Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, October 16, 2012

Kekeluargaan Persahabatan

persahabatan. ungkapan yang cukup untuk menggambarkan keindahan dalam perhubungan dan pertalian selain kekeluargaan. apatah lagi jika digabungkan kata persahabatan dan kekeluargaan. tentu lebih indah rasa yang dikurniakan itu bukan?.untuk aku melangkah monongkah arus hebat dunia ini bersendirian adalah terlalu payah. aku mengaku aku tidak mampu dan sebenarnya aku tidak mahu melepasi episod-episod dunia dan helaian-helaian cerita aku ini sendirian. Tuhan juga maha tahu limitasi kekuatan hatiku. kerana itu tidak dibiarkan aku sendirian meredah belantara duri. dikurniakan aku keluarga. dikurniakan aku sahabat. dan dikurniakan aku keluarga dan sahabat. Adilnya Tuhan untuk hati-hati rapuh sepertiku. Mereka yang sebatang kara Tuhan kurniakan mereka hati yang kukuh. kerana itu kita yang mendapat kurniaan ini jangan lupa berterima kasih padaNya kerana memberikan kita penguat kepada hati rapuh kita. 

Sahabat memandang kita pada sudut-sudut yang berbeza. ada yang memandang indah.ada yang memandang hina. Aku bersyukur mempunyai 2 kelompok sahabat ini. Hakikatnya mereka manusia. kebiasaan yang wujud dalam rasa makhluk bernama manusia. untuk sahabat yang selalu memandang aku indah. terima kasih atas rasa kalian yang menjadi kekuatan kepada kerapuhan. untuk sahabat yang selalu memandang aku hina. terima kasih jua atas rasa kalian yang menjadi kekuatan dalam kerapuhan. Mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. tidak kira dari kelompok mana pun, kalian adalah anugerah untuk aku. mengajar aku menghargai diri dan mengamati kebesaran Ilahi.


0 daisies blooming: