Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.
Monday, August 15, 2011
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan
jom. nak kongsi dengan semua kelebihan Ramadhan. info ini saya dapat dari ceramah Tuan Sidek Tuan Muda, pensyarah PBMSK UMP di majlis Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan khamis minggu lepas.
1. Ketibaan Ramadhan Membawa Keampunan
dalil: Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan penghapusan kepada dosa-dosa yang berlaku antara keduanya selama mana menjauhi dosa-dosa besar. (riwayat Muslim)
2. Bulan Al-Quran
2.1 Al-Quran diturunkan (mukjizat terbesar)
dalil: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan, yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk sekaliain manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk-petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. (Al-Baqarah:185)
2.2 Nabi saw bertadarus dengan Jibril a.s.
dalil: sabda Rasulullah saw: dari Ibnu Abbas r.a telah berkata: adalah Nabi saw manusia yang paling pemurah dan baginda menjadi paling pemurah pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibril, dan Jibril itu bertemu dengan Nabi saw setiap malam bertadarus Al-Quran, sesungguhnya baginda saw menjadi lebih pemurah dariada angin yang bertiup. (Riwayat Al-Bukhari)
3. Baginda saw menjadi sangat pemurah berbeza dengan bulan-bulan lain. (dalil seperti di atas)
4. Dibelenggu syaitan-syaitan dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibuka pintu-pintu syurga.
dalil: Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan. (riwayat Muslim)
5. Peluang untuk membebaskan diri dari api neraka
dalil: Apabila malam pertama bulan Ramadhan tiba, syaitan-syaitan dan jin jahat dibelenggu. pintu-pimtu neraka ditutup sehingga tidak ada satu pintu darinya yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka sehingga tidak ada satu pintu pun yang tertutup. Kemudian ada seorang penyeru yang berseru: "Wahai pencari kebaikan, sambutlah. Wahai pencari kejahatan, berhentilah. Maka Allah membebaskan orang-orang dari neraka dan itu berlangsung pada setiap malam". (riwayat Termizi)
6. Padanya ada lailatul qadar (yang lebih baik dari 1000 bulan)
dalil 1: Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. (Surah Al-Qadr: 3)
dalil 2: Daripada 'Aisyah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, carilah kamu malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan. (Muttafaq 'alaih)
semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat. insyaAllah. selamat menjalani ibdah puasa :)
Wednesday, July 20, 2011
Oyen dan Oyeo Bahagian 2
bila oyen dah besar sikit, aku terjumpa sekor lagi anak kucing comel. kaler oren jugak. tapi pekat sket kaler die dari oren biase. comellllll. tengok dia asyik berkeliaran mcm tak tentu arah je. aku ambik la bawak balik. bagi die makan. die ni tak macam oyen. kalau datang rumah tak payah tunggu kite jemput masuk. dia masuk dulu. tak payah jemput makan. dia makan dulu. cepat mesra sungguh ngn orang yang tak dikenali. tak kisah pun kalau orang culik die. huhuhuhu. kalau anak orang memang dah lama kene culik tu. seb baik anak kucing.
masa mula2 bawak balik kucing kecik tu, oyen sangat marah. dia tak suka. agaknye dia cakap. ntah sape2 la yang mami pungut bawak balik ni. tak cukup ke oyen je penyeri dalam umah ni. bawak balik si kecik huduh ni buat pe?? huh!..tudia..bila oyen berkata-kata. macam ayat dalam drama la pulak... *terpengaruh ngn mami la tuuu* budak kecik tu tak de ape pun. dia tak kisah pun oyen marah die ke hape ke. dah buat rumah tu macam rumah sendiri pulak. lantak kau le. nak over2 marah aku apehal. mami yang ambik aku balik. nak tak nak kau kene la terima aku sbg adik baru kau. hahahaha. *oyeo gelak jahat*
ni la budak kecik tu. awal2 lagi dah manja ngn mami. siap lepak kat lengan mami yang chubby tu. hahaha. memang patut la mama kate budak kecik ni anoyying. mengada sikit dia ni. memula pening jugak fikir nak bagi nama. tak tau nak kasi nama apa. last2 letak nama oyeo sbb dia agak gelap sket dan mami teringat biskut oreo masa tu maka jadilah oyeo.hahaha. tak munasabah btol mami ni bg nama oyeo sempena biskut oreo kegemaran mami. ok la tu sekor oyen sekor oyeo. lagipun mama korang yang nak sangat letak nama korang O pangkalnye. terima je la nama yang mami bagi tu. banyak songeh plak. :p bak kata mama, zakoyen dan zakoreo. tak nak pulak mama letak azmoyen dan azmoreo.haha :pade satu malam tu. satu kejadian yang tak diingini telah berlaku. membuatkan mami nak marah je. tapi oyeo punya pasal mami sabaq je la. tenangkan hati hadapi dengan tabah. masa tu aku tengah tido. pastu tengah malam tersedar si kecik oyeo ni menyandar kat belakang aku. tumpang tdo la tu. tak best kot tdo ngn oyen kat luar. nak jugak nyendeng2 kat mami ni. tak pe la. atas belas ehsan aku biar aje la. pastu gaya nak terlelap je. aku rasa cam panas je belakang aku. pelik jugak time tu. pastu aku pegang belakang aku. basah!! hah sudah!!! tak kan aku kencing tilam kot.hahahahaha. tak mungkin.tak mungkin...nak kata mama lagi la tak mungkin . hahaha :D sebabbbbbb hancing!! kencing kucing! memula aku ingatkan oyen tapi bukan oyen sbb oyen tak penah pun buat perangai cam tu. sape lagi kalau bukan si kecik yang menyendeng kat aku tu. buat muka tak bersalah plak tu bila aku bebel. haishhhh..kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. oyeo ni memang tau. penat mami kene basuh tau. tak pasal-pasal oyeo buat mami mandi tengah2 malam cam tu. seb bek mami tak demam. babab baru tau..huhuhuhu...
rindu. mami rindu oyen ngn oyeo sangat2. kalau korang ade depan mata dah lama mami peluk2 gomol2 walaupun mami tau oyeo la yang paling tak suka kalau mami peluk2 geram ngn dia. hahaha..tapi mami suka. mami peduli ape kalau oyeo tak suka. patut la mama bagi gelaran oyeo si annoying. memang annoying pun tapi adorable :)
len kali sambung lagi cerita oyen ngn oyeo ni...
cikdaisy: oyeo musyuk!!yang ngade2 + anoyying!! made him special :) oyen manja+ngada2 jugak sometimes (eh sometimes ke bukan slalu??haha) and that made her special too :) both of you are always close to my heart...mmommy miss u (T_T)
Saturday, July 2, 2011
2 Julai 2010
memandangkan hari ni dah genap setahun sahabat aku ni bergelar sorang isteri (sekarang belum lagi..tunggu pukul 5.49 petang nanti ye). aku nak ucapkan selamat ulangtahun untuk dia. dia ni sahabat yang slalu ada bila susah dan senang. tak penah lupa kawan. walaupun bila dia ada depan mata, aku suka gaduh ngan dia. tapi jujurnya bila dia tak da aku rinduuuuuu. rindu nak cari gaduh. rindu nak dengar dia pot pet pot pet kat aku. weh. rindu la nak gi huhahuha kat genting lagi. time nonie tak sempat nak 'berbachelor party' muahahaha. ye la masing2 sibuk kan. ni ko ngn nonie dah kawin lagi laaaa dah tak sempat nak buat reunion. hari ni pun birthday emiey jugak. ko ni nafsiah nape pilih tarikh lahir emiey gak nak kawen pun. nanti emiey kawen kene pilih tarikh lahir ko ke?hahaha.
aku rindu la weh kat korang semua. rasa macam baru semalam je kite dok study microbiology sambil makan cikedis. rasa macam baru 2-3 hari lepas kita bentang tilam tido ramai2 kat blik nonie sambil rakam video clip lagu ntahpape ko tu. rase macam baru minggu lepas aku gi bilik ko ngn nonie makan nasi goreng ko yang sedap tu. ko masak dalam periuk nasi nonie kan?memang padan la sedap. hahahaha. rasa mcm baru bulan lepas ko datang bilik aku main mekap-mekap. rasa mcm baru hari khamis lepas kita solat berjemaah kat surau aras 3 block c1. rupanya tu dah bertahun dah berlalu. haishhh. touching plak aku. weh. hari tu aku nonie ngan note tengok video2 kite tu. berguling2 kitorg gelak. paling tak bleh lupa ayat note 'wei..hang pa nampak aku dak?' pastu emiey 'kami..kene hujan'. hahaha. boleh tak nak ulang semua kenangan tu. huhuhuhu
masa berhuha-huha hula hoop di genting last year :) tapi sedih nonot tak de pulakkk**untuk gadis cun bertudung hitam itu...Selamat Hari Lahir!!!!!**
sekarang ni masing2 dah ade haluan sendiri. tapi aku harap persahabatan kita akan kekal sampai akhir nafas kita. ok! korang janji dengan aku tau!
cikdaisy: hati cik daisy penuh daisy bila ingatkan diorang ni..hehehe. luv them so muchhhh!!
Tuesday, June 28, 2011
eh!!nonie dah kawen laaaa...
Alhamdulillah. nonie dah selamat jadi isteri bd pada tanggal 28hb Mei 2011. jam 9.25pm. haishhh...asyik record timing orang jadi bini orang je. untuk diri sendiri nanti sape nak tolong recordkan ye?haha *berangan* . perasaan gembira tu memang tak terucap dengan kata-kata la. nangis aku malam tu. eh!orang lain yang menikah orang lain yang nangis apehal? alaaa..biase la aku kan cepat touching sket orangnye. masa mira kawen dulu pun aku sebak gak. tapi tahan je. malu.ramai orang. haha. bukan over. huhuhuhu. sedih la beb. sape tak sedih. upama hilang kawan la. lepas ni dah tak bleh berkepit slalu dah dengan nonie. tak kan die nak layan aku dah kan. tak de sape dah nak teman aku tengok wayang. cemane nak tengok buah hati aku berlakon filem nih??banyak ni filem die nak keluar. hahaha. *ketuk kepala sket. dah senget* :p nonie dah ada tanggungjawab yang lebih besar. tanggungjawab pada suami, mak, family etc. kawan tak masuk dalam senarai pun. eheh. :p
ape2 pun aku bersyukur sangat sbb diberi peluang untuk tolong diorang ni dalam persiapan menuju hari bahagia. Setidak2nya ada la pengalaman untuk aku. Mana la tau kot2 terbuka hati nak kawen. Ahahaha. :D thanks nonie sbb bagi kepercayaan kat aku untuk jahit manik baju nikah ko tu. itulah kali ke-2 aku menjahit manik untuk event besar selepas yang pertama baju tunang ko. thanks ye. bagi kepercayaan kali ke-2 kat aku. ape2 kekurangan aku mintak maaf banyak2. kalau tak jadi macam yang ko bayangkan aku mintak maaf ye. aku dah buat sehabis baik dah tu.huhuhu. aku ni ko faham la kan. kalau idea tak datang tu, tungging tebalik guling2 golek2 47 kilometer pun die tak datang jugak. Nak kene seruuuuuu.hahaha . tapi kalau ade idea mencurah-curah pulak. hahahahaha.
on your BIGGGGGG day tu memang aku seronok sangat. family ko yang memang sporting habis walaupun abang adin tak dapat terima kenyataan aku adik angkat dia. wakakakaka. rindu la ngn yani ngn farisha. pastu gadis2 nakal yang tak habis2 ajak aku buat keje skolah ngan diorang. huhuhu :) memang meriah sangat hari bahagia korang. Mane taknye budak2 Senandika datang. Lepas jugak rindu aku kat adik2 kite tu. Dah besor panjang pun diorang. Tak lama lagi bakal ikut jejak langkah ko la tu semua tu. Hehehe. Eh! tapi azril dah langkah bendul. Dan tak lama lagi aku jadi aunty!!!yay!! baby ke berapa ye dalam senandika??hmmm??hehe. andddd tak lupa jugak kawan2 sepermainan. 4 tahun di UMP nun punnnnn datang jugak. best sangat dapat jumpa korang terutamanya emiey la sbb lama tak jumpa tapi sedih sebab nafsiah & note tak join. tak cukup korum jugak. masa naf kawen pun tak cukup korum jugak.uhuk3. tak pe2.nanti time emiey ke, nonot ke, aku ke (eheh) kite kene cukupkan korum okeh!!
Tahniah lagi skali dari aku sahabat baik yang tak berapa nak baik ni. Hehe. Mintak maaf atas apa sahaja kekurangan sepanjang the making of ur BIG day. And so sorry jugak tak dapat attend majlis resepsi di Terengganu. Sorry bd ye. Ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku doakan sahabat-sahabat aku ni bahagia sampai akhir hayat. Sampai syurga. Aminnn :) :) :) :) :)
Sunday, June 26, 2011
My Oyen & Oyeo Part 1

Saturday, June 25, 2011
ML dah abes laaaa
Saturday, June 18, 2011
go JAMBU go!!
cik daisy: mael lambung tetap di hati. ihik :p











