Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, September 16, 2008

SlippEr oOoo SlipPer


cantik tak sliper ni??haha..aper la nida ni
sliper pun nak bawak masuk blog....huhuhuhu
kalau nak tau, ade tragedi di sebalik sliper ni
ini sliper yang kedua yang aku beli sepanjang aku LI ni
sliper yang pertama sebijik cam ni cuma size je yang lain


bermula ceritera slipper aku yang first tu
aku beli kat Kompleks Dato' Kailan KB
tak mahal pun...4 hengget setengah je

baru je sehari aku pakai
dah kena kebas...sedih giler hati ni

dah le sliper fevret aku
baru pakai sehari plak tu...hmmmm

tak pe la
aku pun redha je la..dah nak ilang nak buat cane



selang 2-3 minggu, aku gi lagi kedai tu tengok2..
ade tak slipper tu lagi kat kedai tu

hati berbunga riang sebab masih ada lagi
aku beli 2 pasang...satu utk aku, satu utk mira
tak kisah la size die besar sket...gabai pun gabai la...
janji dapat gak sliper tu

aku beli kaler pink jugak...
untuk mira, die mintak aku belikan kaler oren

makanya kami ada sliper yg sama...comel habis...haha


nak dijadikan cerita
mira pun baru je sehari pakai sliper tu
tup2 sliper oren tu plak ilang
hampeh btol
ni mesti angkara durjana si pencuri slipper aku dulu
bleh plak die buat koleksi
dah ade kaler pink then curik yg kaler oren plak
seb baek slipper yang aku beli 2nd time ni tak hilang
sian mira..huhuhu...
itulah kisah di sebalik sliper cantik ni...
ngeh3~



moral of the story: jgn simpan slipper cantik2 kat luar rumah

sekian terima kasih~


Daisy: Weh nida, laporan LI dah siap ke??....dah tu???x reti2 nak siapkan...dok membebel pasal slipper plak...duh~


Monday, September 15, 2008

Hmm...

i've made thousands and millions of decisions
and i do made mistakes
but this one
the biggest mistake i've ever made in my life~



Daisy: There must be sunshine after the rain dear. Don't give up!!

Sunday, September 14, 2008

Anugerah Terindah



Membaca entri yang ditulis oleh ida
membuatkan aku teramat rindu
pada Senandika dan kerabat kebudayaan yang lain

Gelak tawa mereka
yang selalu mengisi kekosongan hidup aku

Keletah mereka
yang selalu menghiasi segenap ruang hariku

Aku bersyukur
kerana insan-insan seperti mereka
pernah hadir dan mewarnai duniaku

Kenangan bersama kalian
pasti sentiasa tersemat kukuh dalam hati dan jiwa

Terima kasih
kerana kalian sentiasa berada di sisi
di waktu susah dan senang

Terima kasih
kerana selalu buat ku tersenyum

Kalian adalah
anugerah terindah untukku




Never Gone
by Backstreet Boys


I really miss you...
There's something that I gotta say...


The things we did,
the things we said,
Keep coming back to me and make me smile again.
You showed me how to face the truth.
Everything that's good in me, I owe to you.


Though the distance that's between us now, may seem to be too far.
It will never separate us; deep inside I know you are...
Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone


No, no, no
I walk along these empty streets.
There is not a second you're not here with me.
The love you gave, the grace you've shown,
Will always give me strength and be my corner stone.
Some how you found a way to see the best I have in me.
As long as time goes on, I swear to you that you will be...


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.


Never gone from me...
If there's one thing I believe
I believe...
I will see you somewhere down the road again.


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone


Never gone, never far, in my heart is where you are.
Always close, everyday, every step along the way.
Even though for now we've got to say goodbye,
I know you will be forever in my life.
Never Gone



Daisy: Someone in Senandika gave me this song. i cry each time i hear it. This song means so much to me.


Friday, September 12, 2008

Arti Sahabat~


Arti Sahabat
by Nidji


Tak mudah untuk kita hadapi
Perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita lewati
Rintangan silih berganti

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sehati

Kita teman sejati
Hadapilah dunia

Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita sadari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita pahami

Berbagi rasa di hati

Kau adalah..

Tempatku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku

Apapun kekuranganmu





Persahabatan adalah anugerah
Ia membuatkan kita

Tertawa
Menangis

Memberi dan menerima

Namun yang paling penting
Ia membuatkan kita menghargai
Hidup bersahabat...


Daisy: Rindu kamu semua... =(


Tuesday, September 9, 2008

Aku dan Senandika..Siri 1



Lama aku berfikir. Tak tahu nak mulakan dari mana. Aku berminat dengan lakonan pentas ni sejak di bangku sekolah lagi tapi tak de la sampai aku bermimpi mahu jadi selebriti or yang seangkatan dengannye. Cuma minat berlakon. Masa first year, aku mendaftar sebagai ahli drama tapi disebabkan ada komitmen lain pada masa tu, makanya aku tidak berpeluang utk menyertai kumpulan drama membuat persiapan drama ENOT. Walaupun begitu, aku sempat jugak menyumbangkan idea dan tenaga dalam produksi PENUNGGU PUSAKA. Kalau tak silap, masa tu kedua-dua drama ni dipentaskan dalam minggu yang sama. Yang berbezanya hanya pelakon. First year berlakon citer ENOT and senior2 berlakon citer PENUNGGU PUSAKA. Antara pelakon-pelakon Penunggu Pusaka yang aku ingat Kak Mel, Abg wan, Abg Raja, Abg Zam, Jaro, Kak Ma, Kak Ada. Mase ni kenal muke2 diorg je. Tak knal nama pun. Walaupun jadi krew props utk drama ni, aku tak rapat dengan diorang. Keje aku masa tu cuma pastikan props ada masa hari persembahan. Perjumpaan pun jarang pegi. Bz dengan aktiviti lain. That's why la bile jumpe kak Mel mase klas hoki baru la tahu.."ooo... yang ni rupenye Siti Melody"...huhuhu. Selepas persembahan drama ENOT, kumpulan drama telah di 'banned' dari membuat sebarang persembahan. Banyak konflik dan krisis yang terjadi masa tu. Selepas itu, Kelab Kebudayaan di bawah pimpinan abg mawi (presiden ketika itu) juga lenyap. Sepi tanpa sebarang aktiviti.


Masuk tahun dua, baru aku tahu yang sebenarnya Kelab Kebudayaan dan Kesenian telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Kelab Kebudayaan bangkit semula setelah sekian lama menyepi. kali ini bersama teraju yang baru. Abg Raja. Masa perjumpaan pertama bersama ahli kelab, aku dan nonie hanya mendaftar sebagai ahli gamelan. Tak tau nape aku tak mendaftar dengan kumpulan drama masa tu. Yang menjadi sebab aku bleh mendaftarkan diri semula dalam kumpulan drama ni adalah apabila ada sesi taaruf pulak masa perjumpaan kelab tu. Maklumlah masa tu yang datang mendaftar sebagai ahli kelab boleh dibilang dengan jari je. Tak macam sekarang ni, kene pakai kalkulator. Masa taaruf plak kene cakap pengalaman dalam bidang seni dan budaya ni la. Aku mane ade pengalaman lain selain berlakon drama masa sekolah dan masa matrik dulu. Nak cakap pengalaman main gamelan langsung tak ada. Cuma pernah tengok org main je. Jadinye aku bantai je la cakap pengalaman berlakon drama masa skolah dulu. Lepas tu Kak Ma tanye, tak nak masuk kumpulan drama??hati nak tapi ntah. Malu tapi mahu.haha..Aku ni pemalu orangnye. hik3. Lama jugak aku berfikir dan akhirnya aku anggukkan je.


First meeting drama yang paling menggerunkan aku. Mana taknye. Kene berlakon spontan. Lemah btol aku bab2 berlakon spontan ni. Tapi itula pendekatan dalam kumpulan drama. Perjumpaan tu, aku pegi dengan nonie. Aku kene berlakon ngn nonie masa tu. Dapat tema mak tiri plak. Korang dapat agak tak sape yang jadik mak tiri??. huhuhu. dah le nonie tu suke buat lawak spontan. Nasib baik aku bleh cover gelak mase berlakon. Tapi nonie memang hampeh la. makin lama knal dier, ko jangan la bagi aku berlakon dengan dier. Kang tak sudah2 aku gelak. Tapi alhamdulillah, setakat ni, aku buat persembahan, tak de lagi la aku tergelak kat atas pentas. bukan ape, tapi tu le aku. Serius mase persembahan sebenar. Sebabnye orang ramai. Tak de pikir nak gelak2 dah. Dok pikir nak tamatkan scene aku je. Darah gemuruh aku ni. huhuhu...


Drama pertama aku ape ek?drama perkahwinan la untuk malam penutup Minggu Peradaban Budaya dan Perpaduan. Aku jadik mak andam aka mami bee. Kena cakap loghat utara. Tak la susah bagi aku sebab aku ni mmg org penang pun. Tapi yang susahnya sebab scene akhir aku kene buat skrip sendiri. wawawa. cuak betul masa tu. Mula la duk mereka ayat2 sendiri utk babak akhir tu. Semua pelakon pun tak de skrip. Spontan. Kelebihannya, supaya drama tu tampak natural. Alhamdulillah. Semuanya lancar. Tak de masalah tentang babak akhir tu. Cumanya masa persembahan memang cuak habis. Mana taknya. Manusia melimpah ruah dekat astaka tu. Tak pernah aku tengok astaka penuh sampai macam tu sekali. Takut aku lupa skrip. Tapi malam tu aku cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah. Segalanya selesai.


Selepas tu aku berlakon drama ape lagi ek??Aku tak ingat turutan peristiwanya tapi aku pernah berlakon drama Raja Laksamana Bentan pada Malam Inspirasi Seni 2006 arahan Raja Azrul Asyadi. Aku memegang watak sebagai Kembang Cina. Masa ni dah tak takut sangat dah buat persembahan. Satu, sebab dah hafal skrip dan keduanya sebab cukup latihan. Kemudian, aku berlakon jadi mak jah (mak kepada abon dan isteri penghulu) dalam drama Adat Berkhatan. Drama ni ade scene yang ditambah di saat-saat akhir. Petang sebelum persembahan baru la diwujudkan scene ni. Skrip pun men bantai je tapi ditapis la. Takut plak kang tak pasal-pasal kene banned.


Drama terakhir yang aku berlakon masa di UMP, Tangled. Idea diambil dari skrip Kalut. Skrip diolah semula dan dipendekkan durasinya. Edisi bahasa inggeris. Senandika hantar 3 kumpulan kecil untuk sertai drama competition sempena language vaganza. Bidan terjun je. Berlakon jadi isteri pertama. Ape ntah nama watak tu, lupe dah aku. huhuhu. 2nd drama yang aku berlakon dalam bahasa inggeris. 1st english drama yg aku join, mase kat matrik dulu. Puteri Gunung Ledang. Berbelit lidah aku hafal dialog. Maklumlah aku bukannye pandai BI pun. hahaha.


Begitulah sejarah dunia lakonan aku di bumi UMP bersama Senandika. Aku dah tak berlakon dah lepas tu. Dah banyak bakat-bakat baru yang lebih menyerlah. Aku memang kagum dengan adik-adik aku. Terutamanya Yuyun. Bagi la watak ape pun kat die. Mesti die bleh buat punye. Adik-adik yang lain pun sama. Masing-masing punya bakat lakonan yang sangat2 bagus. Mereka dapat menjiwai watak dengan sehabis baik. Masing-masing telah diajar untuk menggali watak sedalam-dalamnya. Kerana setiap watak yang wujud di dunia ini, ada tersembunyi dalam diri kita. Sebagai pelakon, kita kenala gali dan cari watak tu dalam diri kita. Bila dah jumpa, pasti kita akan persembahkan sebuah lakonan yang bagus di pentas~


Monday, September 8, 2008

Senandika dah ade blog sendiri~




ape???Senandika dah ade blog??
berita bagus ni..
hehe
dah lama dah menantikan terbitan entri pertama di blog Senandika
kini...
berakhir sebuah penantian
perjuangan???
selagi nadi masih berentak
perjuangan kita tidak akan pernah selesai
Senandika
dah banyak kemajuan yang kalian kecapi setakat hari ini
keep it up guys
jangan jemu menimba ilmu
teruskan memartabatkan seni teater
seni yang memanusiakan manusia
luv u all!!!


Daisy: Kalau nak melawat blog Senandika bolehlah klik sini ~


Friday, September 5, 2008

Oreo Cheese





Oreo Cheese Cake
Favourite aku ni
Dah lame tak makan
teringin sangat mahu makan ini sekarang!!!!
waaaaaaa sedapnyaaaa~


Daisy: Dugaan di bulan puasa...huhuhu~

Wednesday, September 3, 2008

Its your 4th birthday!!!



2 September 2008


Muhammad Nazhan Hamizan

Selamat Hari lahir yang ke-4
Moga kamu membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan negara.



Daisy: Baru post ari ni..bukan ape..konpius 2 ke 3 sept..ahakss~aper da mak su =P


3 sept~Selamat Hari Lahir juga buat topex, pengarah muda yg berbakat dalam Senandika =)

Jauh di sudut hati~




Merdekakan aku yang masih terjajah
Lepaskan aku dari segala belenggu
yang menyesakkan
Runtuhkan tembok kaca ini
dari sekelilingku
Agar aku bisa bebas
Agar aku bisa lepas
Agar aku bisa bernafas...




Sunday, August 31, 2008

MERDEKA!!