Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, April 14, 2009

My Hockey Team~




Satu kenangan yang paling aku rindu. Bersama dengan kawan-kawan mengejar bola hoki di padang. Ingat lagi dulu. Mak memang tak bagi aku join pasukan hoki kat sekolah. tapi aku degil. Sebab aku minat. Jadi aku teruskan saja. Lama-lama mak pun faham dengan kedegilan aku. Aku duduk asrama dulu. Tiap-tiap petang ada latihan di padang. Tak susah pun. Tak perlu ulang alik. Mak cakap bila mak balik kerja mak selalu nampak aku berlari atas padang kejar bola hoki. Mungkin berkat doa mak, aku tak pernah alami kecederaan yg sgt2 teruk sepanjang 4 tahun terlibat dengan pasukan ni. Aku defender dulu dan memang slalu la kene belasah dengan striker pihak lawan. Selalu balik dengan lebam-lebam penuh kat kaki. Paling teruk pun aku kene belasah, patah gigi. haha. Memang kelakar bila ingat balik. Salah aku jugak. masa tu baru lagi belajar. Aku lupa. aku masuk side yg salah. Member angkat stick and hentam rahang aku. Sakit beb. Mula-mula kene rasa kebas je. Tak de pape pun. Tetibe plak darah banyak. Menggeletar tangan masa tu. Seb baik satu je gigi patah.hehe. Tapi sebab minat, aku tak pernah serik. Lepas tu pernah juga kuku jari kelingking aku pecah sbb tahan bola. sakitnya Subhanallah. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi itu pun aku tak pernah serik. Alhamdulillah tak jadi mende-mende yang teruk. i mean sampai kene hantar pegi spital ke hape ke..hehehe. Sekarang minat aku dah beralih. dari sukan lasak ke pentas teater. entah bila aku akan dapat peluang pegang kayu hoki lagi. (‘’,)

Hmm...rindu sangat member-member masa kat skool dulu.

Manusia Raja

Thursday, April 9, 2009

Tahniah Senandika

Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Kumpulan Teater Senandika Universiti Malaysia Pahang kerana berjaya menganjurkan Fiesta Teater Senandika yang bertempat di Taman Budaya Negeri Pahang pada 4 dan 5 April yang lepas.

Dalam Fiesta ini, Senandika berentap sesama sendiri bagi menghasilkan persembahan yang terbaik di kalangan mereka. 4 buah naskah dipertaruhkan dalam fiesta ini iaitu, UBAT, TERUK, TAMBAT KAKI dan juga ADAPTASI KERUSI.

Secara keseluruhan, pada pendapat saya, persembahan mereka amat baik. Senandika yang dapat saya lihat hari ini adalah Senandika yang sudah melangkah jauh. Mereka semua mempunyai bakat-bakat besar dalam dunia lakonan. Rata-rata mereka pandai berlakon dan bermain di pentas. Namun, perlu digilap lagi agar lebih menyerlah. Antara kelemahan yang dapat saya kesan adalah seperti, kurangnya latihan terutamanya dari segi lontaran suara. Lontaran suara yang tidak jelas menyebabkan penonton hilang tumpuan semasa persembahan dan akan menyebabkan jalan cerita kurang difahami.

Keduanya, kurang latihan dari segi lakonan dan penghayatan watak. Setiap pelakon perlu mengkaji watak yang dipegang dengan sedalam-dalamnya. Pengarah juga harus berhati-hati agar tidak ada pelakon kamu yang ‘membunuh’ pelakon lain di atas pentas.

Dari segi teknikal, sememangnya sebelum ini senandika menghadapi masalah dari segi teknik pencahayaan, namun pada keempat-empat persembahan mereka kali ini, saya tidak lagi nampak semua itu menjadi satu penghalang untuk senandika beraksi di pentas.

Saya memahami kekangan yang mereka hadapi. Tidak cukup masa untuk berlatih kerana mereka adalah mahasiswa jurusan sains dan kejuruteraan yang tidak lekang dengan assignment dan juga projek-projek yang setia menanti. Dan saya kagum, dalam masa yang sangat singkat dan dalam kekangan yang pelbagai, mereka berjaya memartabatkan teater di UMP. Syabas dan tahniah. Kami warga alumni sangat berharap aktiviti seperti ini diteruskan di masa akan datang agar seni yang dipertahankan ini tidak mati.

Terima kasih kerana menjemput saya mengadili keempat-empat pementasan tersebut. Komentar secara terperinci rasanya lebih elok jika saya bercakap sendiri dengan tuan empunya diri. Setakat hari ini. Saya hanya berkesempatan bercakap dan memberi komen tentang pementasan teater UBAT bersama pengarahnya.

Saya kagum dengan peningkatan yang mereka tunjukkan. Keyakinan saya terhadap mereka terbukti. Saya yakin mereka boleh lakukan yang terbaik di masa hadapan. Kerana itu saya tak pernah meragui akan kebolehan mereka. Selagi mereka bersatu, segala yang susah akan jadi mudah. Saya harap Senandika akan terus bernafas. Untuk selamanya...

Thursday, April 2, 2009

Ulangtahun yang pertama~


Hari ni hari ulangtahun kelahiran blog aku yang pertama. Genap sudah setahun sejak tertubuhnya blog ini. Disinilah tempat aku meluahkan segala rasa yang terbuku yang aku fikirkan boleh aku kongsikan bersama dengan orang lain. Blog ni tidak begitu padat dengan informasi dan isu-isu terkini, tetapi hanya memuatkan bingkisan rasa dalam hati. InsyaAllah, untuk masa yang akan datang aku akan berusaha untuk menjadikan blog ini sebuah blog yang lebih menarik dan matang. Aku masih dalam proses untuk belajar kerana aku bukanlah seorang yang pandai untuk meluahkan apa yang aku rasa melalui baris-baris dan juga bait-bait perkataan. Sungguh, aku sememangnya lemah dalam hal itu. Juga, kadang-kadang aku tidak berani untuk menerima maklumbalas dari pembaca. Begitu payah aku mahu leraikan rantai yang menjerut aku. Rantai yang menjerut keyakinan diri aku. Mungkin aku perlu berusaha lebih gigih lagi untuk meleraikannya. Tapi tak mengapa. Biar masa yang menentukan semua tu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bukan?Aku pasti, ada jalan untuk aku menuju apa yang aku inginkan.


Monday, March 30, 2009

Fiesta Teater Senandika


Senandika!
Can't wait to see korang punye performance this coming weekend.
Hehe..Jangan hampakan Senandika seniors k!
All da best!!
Akak sentiasa doakan kalian.
Really happy to see all of u growing up.

Kepada semua peminat teater, pergila ramai-ramai yer tengok performance adik-adik Senandika saya. Ada 4 buah naskah yang akan dipersembahkan oleh mereka. Untuk maklumat lanjut bleh klik sini.

Saturday, March 28, 2009

Selamat Hari Lahir Abang!


Hey Big Bro! Ampun bangat! Bukan tak ingat hari ini birthday kamu. Cuma lewat menghantarkan ucapan. Kamu jangan marah ya. Sy slalu begini. Lewat. Tapi sy tak pernah lupa. Kamu sentiasa dalam hati sy. Kerana kamu satu-satunya abang sy.


Sy slalu harap kamu slalu ada untuk sy. Tapi masa sudah merubah segalanya. Sy semakin jauh dari kamu. Sy selalu berharap sy dapat berkongsi segala apa jua rasa dalam hati ini dengan kamu. Tapi sy tak boleh. Sy slalu rindu masa dulu. Kamu menjaga sy lebih dari kamu menjaga diri kamu sendiri. Ingat lagi tak, dulu, tiap-tiap pagi kamu yang sisirkan rambut saya sebelum ke sekolah.Kamu akan pastikan sy sentiasa berpakaian kemas. Kamu slalu hantar saya ke sekolah. Naik basikal biru kamu tu. Basikal yang kamu beli hasil titik peluh kamu sendiri. Kita susah kan waktu tu. Sbb tu sy mahu blaja sungguh-sungguh. Mahu ubah nasib kita satu keluarga. Mak dengan Abah terpaksa kerja jauh. Cari duit untuk kita. Sy pernah sekali tak siapkan kerja sekolah. Kamu yang banyak tlg siapkan utk sy. Ingat lagi kolaj tu. Nasib baik kamu tlg sy siapkan. Kalau tak mesti sy kene cubit dengan cikgu faezah yg garang tu. Sy takut sgt masa tu. Sejak tu sy tak berani lagi tak siapkan kerja sekolah.


Ingat lagi tak, kamu slalu cipta benda yang pelik-pelik. Buai atas pokok gajus tepi rumah tok tu. Sy duduk atas buai tu dan kamu tarik talinya sampai sy dibawa ke atas. Masa tu kamu nak selamatkan sy dari kena pukul dengan tok sebab tak nak mandi. Tok cari sy tapi tak jumpa. Seronok sgt waktu tu. Paling sy ingat, masa kamu bawa sy naik basikal satu ptg tu, kaki sy tersepit dan sy nangis. Kamu pujuk sy tapi sy tak nak diam jugak. Kamu belikan layang-layang utk sy. Kamu usaha utk pujuk sy supaya tak nangis lagi.


Semua tu dah tinggal kenangan. Kita skrg masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sy cuma nak cakap, terima kasih kerana kamu slalu menjaga sy. Kamu memang abg yg sgt bertanggungjawab. Kamu jaga sy sepenuh hati sebagaimana mak dan abah amanahkan. Sampai sekarang sy masih tak dapat balas semua jasa kamu. Kan bagus seandainya semua kenangan tu boleh kita ulang semula. Tapi masa lalu tak akan kembali lagi.


Dihari ulangtahun kelahiran kamu, sy doakan semoga kamu panjang umur dan semoga Allah murahkan rezeki kamu dan keluarga kamu. Sy tak ada hadiah utk kamu tapi di masa hadapan sy harap sy dapat hadiahkan sesuatu yang sgt bernilai utk kamu dan keluarga kamu. Sy masih belum dapat ubah nasib keluarga kita kerana itu sy tidak mahu putus asa. Sy akan berusaha lagi. Sy tak mahu tengok kamu susah kerana kamu satu2nya abg sy. Kalau kamu mampu menjaga sy dulu, sy harap sy mampu menjaga kamu di masa hadapan.


Akhir Rasa Ini...


Sudah lama aku tidak menonton teater. Sejak akhir-akhir aku rasakan ia semakin jauh dari hidup aku. Aku rasakan semangatku seakan sudah hilang untuk terus berteater. Aku sendiri tidak mengerti mengapa. Mungkin sudah lelah. Tapi itu bukan alasan yang kukuh. Namun kadang kala aku tidak nafikan ada kekangan yang membuatkan aku menjauh darinya. Aku tidak mahu ia hilang. Aku pasti akan mengejarnya kembali. Aku tak mahu ia mati. Aku tak mahu ia pupus. Aku tak mahu ia pudar dari lakaran kehidupan aku. Kembalikan ia padaku. Semangatku, jiwaku, nyawaku, cintaku. Datanglah kembali mendakap aku. Aku tak mahu kehilangan kamu.

Fiesta Teater Senandika. Aku harap ia dapat mengubati aku. Mengembalikan segala rasa itu. Tolong aku. Kembalikan ia padaku. Hanya itu cinta dunia yang aku ada.

Sunday, March 15, 2009

Cedihnyeee...

Untuk pengetahuan
handphone kesayangan saye dah rosak
makanya
saya perlukan no telefon kawan-kawan saya semula
kerana semua nombor dah ilang
saya cuma ingat no tepon mak saya dengan nonie jer
huhuhuhu...

moral of the story:
simpan la no tepon kwn2 anda dlm simcard...wawawawawa~

Tuesday, March 10, 2009

Diari hari ini...

happy
sbb mira dah jadi salah seorang ahli keluarga straits
lagi2 happy
sbb next week quality dah tak payah kongsi bilik ngn org lain lagi
lega tak payah dengar nyonya tu bising..haha
tension
sbb hari ni audit
sedih
sebab rindu sangat ngan nonie
sakit hati
sbb lift rosak
wawawa..terpaksa la naik tangga ke tingkat 11
bleh patah kaki gue
huhuhu~

Tuesday, March 3, 2009

Farewell Dinner


Hari ni, hari terakhir Mike berada di Malaysia. Specifically, in Straits. He is going back to US tommorrow. Jadinye, semalam Mike belanja seluruh department CP makan malam. Michael Johnson aka Mike ni adalah Global Project Manager of Smith & Nephew Inc. Dia berada di Straits ni atas sebab menjadi mata kepada Smith & Nephew. Hmm..sedih la jugak lepas ni Mike dah tak de sebab die ni suka buat klaka. But time keje serius arr. Mana bleh main-main beb. hehe. Sunyi la CP pas ni dan 3 stooges dah tinggal 2..hik3..Mati aku kalau bos2 CP baca blog ni..Haha~


Hope Mike datang lagi pas ni. bleh wat welcoming dinner plak..Ngeh3. Papepun dinner semalam memang happening. Kita layan gambar je la yer.. (",)
yang diraikan (bleh agak kan yg mana satu..ngeh3)
Barisan gadis-gadis Quality..oppss..except Mr. Mano..He's the manager of Quality
Yang ni paling cun..hik3





Nyum3..



Ni plak akak-akak operator

ni plak CP Material punye org...

Mike with Laser Marking people..except Hooi Theng (sebelah Mike) n Kak Wan