Hari ni aku tubuhkan group baru di facebook. kumpulan teater senandika. yang mana group ini akan menggabungkan ahli-ahli senandika yang bertebaran di muka bumi ni. over tak ayat aku? mengambil kira Amir yang berada di Manchester :p. bukan apa. penat dah aku rasa ada perbezaan antara pekan dan gambang. walhal bukannye tak boleh disatukan. bila buat show, tetap menggunapakai tenaga pekan dan gambang. teater ustaz zapin dah membuktikan yang jarak bukan masalah untuk menghasilkan satu produksi. nak mengumpulkan semua orang dalam satu masa memang satu perkara yang sangat mustahil jadi kita perlu jadi fleksibel. bila fleksibel, yang mustahil jadi tak mustahil lagi. ini yang kami belajar bila menyertai produksi luar.
lagipun aku sebagai salah seorang yang wujud semasa Senandika diasaskan sudah semestinyalah merasa sangat-sangat terkilan apabila Senandika seolah berkubur di bumi gambang ini terutamanya sedangkan nafas-nafasnya masih ada. dan aku yang masih bernafas di bumi gambang seolah merelakan saja pemergian Senandika. Alhamdulillah masih ada mereka yang sepakat untuk mengembalikan Senandika di bumi Gambang. nafas-nafas ini yang betul tekad kali ini mengembalikan Senandika. namun aku dengan rasa gila pangkatnya terus buat group kat facebook. gabungkan semua sekali. pekan gambang dan alumni. tak best la u ols ada kroni2 ni. tapi tak pe lah sy memahami juga kalau wujudnya pembahagian serupa itu yang bertujuan untuk urusan-urusan tertentu.
lepas ni tak pening lagi nak letak nama group dalam poster. sebabnya pi mai pi mai orang yang sama jugak yang join teater ni. jadi buat apa la pening kepala buat group baru dalam UMP. bila buat show tetap nak bergabung. apekah? kalau betul ada fahaman lain dan tak sehaluan lagi dengan senandika, amatlah di alu-alukan untuk menubuhkan group baru yang bertujuan menjadi pesaing. bersaing secara sihat dalam satu institusi. tapi jangan la buat aktiviti gabungan lagi. tak best u ols! kalau betul nak tubuhkan 2 kumpulan maka bersainglah! persaingan yang sihat membuatkan diri kita bertambah maju. setuju?
cikdaisy: bila group senandika ni nak jadi Kelab ye?ahli dah menggunung.
2 daisies blooming:
Salam Nida,
Tahniah atas usaha nida untuk menyatukan kembali Senandika. Sebenarnya, Senandika masih bernyawa..cuma ia tidaklah seperti dulu. Mungkin banyak faktor menyebabkan alumni + junior sekarang rasa tersisih, dan mungkin juga tidak ada usaha penggerak dalam memastikan senandika kembali bernafas.
Jatuhnya senandika sebenarnya terletak kepada ahlinya juga. Bangkitnya senandika juga disebabkan ahlinya juga. Kita terlalu banyak dimomokkan dengan perkara yang menyebabkan ada diantara kita salah faham dan akhirnya merugikan masa depan Senandika itu sendiri.
Kekuatan Senandika pada zaman kita adalah semangat kekeluargaan yang menebal. Kita tidak kisah andai kalah di FESKUM sekalipun, atau persembahan mendapat kritikan pedas dari penonton, tapi semangat persaudaraan itulah menjadi nadi kepada kita semua.
Abang ucapkan selamat maju jaya untuk Festival Teater 2012 MAKUM. Insyaallah..abang cuba luangkan masa bersama adik-adik tersayang minggu hadapan dan percayalah..abang sentiasa menyokong Senandika..selama-lamanya...
terima kasih abg raja. bukan usaha saya. tapi semua.
Post a Comment