Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, October 30, 2012

#PrimarySchoolMemories

Trending dekat twitter semalam. layan jugak aku dengan tweet budak-budak ni. best! buat aku teringat kenangan-kenangan aku jugak tapi malas nak tweet. blog rajin la. haha. jap nak senaraikan #PrimarySchoolMemories

1. masa darjah 2 dilantik jadi penolong ketua kelas. malu sebab kene duduk sebelah ketua kelas yang handsome. dalam hati suka yang amat!!!hahaha
2. masing-masing berangan jadi retis. i verangan jadi eisya. penyanyi lagu nurani. wani jadi amelina, mas jadi siti nurhaliza, dayah jadi ziana zain.
3. lepas balik skolah mesti pekena nasi goreng ikan bilis 50 sen kat belakang skolah.sedap gile woooo
4. tetap kayuh basikal ke sekolah walaupun hujan. pakai baju pj dulu.sampai skolah baru tukar baju skolah. sbb mak pesan rugi tinggal skolah.
5. main kejar-kejar dengan skandal.
6. kawan-kawan panggil aku zamani slam. memang tak sah kalau tak main nama bapak masa tu. adoiyaiii.haha
7. pengawas wajib pakai tudung. tapi aku asal lepas rehat je mesti hilang dah tudung atas kepala.ish3.
8. pakai spec besar ye masa tu. gile trendy aku. #matalalat
9. main kira peratus 'aku suka dia'.tambah-tambah huruf dalam nama skandal & nama aku. habis penuh satu buku. sbb tu pandai matematik.hahahaha
10. gigi yang dah sedia longgar patah sebab makan masalodeh.
11. kalau nurse panggil untuk check gigi mesti aku akan jalan lambat-lambat ke klinik.
12. bawak berus gigi and cawan gi skolah sebab ada sesi belajar memberus gigi dengan nurse (kami panggil misi)
13. show pertama. koir masa hari kantin. perform lagu 'bapaku pulang' atas meja kantin.
14. drama skolah. merajuk dengan pengarah sbb bila cabut undi dapat tugas 'pegang kain dan buat ombak' je untuk scene orang lemas dalam laut. nak jugak watak anak tiri. #retisdemand
15. paling suka kelas kemahiran hidup bila cikgu bagi main lego.

aku senarai 15 ja. nak senarai semua memang tak kan habis la. banyak sangat kenangannya.


4 AKTIF (1995)

kaki seni. dari dulu hingga kini :p

Monday, October 29, 2012

Sang Sukmasari

apalah agaknya rasa yang di sana
masih ingatkah?
masih rindukah?
atau
telah lelahkah?

kerana saban hari
menanti dan menanti dan  terus menanti
pada aku yang tidak pasti

begitupun rasa yang di sini
masih mengingat
masih merindu
terlalu
sungguh! bukan dusta. tapi nyata

berat beban yang tertanggung olehku dahulu
kau juga berkongsi rasa
menjadi saksi ceritera suka dan duka
menjadi peneman yang setia
menjadi penghibur saat lara
menjadi kekasih di jiwa hampa
menjadi perindu pada sebuah sukma

setia sang sukmasari
di sisi sang perindu waktu itu
mendendang nada cinta
memukau pada mata

apakah mungkin terulang lagi saat itu?
saat jiwa menjadi satu
saat bunyi melafazkan lagu
saat alunan mendendang pilu
saat paluan bergema sayu

kau saksiku sampai mati
sampai mata rapat terkunci
sampai mulut terdiam sepi
sampai telinga tidak mendengar lagi

ceriteraku yang kau abdi
biar rahsia memeluk sunyi
hanya padaku tempat berbakti
kembali padaku mengubat sepi
pabila aku bertamu lagi

masih ingatkah kau padaku?
masih rindukah kau akan diriku?
kerana rinduku padamu
tiada henti
kasihku padamu
terpatri
dan cintaku padamu
abadi

masihkah lagi
wahai bonangku sang sukmasari?

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat keluarga tersayang. ini kali kedua tak beraya aidiladha bersama. Semoga panjang umur, tahun hadapan kita beraya bersama. :)

Cinta hati saya :)


sayang-sayang saya :p


sejiwa secinta
(pic:credit to DaozRazak)
insyaAllah tahun ini beraya bersama SilkySiblings di timur semenanjung. Sekali sekala merasa beraya di tempat orang. Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Mari kita muhasabah diri, apakah pengorbanan terbesar kita untuk Allah dan agama kita? Semoga ibadah korban kita mendapat barakah dari yang Maha Esa. insyaAllah. Amin.

Dari Dia kita datang, untuk Dia kita berjuang kepada Dia kita pulang  :)

Tuesday, October 23, 2012

Senandung di Kala Malam (2)

Awan...
sampaikan rasaku buat cinta
lindungi mereka dari terik mentari jingga

Angin...
sampaikan rasaku buat kasih
tiupkan luka di hati mereka
agar hilang rasa pedih

Bulan...
sampaikan rasaku buat sayang
sinari mereka untukku
bila malam mula menjelang

zahra
11-10-12
10.49pm

Monday, October 22, 2012

Ratna Khadal

Sabtu lepas aku dan Senandika telah menonton pementasan Ratna Khadal di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL. Stage Revolution yang buat. melalui projek BANGKIT. 5 pementasan. selepas Ratna Khadal, ada 4 buah teater lagi yang sangat menarik menanti. Kepada peminat-peminat teater tu harap jangan lepas peluang. sebab rugi kalau tak pergi tengok. Harga tiket pun sangat berpatutan.

secara jujurnya, aku sangat suka dengan cerita Ratna Khadal. untuk memberi komen secara terperinci, sumpah tak pandai. tapi ini hanyalah pendapat picisan aku sebagai penonton. Secara keseluruhan cerita ini sangat menarik. kisah cinta 2 bangsa berbeza, berlainan agama. banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada pementasan ini. terutamanya apabila kita sendiri sebagai rakyat Malaysia yang hidup berkongsi satu negara dengan rakyat yang pelbagai kaum. pelakon-pelakonnya juga hebat dan mantap belaka. yang sedia aku kenal, saudara Azrul Azizi dan ini pertama kali melihat Aloy Paradoks berlakon. sebelum ini hanya melihat beliau di muka buku sahaja. begitu juga Fazleena yang sebelum ini hanya mendengar cerita dari kawan-kawan produksi Detik (Kirana Theatre Production) sahaja. Dynna pula aku pernah tengok beliau berlakon dalam Pokok Kelapa Sayang dan Gadoh. Bagi aku yang pertama kali melihat lakonan Aloy dan agak kurang mengenali beliau, aku sangat kagum sebab Aloy begitu menjiwai watak sehingga berjaya mengalirkan air mata. memang berjaya buat hati aku tersentuh menonton Ratna Khadal.

Aku memang tabik la dengan Ratna dan Siva yang berjaya berdialog dalam bahasa tamil. walaupun kadang-kadang agak kedengaran kekok. tapi bukan senang untuk bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda kita. Tapi Siva berbahasa tamil memang best!

Aku agak kurang berminat dengan lakonan Nasir sebab bagi aku lakonan Nasir agak kurang hidup. Namun tidaklah sehingga mencacatkan cerita ini. Apa-apa pun syabas diucapkan buat semua pelakon Ratna Khadal.

Pengarahan dan garapan cerita ini bagi aku sangat tersusun dan teratur. memang sangat mudah untuk difahami dan di akhir cerita diselitkan persoalan apakah kepercayaan yang dipilih oleh Krishnan? dan apakah kesudahan cerita Krishnan dan Ustazah K? adakah kisah cinta 2 bangsa 2 agama akan terulang semula?

Tahniah Khairunazwan Rodzy! Tahniah ahli-ahli produksi Ratna Khadal. seluruhnya.

Kalau panjang umur dan berkesempatan aku nak tengok Tepuk Amai-Amai pulak, sebab sebelum ni terlepas peluang. ini hanya pendapat picisan aku yang hanya belajar melalui minat. tidak pandai berbahas. tidak pandai mengulas. aku akan sentiasa menyokong seni teater tanah air selagi ia membawa kebaikan dan pengajaran buat aku. insyaAllah. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.



p/s: aku sangat berharap agar lebih banyak teater berunsur Islam dipentaskan. tanpa ada adegan yang perlu bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. sejujurnya.

Projek Senandika seterusnya tahun ini, pementasan 5 monolog. harapnya menjadi. Amin!

Saturday, October 20, 2012

BezaKita

'aku hidup dalam dunia sosial'. begitu bangga kau tuturkan ayat itu pada aku. adakah itu menjadi tiket untuk kau mengheret aku sama masuk ke dunia sosial kau. kau telah memberi definisi manusia semua sama seperti kau. tapi hakikatnya bukan semua manusia sanggup dan layak untuk dipermainkan, diperkotak-katikkan dan dijalangkan. maaf jika kau menganggap semua manusia begitu. kita sememangnya sama di sisi Tuhan. tetapi tetap jua ada perbezaan. kau tahu apa?Iman. ya. itu yang membezakan kita sesama manusia. Iman. jangan heret aku ke dunia yang aku tidak suka. tanpa kau kenal sebenar hati dan budi aku. kau lebih tahu semua tu. kerana kita berdua pernah berada di dalam bahtera yang sama suatu masa dulu. menimba ilmu asas. asas. yang paling asas. apakah kau sudah lupa pada semuanya. pada apa yang pernah kita perjuangkan bersama dulu? aku mahu kau kembali bersama aku. kembali ke landasan dulu. walau tidak sekukuh dulu, aku tetap mahu bawa kau kembali dari landasan yang rapuh sekarang. kau fikir aku akan biarkan sahaja engkau di sana? aku tunggu kau dari seberang sini. kembali pada aku saat kau sedia. aku akan berusaha walau hanya melalui secebis doa.

15oct2012
7.38pm


....pada saat entri ini terpapar aku kira semangatku untuk bawa kau pulang sudah hilang....

Thursday, October 18, 2012

Kiasan Rasa

Kecewa ada. Sedih pun ada. Sampai satu tahap rasa malas nak ambil kisah. Tidak ada gunanya kalau hanya sebelah pihak yang berikhtiar untuk mengharmonikan sesebuah hubungan sedangkan pihak yang satu lagi hanya buat endah tak endah. Ibarat bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jadi, biarlah kita ambil langkah mudah. tak usah serabutkan kepala. kita ikutlah haluan masing-masing. mungkin jodoh antara kita Tuhan tetapkan tiada. Suatu hari nanti jika kamu perlukan aku datanglah bertamu. Untuk aku tandang bertemu, aku sudah jemu. 

Senandung Di Kala Malam (1)

angin malam menggigit
sakit
dalam tak sedar
ia membawa kembali cebisan-cebisan
memori yang dipendam
bersama pekat malam
bayangan itu meninjau
namun sempat dihalau
jangan berani kau pulang
setelah hatinya kau kecundang
setelah jiwanya kau jalang
setelah raganya kau temberang
jangan lagi sendirian
mengharung angin malam



cikdaisy: senandung di kala malam=senandika :)



Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday (2)


Tuesday, October 16, 2012

ShortOut 1

Tadi 2 kumpulan junior telah mempersembahkan teater pendek masing-masing yang bertempat di amphitheatre UMP. Ucapan syabas dan tahniah buat 2 kumpulan tersebut. esok dan lusa ada lagi 4 buah teater pendek yang bakal dipersembahkan. apapun aku sangat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan demi melaksanakan tugas yang telah diberi pihak senior. mungkin ada yang agak tertekan, kecewa dan sebagainya, namun harapannya agar kritikan-kritikan yang diterima dapat dijadikan pedoman dan pengajaran untuk masa hadapan. seperti yang telah diingatkan pada setiap perjumpaan, hanya mereka yang benar-benar minat dan kuat daya ketahanan mental sahaja yang akan mampu bertahan di Senandika. Kami sememangnya mahu melatih kalian menjadi kuat kerana cabaran masa hadapan adalah lebih sukar untuk kalian hadapi berbanding yang ada sekarang. kerana ibarat kata dari seorang ahli senandika, pujian itu adalah racun. oleh itu jadikan kritikan yang diterima sebagai satu batu loncatan untuk menjadi yang lebih baik lagi.

Aku tidak meletak harapan yang terlalu tinggi apabila melangkah untuk menonton persembahan mereka tadi kerana rata-ratanya masih mentah dan masih baru. Apapun, aku puji semangat dan kerjasama yang mereka tunjukkan. rupa-rupanya begitu banyak bakat-bakat baru yang lahir pada malam tadi. rata-rata mereka mempunyai bakat lakonan dan hanya tinggal perlu digilap sahaja untuk lebih menyerlah.

Cuma harapannya selepas ini tidak ada lagi teater berbentuk drama sekolah yang dipersembahkan di pentas teater UMP. untuk tugasan yang pertama ini adalah dimaafkan. :)

Yang Patah

di waktu, ketika dan saat ini aku sangat patah hati. Allah uji aku lagi. Kuat atau tidak aku bertemu manusia yang sama seperti yang pernah ditemukanNya denganku 2 tahun lalu. Semoga Allah terus kuatkan hati milikNya ini walaupun patah dan pecah berkali-kali. semoga hati yang selalu patah ini bertambah kuat setiap kali kepatahannya. Hati itu dari Dia. Kepatahan itu dari Dia. dan Kekuatan itu juga dari Dia. Hanya Dia. 

Kekeluargaan Persahabatan

persahabatan. ungkapan yang cukup untuk menggambarkan keindahan dalam perhubungan dan pertalian selain kekeluargaan. apatah lagi jika digabungkan kata persahabatan dan kekeluargaan. tentu lebih indah rasa yang dikurniakan itu bukan?.untuk aku melangkah monongkah arus hebat dunia ini bersendirian adalah terlalu payah. aku mengaku aku tidak mampu dan sebenarnya aku tidak mahu melepasi episod-episod dunia dan helaian-helaian cerita aku ini sendirian. Tuhan juga maha tahu limitasi kekuatan hatiku. kerana itu tidak dibiarkan aku sendirian meredah belantara duri. dikurniakan aku keluarga. dikurniakan aku sahabat. dan dikurniakan aku keluarga dan sahabat. Adilnya Tuhan untuk hati-hati rapuh sepertiku. Mereka yang sebatang kara Tuhan kurniakan mereka hati yang kukuh. kerana itu kita yang mendapat kurniaan ini jangan lupa berterima kasih padaNya kerana memberikan kita penguat kepada hati rapuh kita. 

Sahabat memandang kita pada sudut-sudut yang berbeza. ada yang memandang indah.ada yang memandang hina. Aku bersyukur mempunyai 2 kelompok sahabat ini. Hakikatnya mereka manusia. kebiasaan yang wujud dalam rasa makhluk bernama manusia. untuk sahabat yang selalu memandang aku indah. terima kasih atas rasa kalian yang menjadi kekuatan kepada kerapuhan. untuk sahabat yang selalu memandang aku hina. terima kasih jua atas rasa kalian yang menjadi kekuatan dalam kerapuhan. Mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. tidak kira dari kelompok mana pun, kalian adalah anugerah untuk aku. mengajar aku menghargai diri dan mengamati kebesaran Ilahi.


shOrtOut!!!

Assalamualaikum...
Dear readers!!!cewah!macam ramai sangat readers kan.hehehe. never mind. cuma nak share yang dalam minggu ni our beloved juniors akan perform their short sketch. details are above!

Superexcited nak tengok mereka ni perform. perjumpaan pertama, kedua memang sangat memberangsangkan. harap-harap keramaian itu tidaklah berkurangan. kerana mereka-mereka inilah yang aku harap akan menjadi penerus legasi Senandika di UMP. 

aku tidak mengharapkan lebih untuk pengalaman pertama mereka ini. tapi aku mengharapkan mereka buat yang terbaik. aku hargai segala usaha dan masa yang mereka korbankan demi minat. secara jujurnya. aku tak pernah menyesal memupuk diri meminati teater. banyak sangat yang aku belajar tentang kehidupan di sini. ya. melaluinya juga aku bermuhasabah diri. membaiki kesilapan kekhilafan. mendekatkan diri dengan Tuhan. walaupun ramai yang memandang serong kepada aku. tapi, biarlah manusia dengan penilaian mereka. positif atau negatif. ambil yang mana berguna untuk diri sendiri dan orang lain sahaja. selebihnya. persetankan mereka dan ideologi mereka. untuk mereka yang tahu berfikir. segalanya bergantung kepada niat masing-masing. niat aku mungkin tak sama dengan niat dia. niat dia berbeza dengan niat engkau. terpulang kepada apa matlamat hidup sendiri. kalau mahu berdebat antara siapa betul dan siapa salah. sampai bila-bila pun tak kan habis. 

Sunday, October 14, 2012

SilkySiblings

Daoz-Azim-Nika-Nida-Melody
no words can describe how much i love them. the love of my life. siblings i never wish for but Allah knows that the path He created for me was hard. so ,He sent them for me to be with along the way. walking and smiling together.Thank you Allah for your love. 

PengaduMu


Tuhanku.
aku buntu.
gundah.
gelisah dan resah.
pada hati aku bertanya.
di mana tempat untukku menangis meluah?
di mana juga tempat untukku mengadu merindu?
berkata hati padaku,
pergilah padaMu.
pencipta segala rasa itu.
jadi Tuhan,
padaMu aku datang.
untuk merayu menyembah.
sebagai sehina hambaMu yang pasrah.
jadikanlah aku gagah.
menepis mengharung fitnah dan mehnah.

wahai Tuhan yang maha tahu.
jadikanlah aku kuat seperti selalu.
mehnah berliku.
fitnah membuntu.
biar aku harung seperti selalu.
dengan kudrat yang Kau berikan aku.
sesungguhnya Tuhan
dunia indahMu dipenuhi tohmahan.
cacian makian.
kekejaman.
yang menguji hati
jua iman.

wahai Tuhan yang maha memberi.
biarlah isi bumi tidak berperi.
biar manusia tidak mengerti.
aku akan menjadi tidak takut untuk goyah berdiri.
kerana aku tahu.
Engkau ada di sisi.
bantulah aku Tuhan.
menggagah diri.
meneguh landasan tempatku berlari.
agar bila jatuhku suatu hari nanti.
bisa membuatku berdiri dan berlari lagi.

wahai tuhan yang maha pemurah.
padaMu seindah tempat berserah.
temukanlah aku jalan hidayah.
semoga mereka tidak menyalah.
dan semoga aku kan terus gagah melangkah.