang terjadi. umur tidaklah selamanya panjang. ia semakin berkurang dari sehari ke sehari. moga apa yang ada di dunia akan dimanfaatkan menuju dunia abadi.

0 daisies blooming: