Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Tuesday, June 28, 2011

eh!!nonie dah kawen laaaa...

lambat pulak aku ambil masa untuk tulis entri tentang pernikahan sahabat2 baik aku ni. Nuraini Mansor & Junaidi Zakaria. tak sangka. kahwin jugak akhirnya diorang ni. ini couple yang ke-2 la dalam geng BKB. ade lagi ke geng BKB yang couple dengan geng BKB jugak?tak de dah kan. jangan ada yang aku tak tahu pulak. haha. kalau ada jangan lupa habaq kat ceq noooo. hehe. dan cepat-cepat la hantaq jemputan kat ceq :p

Alhamdulillah. nonie dah selamat jadi isteri bd pada tanggal 28hb Mei 2011. jam 9.25pm. haishhh...asyik record timing orang jadi bini orang je. untuk diri sendiri nanti sape nak tolong recordkan ye?haha *berangan* . perasaan gembira tu memang tak terucap dengan kata-kata la. nangis aku malam tu. eh!orang lain yang menikah orang lain yang nangis apehal? alaaa..biase la aku kan cepat touching sket orangnye. masa mira kawen dulu pun aku sebak gak. tapi tahan je. malu.ramai orang. haha. bukan over. huhuhuhu. sedih la beb. sape tak sedih. upama hilang kawan la. lepas ni dah tak bleh berkepit slalu dah dengan nonie. tak kan die nak layan aku dah kan. tak de sape dah nak teman aku tengok wayang. cemane nak tengok buah hati aku berlakon filem nih??banyak ni filem die nak keluar. hahaha. *ketuk kepala sket. dah senget* :p nonie dah ada tanggungjawab yang lebih besar. tanggungjawab pada suami, mak, family etc. kawan tak masuk dalam senarai pun. eheh. :p

ape2 pun aku bersyukur sangat sbb diberi peluang untuk tolong diorang ni dalam persiapan menuju hari bahagia. Setidak2nya ada la pengalaman untuk aku. Mana la tau kot2 terbuka hati nak kawen. Ahahaha. :D thanks nonie sbb bagi kepercayaan kat aku untuk jahit manik baju nikah ko tu. itulah kali ke-2 aku menjahit manik untuk event besar selepas yang pertama baju tunang ko. thanks ye. bagi kepercayaan kali ke-2 kat aku. ape2 kekurangan aku mintak maaf banyak2. kalau tak jadi macam yang ko bayangkan aku mintak maaf ye. aku dah buat sehabis baik dah tu.huhuhu. aku ni ko faham la kan. kalau idea tak datang tu, tungging tebalik guling2 golek2 47 kilometer pun die tak datang jugak. Nak kene seruuuuuu.hahaha . tapi kalau ade idea mencurah-curah pulak. hahahahaha.


simple & beautiful :)

on your BIGGGGGG day tu memang aku seronok sangat. family ko yang memang sporting habis walaupun abang adin tak dapat terima kenyataan aku adik angkat dia. wakakakaka. rindu la ngn yani ngn farisha. pastu gadis2 nakal yang tak habis2 ajak aku buat keje skolah ngan diorang. huhuhu :) memang meriah sangat hari bahagia korang. Mane taknye budak2 Senandika datang. Lepas jugak rindu aku kat adik2 kite tu. Dah besor panjang pun diorang. Tak lama lagi bakal ikut jejak langkah ko la tu semua tu. Hehehe. Eh! tapi azril dah langkah bendul. Dan tak lama lagi aku jadi aunty!!!yay!! baby ke berapa ye dalam senandika??hmmm??hehe. andddd tak lupa jugak kawan2 sepermainan. 4 tahun di UMP nun punnnnn datang jugak. best sangat dapat jumpa korang terutamanya emiey la sbb lama tak jumpa tapi sedih sebab nafsiah & note tak join. tak cukup korum jugak. masa naf kawen pun tak cukup korum jugak.uhuk3. tak pe2.nanti time emiey ke, nonot ke, aku ke (eheh) kite kene cukupkan korum okeh!!



malam pernikahan mereka :)


with kanak-kanak riang. Senandika!!!!eh!kanak2 ke??hoho


:) merpati 2 sejoli :)


sahabat2 seperjuangan
(photo credited to MieZPhotoStudio)

Tahniah lagi skali dari aku sahabat baik yang tak berapa nak baik ni. Hehe. Mintak maaf atas apa sahaja kekurangan sepanjang the making of ur BIG day. And so sorry jugak tak dapat attend majlis resepsi di Terengganu. Sorry bd ye. Ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku doakan sahabat-sahabat aku ni bahagia sampai akhir hayat. Sampai syurga. Aminnn :) :) :) :) :)


Miss Gorgeous!!!
(photo credited to MieZPhotoStudio)


cikdaisy: tunggu plak sape next.hehe. mungkin next year kot :)

Sunday, June 26, 2011

My Oyen & Oyeo Part 1

sejarah pertemuan aku dengan oyen adalah adalah pada tanggal..ehhhh..tipuuu..aku tak ingat pun tarikhnye bila. aku tulis diari ikut mood. the day i found oyen i forgot to write. haha. masa tu aku on the way balik rumah. break time pukul 1pm. almaklumlah rumah belakang tempat keje je. jalan kaki 3 minit dah sampai depan pintu rumah. aku tengok budak2 block tu buli dia. diorg curah air (tak ingat air ape but minuman manis la) atas badan dia. she was all alone at that time. umur dia lebih kurang 4-5 bulan waktu tu. kecik lagi. sangat kesian. mula2 nak ambil tapi fikir dulu. lepas break, masuk keje balik tapi fikiran melayang fikirkan si kecil yang sangat kasihan tu. last2. i decide untuk bawak dia balik atas persetujuan housemate. Alhamdulillah ada housemate yg very understanding and the best part is that she also a cats lover. rumah dia lagi banyak kuceng okay!! memula bawak balik, oyen diam je. macam takut-takut. mungkin agak trauma dengan apa yang telah menimpa dirinya. sian jugak dengan dia. bile kitorg gi keje, tinggal la die 'sorg2' kat rumah. memula mcm murung tapi lama-lama, oyen mesra dengan kitorg. tapi dia lagi manja dengan mira. suka tido dengan mira, manja2 dengan mira and the best part is, suka kacau kitrog tido pagi2. macam tau2 je dah sampai masa bangun subuh+keje. huhu. untuk mengelakkan dia bosan sendirian, kitorg belikan dia bola. patung spring (butterfly kalau tak silap aku yang digantung pada spring). so tak de la die bosan time kitorg tak de. patung spring tu gantung kat pintu. mende tu akan toing2. dia suka tengok and lompat2 tangkap patung tu. tapi tak tahan lama pun sehari 2 je kot pastu mende tu putus dah. main banyak sangat. hehe. sweet sangat keletah dia. aku menangis sudah sambil tulis entry ni. rindu sangat ngn die. ;( Ah sudah..tak dapat teruskan lagi. sambung next entry lahh...uwargghhhhh ;( ;( ;( ;( ;( *nanges kuat2 sambil peluk bantal*



cikdaisy: alahaii..oyen pun mesti rindu mommy tu...dun worry :)

Saturday, June 25, 2011

ML dah abes laaaa

tamat dah episod gelak ketawa bersama Maharaja Lawak. nak tunggu final punya la berdebar :S (eceh..mcm la aku yg compete kan?haha) tup-tup habis cam tu je. in a blink. walaupun agak kecewa sbb acai & mael lambung pujaan hatiku dapat tempat ke-2, tapi MOJ (mak ok jerrrr :p...terpengaruh!!haishhh) sebab sepah pun best. memang ade jugak rase2 macam sepah nak menang tapi mulut tetap menidakkan dan mendoakan semoga Jozan yang akan menyandang gelaran Maharaja Lawak. namun apekan daya pun adoi. bukan rezeki Jozan la tu maknenye. line bz kot semalam. undian ada yang tak sempat masuk tu.ngeh3.sedapkan hati.huhuhuhu.




haihh..bosan la pasni dah tak de Maharaja Lawak. dah tak de geng2 JOZAN, SEPAH, JAMBU, NABIL yang akan buat aku gelak tergolek-golek. hahaha. persembahan malam tadi memang best habis. aku suka show nabil. memang terbaik. Jambu pun i like. sekurang2nya Jambu kalah bermaruah sebab lawak diorang best cuma undian tak menyebelahi diorang kan. huhuhu. Sepah memang maintain je dari awal ML sampai akhir. itu yang membuatkan diorang menang. i guess la. lagi satu diorang ni memang betul la bujang lapuk alaf baru, kalau dulu kita ada p.ramlee, sudin ngn ajis, skrg kita ada jepp, shuib ngn mamat. moga diorang ni pun akan dikenang sepanjang zaman mcm bujang lapuk yg dolu2 tu.hihi..i loike!! untuk persembahan ML akhir ni secara jujurnye aku suka show Nabil. kreatif. walaupun menggunakan idea yang sama mcm dulu iaitu lalat tapi olahan idea tu mantops!!he think out of the box! pelawak brilliant! hehe. yang muzikal semua aku suka. Jambu best!!! new version yg sangat menghiburkan. Sepah pun ceq suka jugakkkkkk!!! ceq suka bila jep ngn shuib nyanyi. Jozan??of kos la lagi ceq suka. kreatif gile kot diorang ni. macam yang Ahmad Idham cakap. persembahan penutup yang terbaik!!yeahhhh...walaupun Jozan tak menang tapi Jozan tetap pemenang dalam hati peminat2 diorang. suka3!!! :) :) :) :) :)



meletops btol rating ML ni ye. ramai btol yang gi tengok ML live. aku? tengok kat umah je la. tak suka nak bersesak-sesak.huhuhu. jom heboh pun tak penah pegi. kalau ade geng ok la kot. aku dah mula rindu nak tengok telatah diorang ni. cemane nih. haha :p



Thanks to all sebab selalu buat aku tersenyum! :D :) :D :)



cik daisy: gelak guling2 tapi yg penting sentiasa ingat supaya tak lupa diri. hehehe peace yo!!!dengarnye Mael Lambung vs Ah Cai start shoot september ni??betul ke???wieeeeee!!!bestnye!!!! :p :D :)

Saturday, June 18, 2011

go JAMBU go!!

alamak..sipi je smlm JAMBU tersingkir. seb baik juri gunakan juga IMUNITI.muahahahha. eheh. Alhamdulillah. berjaya jugak JAMBU berentap di FINALE. harap-harap JAMBU tak mengecewakan peminat-peminat die la eh. JAMBU tolonglah bg yang terbaik punya untuk final ni. JAMBU macam dah patah semangat je. huhu. jangan la cenggitu. teruskan usaha. dah sampai akhir ni. hope diorang buat yang terbaik untuk final nanti. bestnye 4-4 group feveret berentap untuk final!!wah tak sabar..tak sabar..persaingan sengit ni.

cik daisy: mael lambung tetap di hati. ihik :p

Friday, June 17, 2011

kepercayaan

pernah tak berhadapan dengan orang yang tak boleh dipercayai??contohnye, kite bgtau die some stories yg sangat top secret la org katekan tapi last2 kite dapat tahu die canangkan top secret kite tu kat orang lain. oh ****.alamak!apakah itu??haishhh. mane silapnye langkah kite ni? silap bila terlalu percayakan org lain selain diri sendiri la kot kan? dah nama pun top secret nape la pegi bgtau org lain. tak pasal-pasal malu bila rahsia terdedah. dah tak jadi rahsia lagi dah. ape nak buat ye dengan orang macam ni? nak sembur...haishh kesian pulak la kan. nama pun kawan. adoi. satu pengajaran penting. jangan mudah percaya pada seseorang. nak tak nak kena ada sedikit rasa was-was tu. (lame tak dengar iklan zaitun kan?gunakan tanpa was2..opss sori terlebih sudah). bukan ape. selidik dulu sebelum percaya bulat-bulat, petak-petak, atau lonjong-lonjong dengan dia. kadang-kadang kita nak bercerita pun sebab nak meluahkan apa yang terbuku di hati. bukanlah dengan niat nak mencanangkan harga diri. tapi kalau dah tersilap langkah tercerita pada yang mulut tempayan...hmmm..terpaksa la jalan tutup muka. tak tau mcm mana nak berdepan dengan orang yang terlibat. nak lalu belakang pun rasa nak sorok muka dalam poket je. dah cakap rahsia..rahsia..ishhh..habis dah tak jadi rahsia. menyesal pun tak guna. ade poket besar sket tak nak pinjam.uhuk3~ ;(


cik daisy: sabaq la nooo. itulah asam garam dunia

Wednesday, June 15, 2011

bahagia tanpamu

aku bukan la jenis yang suka share hal yg terlalu peribadi kepada public. but this time. aku pun tak tau kenape. mungkin dah lame sangat pendam kot. once i was taken. tapi tak lama. sekejap je. hubungan yang terbina tak bertahan lama. aku pernah bagi dia peluang. orang yang buat silap patut diberi peuang ke-2 kan? tapi bukan ke-3 i think. so, tindakan aku tak la terlalu kejam i guess. aku pernah bagi dia peluang tapi nampak gayanya dia tak menggunakan peluang yang aku bagi tu dengan sebaiknya. aku faham dia juga manusia biasa. tapi bila kesilapan yang sama berulang itu tandanya dia tak pernah belajar kan? itu tandanya dia tak ambil berat kan? jadi wajarkan tindakan aku? aku tak mahu terikat dengan rasa bersalah. ya, aku seorang yang lembut hati. susah untuk berkata tidak. tapi itu untuk sesetengah orang. bagi sesetengah yang lain, aku boleh jadi seorang yang sangat keras hati. aku juga boleh jadi seorang yang lain yang tidak akan kalian kenali. aku tidak sempurna. ya. aku manusia tidak sempurna. lebih tepat lagi aku manusia tidak sempurna yang punya hati dan perasaan. aku cuma mahu kamu tahu. aku bahagia tanpamu. dan aku tetap akan kakukan keputusanku itu. hati aku sudah keras membatu. semua kerana kamu.


cik daisy: sampai bile nak single ni??hehe. tak pe2.jodoh itu ketentuan Allah. Dia maha mengetahui. mintalah dariNya :)

Monday, June 13, 2011

ketawa penawar duka

sedang melilau lilau dan melompat-loompat sini sana, aku terjumpa la satu artikel yang membuatkan aku insaf sekajap. huhu. benar cakap orang ketawa itu penawar duka. tapi dari sudut pandangan dalam agama kita, ketawa bagaimana yang dibolehkan dan ketawa bagaimana yang ditegah? aku juga manusia biasa yang sering terlupa tapi Alhamdulillah. masih ada yang mahu memberi peringatan.




apa yang dapat aku belajar dari artikel itu adalah Islam tidaklah melarang umatnya dalam berjenaka tetapi ada batas-batas yang perlu di jaga. bersederhana.sebabnya banyak ketawa akan membuatkan hati mati dan membuatkan org lain memberikan tanggapan buruk terhadap diri kita. Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata, "Orang yang banyak ketawa kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."




secara ringkas apa yang dapat disimpulkan, dalam Islam gurauan itu haruslah:


1. berpada-pada


2. kena pada masa dan ketikanya


3. tidak menghina orang lain


4. mengeratkan silaturrahim




ada banyak hikmahnya dalam mengurangkan ketawa/bergurau. yang paling penting adalah supaya kita tidak lupa pada pencipta kita, Allah swt. betul tak terlalu banyak ketawa akan membuatkan kita lupa padaNya??aku akui berdasarkan pengalaman sendiri. sekadar untuk renungan diri sendiri dan sahabat-sahabat juga.




kalau nak baca artikel tu boleh baca kat sini




cik daisy: tak leh gelak guling2 sangat la ye time tgk ML??..huhuhu

Sunday, June 12, 2011

Currently i am addicted to ML

Maharaja Lawak. sape yang tak tengok memang la rugi. bleh buat hilang stress woo layan ML. currently aku dah macam ketagih la melayan ML ni. ulang la seribu kali pun aku tetap akan ketawa terbahak-bahak. walaupun aku layan sengsorang je kat hostel ni, aku tetap akan gelak guling-guling punya tengok gelagat JOZAN, JAMBU, SEPAH and NABIL. kumpulan feberet???tengok list yang aku buat pun dah tau siapa yg pertama bertakhta di hati. wahahaha. of kos la mael lambung yang bermata garang tu!!!auwww!! terpaksalah berebut mael lambung dengan mak jemah ok!

di kala hati dirundung kesedihan dan kemurungan, kesunyian dan segala bagai, nasb baik ada Maharaja Lawak. haha.suke3!!suke sangat. tak lupa jugak gelagat AC yang sememangnya sentiasa menghiburkan. dia layan je budak2 ni buat lawak. memang sporting habis la AC. juri2 semua pun best. yang tak best tu malas la nak komen. bak kate mak nonie. "juri ni komplen tak best". komplen ok. mak nonie pun bleh join ML.hihi

aku slalu jugak berjalan2 di Facebook Maharaja Lawak. macam-macam gelagat fan2 ML kat sini. opss aku tak la terjebak. biasa aku gi like2 je kat komen yang aku rasa patut. yang aku rasa tak patut tu aku tak buat pape la. kalau ade button dislike lame dah aku klik tapi tak de lak kan. haha. kadang2aku rasa diorg ni cam over pun ade. bagi aku kalau tak suka pun tak yah la kutuk teruk2 kan. sian. huhu.



tak lama lagi dah nak final. actually aku tak kisah pun sape menang sbb bagi aku diorg ni memang la dah tahap Maharaja Lawak dah pun. masing2 ade kelebihan dan kehebatan masing2. masing2 memperjuangkan genre lawak masing2. yang penting kehadiran mereka sentisa menjadi pengubat duka lara insan seperti aku.hahahahaha. cam ape je buat statement cam tu. :p

JOZAN da best!!mael lambung i lefffiiuuuuuu... ngeh3~















Cik Daisy: betul la kata orang ketawa itu penawar duka.... :)