Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Thursday, May 1, 2008

Satu Hari Yang Best


Ini entri aku yang terdahulu. Bertarikh 19 April 2008. Masa tu tak sempat untuk mengarang entri kejadian pada hari tersebut. Jadi disebabkan sudah bosan menatap slide Recycling Technology, aku terpanggil untuk menulis tentang percutian sehari bersama Senandika.




Hangout Senandika kali ni di Hutan Lipur Berkelah yang letaknya tak la jauh sangat dari UMP. Senandika bertolak dari UMP lebih kurang jam 10 pagi. Sempat juga berhenti sarapan pagi dulu di restoran keluarga di pekan Gambang sana. Kali kedua sebenarnya Senandika meredah Hutan Lipur ni. Semuanya gara-gara nak bermandi manda di air terjun.





Eratnya persahabatan kita seerat terikat dan bersatunya hati-hati kita. Disitu letaknya rahsia kejayaan kita, Senandika. Walaupun baru setahun jagung menapak dalam dunia Teater, banyak peningkatan dan banyak ilmu yang telah kita timba. Teater, teruskan ia. Pastikan ia terus hidup mekar di bumi UMP semekar hijau pohonan yang subur di Lipur ini.



Percutian sehari bersama Senandika diteruskan lagi dengan aktiviti BBQ di Pantai Balok. Selepas solat Asar, kami mulakan aktiviti memasak. Aku, nonie dan nurul sempat lagi mencuri tulang. Kami main layang-layang. Indahnya mengimbau zaman kanak-kanak.



Di pantai itu
Saujana mata memandang

Laut yang luas terbentang

Menyimpan segala macam khazanah yang masih belom diteroka sepenuhnya

Deruan ombak memukul pantai

Desir angin yang bertiup damai

Debu pasir halus yang jadi hamparan

Segalanya memukau pandangan

Begitu indahnya ciptaan Tuhan


Daisy: Bila agaknya dapat menghabiskan masa bersama kalian seperti ini lagi...

2 daisies blooming:

Sengal Ubi said...

mcm best je
outing senandika...

rugi rs nye
x dpt prgi...

=[

Nyda Zamani said...

ala
x pe la amir
len kali bleh join lagi
hehe~