Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Monday, April 7, 2008

~My P.S.M Project~

Untuk kali ni, aku nak berkongsi tentang Projek Sarjana Muda aku atau pun singkatannya PSM. PSM ni kira projek tahun akhir la. Ramai pelajar tahun akhir s t r e s s bile sebut je PSM. tapi bagi aku, Plant Design tu lebih mencabar. Tapi tak pe, lain kali aku cerita pasal PD. Entri kali ni, aku cerita pasal PSM aku.

Tajuk projek aku, 'Screening of Lignin Degrader from Soil'. Objektif projek aku ni sebenarnya lebih kepada operasi menjejak mikroorganisma yang hidup dalam tanah yang boleh menguraikan lignin. Dalam industri pembuatan kertas, komponen lignin ni akan dibuang sebabnye, lignin ni la penyebab kertas jadi warna kuning. Untuk menghasilkan kertas yang baik dan berkualiti, makanya lignin ni perlulah diuraikan. So, tugas aku, mencari bakteria pengurai lignin. Boleh je kalau nak buang lignin guna chemicals tapi penggunaan bahan kimia ni, kita sedia maklum sajalah, ia sangat bahaya dan memudaratkan alam sekitar. Oleh sebab itu, cara lainnya adalah dengan menggunakan enzyme yang dihasilkan oleh bakteria pengurai lignin.

Itu la sedikit sebanyak cerita tentang Projek PSM aku. Tak sabar rasanya nak habiskan experiment minggu ni. Lepas tu boleh la tumpukan pada Plant Design je. Thanks emiey sebab banyak membantu dan tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat Supervisor aku iaitu Cik Wan Salwanis.

My microbes: Under microscopic view

My microbes: Atas selective agar

2 daisies blooming:

c h o c o l a t e i.c.e said...

huhu..xphm sehabuk pe kak nyda cite pasal kimia2 nie..
bydaway,juz wanna wish u gudluck in ur PSM and plant design yg cambesh tu..

Nyda Zamani said...

Hehe.. x pe x faham..sekadar nak berkongsi...

n'way thanks a lot dear!