Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, May 17, 2008

Terima kasih Kalian


Hari terakhir aku berada di UMP. Selepas ni, aku akan memulakan latihan industri di bayan lepas. Macam-macam perasaan yang bercampur baur. Gembira, sedih, semua pun ada. Selepas ni mungkin jarang dapat update blog. Tapi insyaAllah, jika berpeluang aku pasti akan update.


Khas untuk Adik-adik Senandika

Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Kamu adalah segalanya bagi akak. Tanpa kamu di sini, akak tak pasti samada akak boleh teruskan hidup di sini. Segala kesukaran dalam hidup akak yang telah akak lalui di sini, akak laluinya dengan hati yang tabah. Segalanya kerana adanya kalian. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, menceriakan hidup akak. Akak tak kisah apa orang nak kata tentang Senandika, yang paling penting akak senang dan gembira bersama dengan orang-orang yang sentiasa membahagiakan akak. Bersama kalian akak kenal erti kasih sayang. Kalian selalu buat akak tersenyum. Kalian selalu buat akak happy. Kalian selalu buat akak rasa dihargai. Kalian sangat, sangat dan sangat berharga dalam hidup akak. Tak ada tukar ganti. Kalian semua adalah adik-adik akak yang paling akak sayang. Akak tak ada adik. Mungkin kalian adalah anugerah Allah buat akak sebagai ganti. Akak bersyukur sangat-sangat dapat kenal dengan adik-adik semua. Semoga ukhwah antara kita akan kekal selamanya. Bila akak dah tak da nanti, korang jaga diri, jangan gaduh-gaduh dan sentiasalah ingat kat akak ni. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi. Mana tahu kalau-kalau akak sambung master kat sini. Dapat la jumpa korang lagi dan terus berteater bersama korang lagi.


Nonie, naf, emiey, note and siau huey

Khas untuk kalian. Itupun, kalau korg baca entri ni. Apa-apa pun, thanks untuk persahabatan terindah selama 4 tahun ni. Walaupun kadang-kadang ada yang bermasam muka, tak puas hati, salah faham dan sebagainya, persahabatan kita tetap erat. Aku nak mintak maaf andainya selama persahabatan kita, ada terkasar bahasa atau tak kena di mana-mana. Terima kasih sebab sentiasa sokong aku walaupun ada yang mahu melihat aku jatuh. Terima kasih sebab selalu bagi sokongan untuk aku, terima kasih sebab sudi jadi kawan aku di saat ada hati-hati yang membenci aku. Terima kasih kerana selalu ada di waktu aku perlukan kamu. Terima kasih kerana selalu buat aku gembira. Kamu adalah sahabat terbaik.


4BKB

4 tahun bersama kalian, cukup untuk aku bukukan sebuah kisah tentang persahabatan. Boys BKB, Terima kasih atas segalanya. Walaupun ada sejarah hitam antara kita. Pasti itu akan lebih mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Dan juga mengajar aku supaya lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain. Terima kasih kerana kalian telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Aku tidak pernah membenci kalian. Cuma, apa yang terjadi, bukan sesuatu yang mudah untuk aku lupakan. Girls BKB, thanks for everything. For always made me laugh, for always made me happy, thank you so much.


3 daisies blooming:

Anonymous said...

kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yg pjg,
boleh kita brjumpa lg.

haha,skemala plak pantun.

BYE BYE~ GONNA MISS U DAMN SO MUCH!!

Raja Azrul said...

wah..nyda..cam bagi wasiat pulak..hihihihi...

Nyda Zamani said...

ngeh3...
daoz..bagus2..it sounds skema tapi itulah warisan kita...hehehe~
i miss u damn so much...

ye la abg raja..wasiat la ni..hehehe~