Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Sunday, October 14, 2012

PengaduMu


Tuhanku.
aku buntu.
gundah.
gelisah dan resah.
pada hati aku bertanya.
di mana tempat untukku menangis meluah?
di mana juga tempat untukku mengadu merindu?
berkata hati padaku,
pergilah padaMu.
pencipta segala rasa itu.
jadi Tuhan,
padaMu aku datang.
untuk merayu menyembah.
sebagai sehina hambaMu yang pasrah.
jadikanlah aku gagah.
menepis mengharung fitnah dan mehnah.

wahai Tuhan yang maha tahu.
jadikanlah aku kuat seperti selalu.
mehnah berliku.
fitnah membuntu.
biar aku harung seperti selalu.
dengan kudrat yang Kau berikan aku.
sesungguhnya Tuhan
dunia indahMu dipenuhi tohmahan.
cacian makian.
kekejaman.
yang menguji hati
jua iman.

wahai Tuhan yang maha memberi.
biarlah isi bumi tidak berperi.
biar manusia tidak mengerti.
aku akan menjadi tidak takut untuk goyah berdiri.
kerana aku tahu.
Engkau ada di sisi.
bantulah aku Tuhan.
menggagah diri.
meneguh landasan tempatku berlari.
agar bila jatuhku suatu hari nanti.
bisa membuatku berdiri dan berlari lagi.

wahai tuhan yang maha pemurah.
padaMu seindah tempat berserah.
temukanlah aku jalan hidayah.
semoga mereka tidak menyalah.
dan semoga aku kan terus gagah melangkah.

Friday, June 8, 2012

Dunia yang aku cinta

awal tahun dulu pernah juga rasa mahu tinggalkan dunia yang aku cinta ini. tapi ternyata masih belum kuat lagi. cinta itu semakin menebal. melaluinya aku belajar dan belajar. belajar mengenal manusia. belajar menilai diri. belajar menjadi manusia. jadi jika aku tinggalkan terasa semakin berkurang kemanusiaanku. jangan terlalu skeptikal tatkala melihat aku. jangan menilai aku hanya pada permukaannya. jangan terlalu cepat membuat andaian. aku juga manusia seperti kamu. manusia yang berusaha sedaya upaya untuk menjadi manusia. apakah ada salah di mata kamu melihat insan-insan seperti aku. jangan pernah samakan manusia aku dengan manusia yang ada dalam kepalamu. kami berbeza. cukup berbeza. jauh sekali sama. tidak semestinya senang mendekati orang lain yang kau anggap seperti aku itu bererti senang juga mendekati aku. aku bukan manusia yang senang tertewas dengan muslihatmu. aku sudah jumpa ramai manusia sepertimu. jadi aku sudah bersedia menghadapi manusia sepertimu lagi. biar untuk ke 1000 kali pun. aku janji dengan Tuhanku aku tidak akan pernah tertewas tanpa izinNya.

Berfikiranlah secara terbuka. jangan menghukum manusia semuanya sama. kadang-kadang permata yang kau anggap berharga boleh jadi batuan di tepi jalan cuma. dan boleh jadi orang yang kau anggap hina lebih tinggi nilainya dari permata sutera.

Thursday, June 7, 2012

Wish He Knew

He means so much to me I wish he knew~
Because when he's around the sky's a different shade of ~
and when he talks my knees begin to shake~
The last things I want is another heart break~
If he'd be loyal then I'd be true~
And maybe someday he will ask me if I do~
But how can he ask if he doesn't even know~
And all my love I can't even show~

Maria Natale

Wednesday, June 6, 2012

wordless wednesday (1)


Tuesday, June 5, 2012

Senandika Kembali

Hari ni aku tubuhkan group baru di facebook. kumpulan teater senandika. yang mana group ini akan menggabungkan ahli-ahli senandika yang bertebaran di muka bumi ni. over tak ayat aku? mengambil kira Amir yang berada di Manchester :p. bukan apa. penat dah aku rasa ada perbezaan antara pekan dan gambang. walhal bukannye tak boleh disatukan. bila buat show, tetap menggunapakai tenaga pekan dan gambang. teater ustaz zapin dah membuktikan yang jarak bukan masalah untuk menghasilkan satu produksi. nak mengumpulkan semua orang dalam satu masa memang satu perkara yang sangat mustahil jadi kita perlu jadi fleksibel. bila fleksibel, yang mustahil jadi tak mustahil lagi. ini yang kami belajar bila menyertai produksi luar. 

lagipun aku sebagai salah seorang yang wujud semasa Senandika diasaskan sudah semestinyalah merasa sangat-sangat terkilan apabila Senandika seolah berkubur di bumi gambang ini terutamanya sedangkan nafas-nafasnya masih ada. dan aku yang masih bernafas di bumi gambang seolah merelakan saja pemergian Senandika. Alhamdulillah masih ada mereka yang sepakat untuk mengembalikan Senandika di bumi Gambang. nafas-nafas ini yang betul tekad kali ini mengembalikan Senandika. namun aku dengan rasa gila pangkatnya terus buat group kat facebook. gabungkan semua sekali. pekan gambang dan alumni. tak best la u ols ada kroni2 ni. tapi tak pe lah sy memahami juga kalau wujudnya pembahagian serupa itu yang bertujuan untuk urusan-urusan tertentu. 

lepas ni tak pening lagi nak letak nama group dalam poster. sebabnya pi mai pi mai orang yang sama jugak yang join teater ni. jadi buat apa la pening kepala buat group baru dalam UMP. bila buat show tetap nak bergabung. apekah? kalau betul ada fahaman lain dan tak sehaluan lagi dengan senandika, amatlah di alu-alukan untuk menubuhkan group baru yang bertujuan menjadi pesaing. bersaing secara sihat dalam satu institusi. tapi jangan la buat aktiviti gabungan lagi. tak best u ols! kalau betul nak tubuhkan 2 kumpulan maka bersainglah! persaingan yang sihat membuatkan diri kita bertambah maju. setuju?



cikdaisy: bila group senandika ni nak jadi Kelab ye?ahli dah menggunung. 

stress obes

stress terkumpul setakat ini obesiti pulak rasa. semakin kuat kedengaran panggilan pulau menyuruh pulang menjenguk desa permai. menatap wajah ayahbonda pasti akan menyusutkan kegemukan stress di minda. jom balik penang, kuruskan stress. kemudian kembali semula menggemukkan stress selepas seminggu. penting untuk memastikan diri sentiasa stress bermula 14 JUN 2012. gila kan? tapi aku ada jawapan :)

Friday, June 1, 2012

Minggu Malas!

baju dah berbukit menggunung tinggi atas katil tak berlipat. habis je FTP minggu lepas tak de rasa nak buat pape dah. nak rehat je. walhal tak de la kerja keras sangat pun sepanjang produksi. orang lain yang bertungkus lumus, orang lain yang terasa bahang penatnya. over kan? 

seminggu selepas FTP jugaklah emosi didiagnos kurang stabil. kenapa?biarlah rahsia. tapi nak jugak mention kat sini kan?buat sakit hati je yang baca.haha.simpan saja soalan itu dalam poket hati. teringat lepas habis produksi Ustaz Zapin. malam BBQ, kitorg main truth or dare. damn it!!aku benci gila game ni walaupun hakikatnya tak de orang nak tau pun rahsia hidup aku. haha. kesian.kesian. tapi jauh di sudut hati malam tu memang sangat bimbang akan terkena. kadang-kadang kebenaran itu begitu perit untuk diluahkan. biarlah ia terluah dalam keadaan rela bukan terpaksa. cewahh.hehe. Alhamdulillah, lega malam tu tak terkena walaupun org sebelah kiri kanan terkena. sumpah! memang lain kali aku tak nak main dah permainan ni. boleh buat aku sakit jantung! lain kali aku jaga lagu ja.

sepanjang minggu ni, hari-hari aku bangun lambat. dah la bangun lambat, tido awal pulak tu. dengan harapan bila aku terjaga segala masalah akan hilang di bawa angin lalu. tapi masih tetap dia di situ. menghantui aku. beratnya dugaan ni aku rasa. benar kata salah seorang sahabat aku bukan senang nak pujuk hati sendiri. lebih mudah memujuk hati orang lain berbanding memujuk hati sendiri. 

bangun pagi ini, aku rasa beban masalah tu dah melayang pergi. emosi aku dah kembali stabil!bagusnya! terima kasih Tuhan membawa pergi beban dalam hati. tanda episod baru dalam hidup sudah boleh bermula sekali lagi.

Cik Daisy: jauh di sudut hati berharap dia ada di sini... 

Oyen dan Oyeo Bahagian 3

teringat saat-saat melepaskan oyen dan oyeo pergi. sedih sangat masa tu. paling sedih sekali mama la. sbb mama jarang dah dapat jumpa korang. mami ok lagi sbb mami akan selalu balik rumah mak abah jenguk kamu berdua. segalanya bermula bila kami berpindah rumah dan berkongsi rumah dengan orang lain. untuk keselesaan bersama maka kami tak selalu benarkan oyen dan oyeo masuk ke dalam rumah. bila pergi kerja terpaksa biarkan diorang berkeliaran kat luar. bila malam terpaksa biarkan diorang tidur kat rak kasut luar rumah. sedihnya masa tu bila terpaksa tengok oyen dan oyeo menahan sejuk bila hujan. kalau kebiasaan, di sisi kami tempat tidur mereka tapi keadaan berubah sekelip mata. teringat lagi keletah mereka berdua yang sangat-sangat teruja bila pindah rumah baru. berlari-lari. melawat kawasan. hampir segenap pelusuk rumah diintai dan diamatnya. terngiang rasanya seolah-olah mereka berkata-kata "okay mama, mami, rumah ni selamat untuk kita satu keluarga".

bila pindah rumah baru dan tiba-tiba tak dapat lagi tidur di tilam empuk mama dan tak merasa lagi menyandar di belakang mami, tentu oyen dan oyeo sedih sangat-sangat kan? tentu terfikir kenapa mama dan mami buang kamu di luar kan? maafkan kami kerana terpaksa. mami bangga, kalian boleh beradaptasi. oyeo yang paling senang beradapatasi dengan apa jua keadaan pun. cuma oyen yang lambat sikit. tapi akhirnya korang berjaya biasakan diri dengan dunia baru. tapi, lama-kelamaan jiran-jiran pun tak suka dengan oyen dan oyeo. kata mereka anak-anak kami ini selalu bertandang ke rumah dan berak kencing merata-rata. keadaan menjadi lebih buruk apabila mendapat surat layang. dan lebih menyedihkan lagi ada jiran yang menjadi dalang memutar belit cerita, menokok nambah sesedap rasa. madu di depan, racun di belakang. menurut katanya akan selalu menyokong kami tak kira apa. walhal dialah syaitan bertopeng, menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. menyebarkan segala fitnah dan dusta. dialah punca anak-anak kami kurang kasih sayang kami. kami cuma mahu ada teman dan mereka juga hanya ingin menumpang kasih makhluk bernama manusia. apakah salah rasa hati mereka itu? dunia memang tak pernah lari dari manusia kejam.

sebak hati kami bila satu malam tu pulang dari kerja dan tak ada yang berlari menyambut kami di tangga. kalau tidak mereka berdualah yang akan berlari dari kejauhan. berlumba-lumba siapa akan sampai dulu ke kaki kami. kasih sayang, hanya itu yang mereka damba. biarpun terpaksa menyembah kaki makhluk bernama manusia ini. namun malam itu. kosong. pandangan. rasa. jiwa. hati. minda. kosong. tak ada yang menjengah. kalau oyen dan oyeo nak tahu, mama menangis teresak-esak malam tu. bila mami buka je pintu rumah, mami tengok mama terjelupuk depan tv tu dan menangis. sebak kan? mami tak pernah tengok mama menangis macam tu. sayangnya mama dengan oyen dan oyeo tak ada bandingan. mami harap sampai mati kalian akan ingat yang apa yang telah terjadi adalah takdir. dan mami harap oyen dan oyeo ingat yang kami sayang kamu berdua sampai mati. 

maafkan kami berbangsa manusia ni wahai oyen dan oyeo. pasti dalam hati kalian terlintas kami manusia kejam. tapi sayang kami pada kalian tak akan pernah padam. sampai saat ini linangan air mata yang menemani saat minda menerawang jauh menjengah memori bersama kamu berdua. sumpah! kami sayang kamu berdua sampai mati. janji!





Wednesday, May 30, 2012

Penghargaan Buat Produksi Dusta (FTP 2012)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. terima kasih Rabbul Izzati yang menulis ketentuan di Lauh Mahfuz dan membenarkan semua ini terjadi. 

Pada ahad yang lepas, 27 Mei 2012 Produksi Teater Waris telah pun mementaskan sebuah teater bertajuk Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 karya Encik Yusof Bakar atau nama penanya Dudok. Teater ini mengisahkan tentang 5 orang yang berbeza pangkat dan statusnya diculik dan ditempatkan di sebuah kurungan. mereka diculik atas sebab satu persamaan iaitu DUSTA. eksperimen demi eksperimen terpaksa mereka hadapi demi melepaskan diri dari cengkaman psikopat yang begitu taksub dengan kajiannya terhadap manusia-manusia ini. semakin lama mereka berada di dalam kurungan itu, semakin tertekan dan memberontak jiwa mereka untuk melepaskan diri sehingga satu persatu DUSTA mereka tersingkap. 

Teater ini adalah bersempena dengan Festival Teater Pahang 2012. Festival kali ini dipentaskan di Amphitheatre Bangunan UMNO, Pekan, Pahang. DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 telah diarahkan oleh Hazryl Syafiq dan pengarah bersama yang sangat berbakat, Said Saiful Fazli (Pengarah Terbaik Festival Teater Pahang 2009, DETIK). Tahniah Produksi Teater Waris kerana telah berjaya mementaskan teater ini.

Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua krew yang bertungkus lumus dalam menjayakan pementasan ini. tidak lupa juga rakan-rakan yang turut terlibat secara langsung ataupun tidak.   

Kepada semua ahli produksi, percayalah, kita sudah melakukan dan memberikan yang terbaik untuk pementasan kali ini, cuma mungkin nasib kurang menyebelahi kita. apapun menang atau kalah adat pertandingan. ini adalah salah satu platform untuk kita berkarya. yang penting, semangat kita jangan hilang dan bersedia berjuang di masa hadapan. saya sangat berbangga dapat bekerjasama dengan anda semua yang cukup berbakat. walaupun kita bukanlah lahir dari jurusan seni persembahan atau seni lakon, namun kita telah buktikan kita mampu belajar dan sedaya upaya menimba ilmu dari mereka yang berpengalaman demi minat kita yang satu ini. 

Terima kasih Abg Wan, Bad, Syafiq, Rani. dari jauh kalian datang demi menjayakan produksi ini. terima kasih juga Teacher Lida, Abg Salman, sanggup datang latihan hampir setiap malam di UMP. memberi tunjuk ajar buat kami yang masih bertatih-tatih dalam dunia teater serta tak dilupakan juga Epul yang terlalu banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan pelbagai bantuan buat kami. jasa kalian terlalu besar buat kami. terima kasih yang tidak terhingga. terima kasih buat pengurus produksi Bani Fartini, tanpa dia urusan-urusan surat menyurat, pengangkutan, kelulusan dan sebagainya akan tergendala. terima kasih UMP menyediakan lori untuk membawa props kami dari gambang ke pekan dan juga pelbagai kemudahan lain di sini. Terima kasih Adha kerana menyediakan poster yang sangat-sangat cantik. anda memang sangat berbakat. Terima kasih Unit Teknikal, Eqa, Din, Mas, Fikri, Syafiq. tanpa korang DUSTA tak berbunyi dan tak bercahaya. Terima kasih Bani, Adha, Bad, Rani, sebab tanpa korang maka kosonglah pentas DUSTA. Terima kasih Che Am, Kak Fiza, Miey, Midi, tanpa korang maka tak berserilah pelakon di pentas. terima kasih SM yana. semoga anda tidak serik memegang title SM itu dan teruskan menimba pengalaman demi pengalaman. percayalah satu hari nanti anda akan dapati bekerja sebagai SM merupakan satu tugas yang paling anda suka. kan Eqa??hehe. terima kasih penasihat-penasihat kami En. Shahrul Nizam dan En. Mufli, walaupun anda sibuk dengan urusan dan kekangan kerja, anda tetap hadir memberikan sokongan untuk kami, memberikan bantuan dari jauh dan dekat. terima kasih Abg Salman, Bob, Teacher Lida, Faiz R, Syidek, Abg Wan kerana tanpa kalian tiadalah DUSTA. dan terima kasih Pengarah-pengarah muda kami Apit dan Epul yang bertungkus lumus memerah otak siang dan malam untuk mewarnai DUSTA. tanpa anda maka kosonglah DUSTA. korang semua sangat-sangat berbakat dan semoga bakat-bakat yang ada ini tidak mati di sini. marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan kita. 

Sejuta penghargaan buat penulis Encik Mohd Yusof Bakar kerana memberikan kebenaran untuk kami mementaskan karya ini. ilmu yang saya dapat sepanjang berteater bersama beliau di Bakawalee, saya gunapakai dan kongsikan bersama mereka di sini. terima kasih yang tak terhingga atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang tak pernah putus. 

tak dilupakan dan tak akan lupa, special thanks buat silky siblings! Kak Mel dan Yunika (Daoz tak dapat datang atas kekangan tertentu) yang datang menonton dan memberikan sokongan. kamu adalah kekuatan saya. terima kasih kerana selalu ada tidak kira senang atau susah. 

yang utama tetap utama, syukur pada Dia yang membuatkan segalanya menjadi nyata, yang menghadirkan kalian sebagai perantara, tanda kasihNya yang tak pernah sirna.







kronologi 25, 26, 27 Mei 2012

25 Mei


berangkat menuju ke KL jam 10.30 pagi dan tiba di pekeliling jam 1.30 petang. solat dulu sebelum berangkat ke Pudu Sentral. kemudian meneruskan perjalanan ke tanjung malim. oh ya! sebelum tu, ada kejadian di Pudu Sentral yang hampir membuatkan aku nak marah orang. aku benci manusia penipu. entah macam mana aku boleh tersekat masa tu. selalunya aku tak pernah peduli pun kalau ada orang tahan aku untuk jual barang atau apa saja tapi hari ni betul2 ganjil. ada la hikmahnya tu. niat nak membantu saja. tapi lain kali memang aku tak kan terpedaya lagi. insyaAllah. kecuali jika Allah menetapkan itu rezeki mereka, manusia penipu dan bukan aku. rezeki Allah punya. sampai masa kene beri balik pada Dia. ingat tu!

naik bas lebih kurang pukul 3.30 ptg. nasib baik bawak bekalan minyak cap kapak dan earphone. kalau tak memang pening la kepala aku sepanjang perjalanan. haha. sensitif sket bila naik bas ni. mabuk. mengada-ngada pun ada rasanya. haha. maaf. maaf. sepatutnya bersyukur. hehe. sampai di stesen tanjung malim lebih kurang jam 430 petang. Marul & Mira yang datang ambik. teruja berjumpa sahabat baik aku ni. masuk je kereta. dapat berita gembira. aku doakan semoga Allah pelihara kamu sahabatku. semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. tolonglah ambil ubat tepat pada waktunya ya puan azmira. degil! *bebel..bebel..bebel*


sampai trolak utara. keterujaan berada pada tahap lebih tinggi. teruja macam jumpa famili yang dah lama tak jumpa. sempat tolong packing goodie bag sebelum bersiap sedia untuk acara malam hari. majlis khatam quran. oh yeah!!! dah terasa macam qari'ah jemputan keluarga pak cik dollah pulak. dulu masa mira kawin pun saya tolong juga. hehe. terima kasih mira. jemput aku. terima kasih kak wa sebab percaya. *senyum* oh!tapi maaf sebab setengah jam sebelum majlis saya menimbulkan kekecohan. tiba-tiba rasa dunia berpusing dan tekak meloya. nasib baik ada asam yang menghilangkan rasa kurang enak itu. maafkan saya. disebabkan teruja berjumpa kalian. saya lupa yang saya belum menjamah makanan hari tu. serius tak ingat pasal makan. pelik kan orang yang suka makan macam aku tak ingat makan. haaaa..itulah kuasa persahabatan! hehe


26 Mei

bangun pagi. ambik giliran masuk bilik air. haha. memang sangat best sebab kalau kat rumah memang tak merasa beratur tunggu giliran nak mandi. rare!! untuk aku lah. kalau kat rumah nak berebut bilik air dengan sapa. dengan mak abah je la. haha. al maklumlah di rumah cuma ada mak abah aku dan abang. selesai mandi maka bersiap-siaplah diriku mengenakan kurung moden rona hijau muda. memang warna kegemaran la. terima kasih mira kerana menaja pakaian aku hari tu. vogue tak pengapit kak wa hari tu??vogue kan??tak salah kamu pilih orang. hahaha. tudung je tak sempat nak beli baru tapi aku pakai selendang yang kamu bagi jugak. pukul 9 pagi dah start majlis akad nikah kak wa dan heykal. tapi kali ni tak sempat nak rekod masa kak wa selamat menadi isteri heykal. busy merakam video masa tu. tak teringat langsung. adoi. baju nikah kak wa warna krim. cantik!! baju sanding pun cantik. simple dan cantik! suka sangat! walaupun ada la kejadian-kejadian yang boleh membuatkan mood pengantin hancur. kalau saya confirm dah stress sangat tapi kak wa rileks je. tenang dan cool! respect kak wa! memang terbaik! majlis habis lebih kurang pukul 3 petang macam tu. petang tu jugak berangkat balik ke kuantan.

kak wa heykal dan mira yang hantar aku gi stesen tanjung malim. terima kasih kamu semua. terharu saya masa tu. hampir terbuat drama swasta kat depan bas tu. adohaiiii. nasib la mira dapat kawan yang suka berdrama macam aku ni. terimalah aku apa adanya. cewah. jam 5.30 petang, bas pun memulakan perjalanan menuju ke Pudu Sentral.




banyak betul bercerita. cover cerita  untuk setahun ni. haha. terpaksa balik petang tu jugak sebab dah ada plan lain untuk esok hari. janji petang tu dengan kak mel dan nika untuk berjumpa di stesen bas pekeliling jam 7.30 ptg. sama-sama naik bas ke kuantan pulak untuk program esok hari. padat sungguh jadual. haha. sebenarnya baru ja plan ajak yunika tengahari tu. memang dengan harapan dia ikut sama. cuba contact daoz tapi tak dapat. biasala. adik bongsu retis. busy dengan show sana sini. jadinya tak sempat juga la nak kumpulkan silky siblings bersama kali ni. selalu macam tu. kalau sempat berkumpul pun mesti 3 je atau 2 je. tak pernah berempat. insyaAllah mungkin suatu hari nanti. sama-sama kita berdoa. 

sambung adegan drama di pekeliling. terpaksa la buat muka kesian dekat driver bas sebab masa tu kak mel tak sampai lagi. bas dah nak jalan sbb jadualnya 7.30 petang. terima kasih driver bas yang baik hati sebab tunggu juga kami. kesabaranmu amat kami hargai. lewat 15 mnit bas tu. tak kira! apa nak jadi-jadilah. yang penting kami mesti naik bas sama-sama ke kuantan. walaupun tertinggal bas! tapi Alhamdulillah tak ditinggalkan. kesian kak mel berlari lepas turun monorail kat stesen titiwangsa tu. demi mengejar bas. penuh drama aku rasa malam tu. dah la dengan diri masih berbaju kurung. kak mel pun sama. masih berbaju kurung waktu itu. naik bas je masing-masing terlelap. perjalanan yang meletihkan. 

sampai di UMP lebih kurang jam 10.30 malam. terus ke 'gudang' tempat latihan teater kami. tambah teruja dapat melihat wajah-wajah mereka. lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan esok hari. pertempuran yang kami tunggu sekian lama. 

malam tu sebelum pulang ke singgahsana untuk beradu kami makan-makan dulu di Gambang Foodcourt. acara wajiblah kan. makan sama-sama. hehe. lepas tu baru lah pulang ke singgahsanaku. tidur dan berehat. tapi aku tak dapat lelap juga malam tu. takut bangun lewat sbb dah janji berkonvoi ke Amphitheatre Pekan jam 7 pagi. jadinya setengah jam saja terlelap.





27 Mei 



tiba hari yang ditunggu-tunggu. pergi dengan harapan yang menggunung tinggi. agar pulang dengan paling kurang satu anugerah. perjalanan persembahan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 terlalu lancar. bangga ada tenaga kerja seperti mereka. semangat berpasukan yang sangat tinggi. masing-masing bertungkus lumus menjalankan tugas dan amanah masing-masing. pementasan berakhir dengan jayanya. walaupun kami tidak pulang dengan sebarang anugerah namun kami tahu kami kalah bermaruah. kami sudah buat yang sehabis baik. cuma mungkin tiada rezeki untuk mewakili pahang ke peringkat kebangsaan. apa yang terjadi bukan melemahkan semangat kami bahkan lebih mengeratkan silaturrahim sesama kami. menambahkan lagi kuat dan utuhnya persaudaraan kami. teater ini menghubungkan yang jauh dan dekat. this is the best production ever. senior dan junior 10 generasi senandika bergabung bersama pelakon-pelakon handalan pahang. pengarah bersama yang sangat berbakat. namun seperti yang telah aku katakan tadi. mungkin tiada rezeki kami. walaubagaimanapun kekalahan itu akan kami kaji dan selidiki agar masa depan menjanjikan sesuatu untuk kami. 

adik-adik, kakak dan abangku. kamu semua anugerah terindah buatku. saya sangat bahagia dikelilingi orang-orang yang saya sayang selama 3 hari ini. semoga ukhwah antara kita akan terus kekal abadi.



**selesa bila dekat dengan kamu. rindu bila jauh dari kamu. terima kasih buat aku rasa dihargai. setelah sekian lama aku rasa kamu makin jauh dari aku**