Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu


Jarang aku nak melangut depan tv sepanjang pengajian selama lebih kurang 4 tahun kat UMP ni. Melangut depan laptop rajin la. Tetibe je hari ni terasa nak tengok cerekarama kat tv3 tu. Demi Masa. Sheila Rusly berlakon. Best sangat. Rindu pulak kat mak. Semoga aku tak jadi macam Nazli (lakonan Syafie dan Iqram Dinzly) tu kalau-kalau aku dah berjaya nanti. Jasa dan pengorbanan mak ayah, mana bleh dicari ganti. Hidup 100 tahun pun tak terbalas jasa mak ayah yang mendidik dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Kita hidup pun atas berkat doa mak dan ayah kita.

Macam dalam cerita tu. Kalau bukan berkat doa mak dia, tak berjaya jugak hidup dia tu. Bila mak dia dah meninggal je terus la bisnes die jadi tak tentu hala. Masa tu baru la menggelabah. Baru la nak ingat mak di kampung. Selama ni mak doakan, memang la hidup dia senang. Bila mak dia dah tak da, siapa yang nak doakan kesejahteraan, kebahagian serta kejayaan dia? Semuanya berpunca dari rasa malu sebab mak dia buta sebelah mata. Kawan-kawan selalu ejek. Bila dah masuk universiti sanggup mengaku diri tu sebatang kara. Bila mak dia datang melawat siap bagi isyarat mata lagi suruh mak dia balik. Malu la nak mengaku depan anak isteri yang dia ada mak yang buta sebelah mata. Bila tau ja mak dia buta sebelah mata sebab bagi mata tu kat dia masa diorg accident dulu, baru la nak menyesal dan rasa bersalah. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak ada gunanya. Harap tak de la orang macam ni dalam realiti kehidupan. Emosi pulak. Eheh...

“Dan kamu hendaklah menyembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa...”(Surah an-Nisa, ayat 36)


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”(Riwayat al-Hakim)


Daisy: Rindu sangat kat mak. Tak sabar tunggu mak and abah datang hujung minggu ni..Hehe..yippieee..Pulau Pinang, aku datang!!!


"Ibu...Kau Adalah Hidupku"



Selamat Hari Ibu
Hujan

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji


Mak Su: Nazhan, bila dah besar nanti jangan lupa jasa ibu ok!


Mak Su: Baby Iffa pun tak terkecuali ye!


Daisy: Khas buat mak, kak fida dan semua insan yang bergelar ibu, Selamat Hari ibu!!! Terima Kasih mak..untuk segala-galanya. You're the Best!! =)


2 daisies blooming:

Raja Azrul said...

selamat hari ibu juga buat nida..hurm, bila tue? Nak jadi ibu...hehehe...

tentu anak nida comel cam anak menakan nida tue..

huhuhu

Nyda Zamani said...

hoho..tenkiu2..hik3
lambat lagi tu..hoho

anak i mesti la comel cam mak dier ni..hihi~