Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, April 30, 2008

Sekalung Penghargaan


Seperti tidak percaya, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Hari apabila berakhirnya segala penderitaan Plant Design. Saya tulis entri kali ini, khas buat sahabat-sahabat saya, Shahrel, Siau Huey, Ros, Jimiey dan Zul. Atas segala penat lelah dan jerih payah usaha kita bagi sama-sama menyiapkan projek ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Saya amat berterima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang proses pembikinan PD ini. Memetik semula kata-kata ketua kumpulan merangkap Plant Manager, semoga usaha, titik peluh, dan titis air mata yang mengalir berbaloi dengan hasil kerja yang telah kita tatap hari ini.

Saya bersyukur kerana digandingkan dengan ahli-ahli kumpulan yang sangat komited dengan kerja walaupun sedikit sebanyak terdapat masalah yang timbul dan juga konflik yang tercipta antara kita. Tetapi, semua itu berjaya kita harungi dengan kecekalan hati. Bak kata pepatah, langit mana yang tidak ditimpa hujan. Jadi dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 6 ahli ini, sudah tentu ada pelbagai karenah tersendiri. Namun begitu setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sharel kerana berjaya menjalankan tugas dengan amat baik. You are the best leader!!. Terima kasih yang tidak terhingga.

Tidak lupa, setinggi-tinggi penghargaan buat En. Rozaimi bin Abu Samah yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dan juga kepada semua pensyarah FKKSA yang banyak membantu kami. Tanpa ilmu yang telah anda curahkan kepada kami, tidak mungkin kami dapat menyiapkan projek ini sehingga ke akhirnya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang 4 bulan ini. Andai ada kata-kata yang mengguris hati, saya pohon ampun dan maaf. Seperti manusia biasa, saya juga begitu, yang tak pernah lari dari membuat salah. Namun begitu, kita semua belajar dari kesilapan dalam usaha memperbaiki diri. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengalaman yang banyak mengajar saya. Mohon maaf sekali lagi atas segala kelakuan dan karenah saya dan terima kasih kerana selama 4 bulan ini kalian bertahan dengan saya. Saya mohon maaf. Saya masih dalam usaha memperbaiki diri.

Akhir kata, saya doakan kejayaan kalian semua dalam peperiksaan akan datang. Semoga berjaya dengan cemerlang. Selepas ini, masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing jadi saya ucapkan semoga berjaya dalam apa jua perkara yang kalian lakukan. Untuk latihan industri yang akan bermula 2 Jun ini, saya doakan agar kalian sukses dan buat yang terbaik.

AC's is the best!!!

Daisy: Thanks ketua, untuk cenderahati tu and for all of the precious moments!! =)



Tuesday, April 29, 2008

Manikam Kalbu




Saya baru sahaja selesai membaca novel Manikam Kalbu, karya Faisal Tehrani. Seperti biasa, hasil penulisan beliau sememangnya berjaya menarik minat saya untuk terus membaca dan terus membaca. Ia sebuah kisah tentang asalnya tercipta Busana Melayu. Kisah dua zaman yang digarap dengan amat baik. Ia tentang kecintaan yang mendalam terhadap seni Busana Melayu. Betapa pemahaman tentang falsafah Busana Melayu itu begitu penting. Setiap rekabentuk baju melayu ada maksudnya yang tersendiri. Kagum sungguh apabila terdedah dengan semua ini.

Tulisan FaisalTehrani selalu memukau saya tentang Alam Melayu. Betapa hebatnya Alam Melayu suatu masa dulu. Amatlah rugi untuk kita tidak terus pertahankan ADAT dan BUDAYA MELAYU. Betapa saya melihat, perjuangan Faisal Tehrani untuk memberi kesedaran pada orang Melayu tentang siapa kita. Tapi sayang, entah berapa ramai yang sedar semua itu. Sungguh saya memandang tinggi penulis ini. Hendak saya komen panjang tentang Manikam Kalbu, tidaklah pula di bidang kuasa saya kerana saya ini masih cetek ilmunya.

Sedikit menyimpang dari topik Manikam Kalbu. Siapa kata Seni dan Budaya itu melalaikan dan jauh terpesong dari ajaran agama. Mungkin kurang mendalami perkaitan antara Melayu dan Agama gamaknya. Apa salahnya menyokong aktiviti Budaya asalkan bertepatan dengan kehendak agama. Sama-samalah bantu menaikkan dan bukannya meruntuhkan. Utuhnya bangsa kita kerana Agama dan Budaya. Kalau hilang Agama dan Budaya kita. Mana mahu di cari kekuatan Melayu. Sudahlah Melayu itu mudah alpa mudah lupa. Andai disekat segalanya, bukankah meruntuhkan bangsa sendiri namanya.

Andai ada menyinggung hati mana-mana pihak saya mohon maaf. Ini hanya suara hati saya. Pencinta Seni Budaya.


Daisy: Manikam Kalbu~i luv it so much!! Thanks Rani!

Sunday, April 27, 2008

Back to 1991


Ni gambar masa saye tadika dulu
Mana satu saye ek?
Mesti la yang paling ayu dan sopan tu..hehe~
Cuba la teka mana satu saye =)

Friday, April 25, 2008

Cinta Antara Kita

Sejak dari dulu kumenyintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Dan telah membuatku menyintaimu

Sudah berapa lama diriku ini tak bertemumu
Mungkin ku harap jua
Kau merinduku sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggumu
Mengatakan kau cintaku
Ku kan berjanji menyintaimu sayang

Setelah kau pergi
Jauh dari sisi
Tiada ku cinta selain dirimu
Ku ingin bersama dengan mu selamanya
Walaupun sehingga ke akhir nyawa
Mungkin kau tak mengerti maksudku dulu pada dirimu
Kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggumu
Mengatakan kau cintaku
Ku kan berjanji menyintaimu sayang

Sudah berapa lama
Diriku ini x bertemumu
Mungkin ku harap jua
Kau merinduku sebagaimana ku merindumu

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggumu
Mengatakan kau cintaku
Ku kan berjanji menyintaimu sayang

Cinta antara kita
Tiada penghalangnya
Walau akhir usia
Ku menyintai dirimu
Ku hanya menunggumu
Mengatakan kau cintaku
Ku kan berjanji menyintaimu sayang
Ku kan berjanji menyintaimu sayang


Dah 20 tahun dah dier...

Happy Birthday Chubby Bobby aka Ngah Hussin!!!
Hehe..dah besar dah dier


Bob sedang merenung masa depan..hehe~


Happy Birthday Comments



Have a nice day Comments hi5

Thursday, April 24, 2008

O.v.e.r.n.y.t.e yg BESHHHH!!!


me, daoz, nonie, nika and syikin

kitorg overnite kat tc smlm
sblm gi tc
kuar makan2 dulu
ngan azril, yusrie, tito, kay, khai and azim
(sempat gak menjeleskan kak mel..hehe)
then gi men boling kat mega
best sgt2
masa kat tc
x sangka plak terjumpe ngn syafiq, bob, rani n mem kat sana
so kitorg lepak sama2 sampai pagi
semakin menjadi2 la kegilaan bile dah melepak same2
hmmm..
kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan
thanks korang
best sgt2
kenangan kat mcD esspecially
kat pantai
men sambung lagu sambil bina istana pasir and sandy man..hihi
men galah panjang (mengimbau zaman kanak2 nie)
men regu
humming
hehe..
semuanya pasti tersemat di hati dan ingatan

p/s: hope bleh lepak cam ni lagi~

Wednesday, April 23, 2008

Happy Birthday Daoz!!


A special post dedicated to my beloved brother, Daoz

Deary Daoz. I’m glad you were born. I’m happy to know u dear. Even though I’m not your real sis but I do love u so much. And honestly, sometimes very deep inside my heart I’m hoping for a brother like you. Even though both of us have fewer talks, and sometimes I’m a lil bit quite when I’m with u but it doesn’t mean that I dun like u. It is becoz I luv to hear ur stories. All of them. And also I dun want to say anything that might hurt u coz I know ur pain. My advice to u, whatever happens, be strong. Whatever happens, it happens for a reason and there will be the sunshine after the rain.

Happy 21st Birthday bro!!. May Allah bless u owez. May all of ur dreams come true. May u have a lovely life ahead. May others will bring joy and happiness to u as u brought them into my life. I will owez and owez pray for ur happiness and great life ahead. Smile always. Ur smile means a world to me my adorable lil brother! =)

Enjoy ur wonderful day and dun forget to thank ur mom dear!!


Daoz yang gedik..hahaha~


Birthday Myspace Graphics


Birthday Myspace Graphics


Dream Big Dreams


Happy Birthday!
I wish you lots and lots of happiness.
I love you very much. You are very special,
but you'll soon be all grown up.

So dream big dreams and
work hard to make them true.
I know you can do it, I have faith in you.

Just remember if you need me,
call and I'll be there,
and no matter where you are,
you'll still be in my heart.

By Reatha Crow


Ketawa Penawar Duka


Betul ke? Orang cakap Ketawa tu penawar duka.
Ubat yang paling mujarab...
Ada kajian menunjukkan orang yang selalu bahagia
Kurang risiko menghidap penyakit jantung dan barah
Tapi...
Kalau hidup selalu je sakit hati bagaimana ya?
Macam mana nak hepikan diri sendiri?
Ye la
Kadang-kadang, orang lain mana peduli diri kita
so kena la fikirkan cara bagaimana nak hepikan diri sendiri
Hidup ni kan tak selalunya indah..
Macam langit jugak
Bukannya selalu cerah
Ada masanya mendung akan datang menyapa
Air laut pun tak selalunya tenang
Adakala ombak jadi bergelora
Semua tu fitrah alam
Sama ja macam kehidupan kita
Adakala gembira
Adakala derita
Tau kenapa kadang kala kita derita dan tak selalunya bahagia??
Sebab Dia tahu, hati yang selalu derita itu lebih dekat denganNya
Jadi Dia tak selalu beri kita kebahagiaan
Kerana kebahagiaan hanya membuatkan kita lupa padaNya
Jadi, apa pengajaran untuk hari ini ye?
Hmm..
Walau dalam apa jua keadaan sekalipun
Jangan sesekali kita lupa kepada Dia, Pencipta kita yang Maha Esa...

Daisy: Ketawa itu penawar duka. Aku juga cuba untuk senyum walau kdg2 hati penuh dengan lara. =)



Monday, April 21, 2008

Special Day!

Selamat Hari Lahir yang ke 23
yeii..kalian sudah mengikut jejak langkahku
moga panjang umur
murah rezeki
moga dirahmati Allah selalu
miss u girls
*wink*








Mas
My primary school buddy



















Shafida
rindu ar nak berborak
dengan kamu macam
kat matriks dulu












On your birthday
stretch for a sunbeam...
Reach for a star...
Go for a beautiful dream.

Pick out some wishes,
no matter how far,
or how hard to reach
they may seem.

Cherish some hopes
that are dear to your heart.
And as a new year comes in view,
treasure and keep them
and know from the start
that this year
you can make them come true!

Celebrate this day, and embrace all the reasons to believe in wishes again.

Each birthday wish
I've ever made
Really does come true.
Each year I wish
I'll grow some more
And every year
I DO!
- Anne Friday-

Saturday, April 19, 2008

nineteenthofapriltwothousandeight

Today...
I really enjoy every second of my life
I really had fun
Thanks nonie
Thanks Senandika
Thanks for the great moment
Thanks for the precious time we had together
Thanks for every single thing
and special thanks for DJ tekateki.fm..hehe~
Luv u all

To Daoz, Alan, Bob, Bad, and Amir: It would double d fun if u were there..=(

Presentation PD


Next week it'll be the final presentation of Plant Design project. The killer subject for chemical engineering students i guess. huhu~

The production of 100 000MT/Annum Allyl Chloride. Fullstop. It was the only information given. Other than that?Find it yourself la!huhu~ That's why it is sooooooo (can't find the words).

The main point is to design a plant which produce Allyl Chloride. We have to come out with the Process Flow Diagram (PFD) and also the sizing as well as the costing for every equipment and etc.

My task is to design the 4th Distillation Column and Heat Exchangers. Quite tough. Oppss!!Please correct it nida. Huhu~Extremely difficult for me actually. Almost give up, but yet have to force myself to understand all the material balance and energy balance of the equipment. Warghhhh...sampai nangis2 wat calculation. But Alhamdulillah, i made it. Special thanks to my group members for their guidance and endless support.

So, Sharel, Siau Huey, Gmiey, Zul and Merah, wish u all da best!!. Hope we can get through all of the difficulties like we always do.Ok!

Gambate neh!!! =)



Thursday, April 17, 2008

Relaks Minda Jap


Cerita Ayam Yang Macho

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Besout .tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah macam lam novel percintaan pula).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sangat kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi saya.
Si ayam jalak muda: Banyak handsome anda punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk saya sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak betul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam hati ye). Seper kata saya tua tak larat lagi, anda jangan pandang rendah pada saya, kang saya sekeh kang... O.klah. saya maleh nak gaduh dengan budak hingusan macam anda ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda. saya.. saya boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ke (jalak muda membuat lawak loya beruk ye)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang saja pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena saya sudah tua. saya minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????


Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali saya beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA saya"

MORAL : jangan berlagak dengan orang tua (depa banyak trick ye,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..

sumber: Komuniti Ukhwah

7 Ayat

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari
lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Sunday, April 13, 2008

Gembirakah aku??


Gembirakah aku?
Atau sedihkah aku?
Bila memikirkan kurang 30 hari lagi
Aku akan tinggalkan bumi UMP ini

Bumi yang banyak mengajar dan memberi kekuatan kepada aku
Meredah ombak dan badai yang melanda
Memijak duri-duri bisa

Menelan kepahitan yang ada

Gembirakah aku?
Atau sedihkah aku?
Sepanjang bersama teman-teman di sini
Itu persoalan yang kadang kala
Menerjah kotak fikiran

Apapun yang telah terjadi
Tak mungkin boleh diperbetulkan lagi
Bukankah begitu?
Tuhan punya rencananya untuk aku
Begitu juga dengan manusia lain
Ia pasti baik untuk kita sekalian manusia

Walaupun ia sesuatu yang pahit untuk ditelan
Sesuatu yang jerih untuk kita terus bertahan...


Perlu Kamu


Permata itu semakin kelam sinarnya
Yang kelihatan
Hanyalah samar-samar serpihannya dari kejauhan
Aku memandangnya
Tidak pernah lepas
Namun,
Mengapa ia semakin jauh, semakin jauh
Tak tergapai dek nurani
Terlepas tangannya dari genggamanku
Perlahan
Irama itu
Ya irama itu
Sering membawa aku kepadanya
Namun
Mengapa ia semakin jauh, semakin menyisih
Meninggalkan aku yang terus hanyut dalam arus memori
Membiarkan aku terkapai-kapai kelemasan
Mencari mana arah kilauan cahaya
Penunjuk jalan
Untuk aku jengah ke permukaan

Saturday, April 12, 2008

Melawan Kesepian



Melawan Kesepian

by Dato' Siti Nurhaliza



Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Airmata tertahan

Waktu untuk dijatuhkan



Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup

Sepahit apa pun ini

Pelajaran yang bererti



Semoga kepergianmu

Tak akan merubah apa pun

Semoga mampu ku lawan

Kesepianku...



Apa pun terjadi

Berjalanlah tanpa henti...

MISI


Kumpulan Teater Senandika baru sahaja selesai mementaskan teater MISI pada 9 April lalu. MISI merupakan hasil karya penulis muda, Faisal Tehrani yang cukup tersohor namanya dalam dunia penulisan tanah air.

Percaya atau tidak, MISI merupakan Teater sulung yang dipentaskan di astaka UMP yang boleh dikatakan serba kekurangan.
Tanpa adanya sistem pencahayaan yang boleh membantu menambah unsur kekaguman dalam sesebuah teater.

Walaupun begitu, MISI berjaya direalisasikan. Produksi Teater MISI, telah berjaya membuktikan tiada yang mustahil sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Saya kagum denga
n mereka yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar tahun satu dan masih lagi dalam proses mengenal apa itu teater. Berkat tunjuk ajar daripada Syikin dan Azlan, mengasah bakat pengarah muda seperti Taufik, komitmen semua krew produksi yang terlibat, baik pengurus pentas, krew set, props dan hiasan, krew busana dan gubahrupa, krew teknikal, krew publisiti serta Lakonan mantap Amir dan Azam telah berjaya memberi nafas kepada
MISI
.

Produksi Teater MISI (Sumber:halamanseniump)


Syabas dan Tahniah Produksi Teater MISI, Kumpulan Teater Senandika.

~Misi Terbaik Untuk Anda~

Friday, April 11, 2008

Kene lagi..adeh~

This time i've been tagged by pija-chan..jom kite tengok!!hehe~


LIST 7 HABITS/QUIRKS/FACTS ABOUT YOURSELF

1. I am a very sensitive person. Walaupun dengar lagu je, saya bleh menangis.

2. Aku punya Misi dan perjuangan yang masih belum selesai. Its a secret. Top Secret!

3. Suke bangatttt tengok orang main gitar. Alan owez play it for me. Thanks bro!(tengok org men piano pun suke jugak!)

4. In my life. i owez have to face a backstabber. why ek?x suke..x suke!! Mungkin ade kesilapan diri sendiri yg perlu dibtolkan agaknya~

5. Luv to sleep. Haha. My way in handling stress and chaos in my mind. Slalunye bile rasa marah or stress, sy suke tdo. Sebab bila bangun tido nanti, akan berkuranglah (kdg2 lupa) rasa kemarahan. Lagipun sy ni jenis yg cepat marah cepat sejuk..(if mende tu remeh temeh la)

6. I am a fast learner. Am i?My bunda, nor said so. hehe~

7. I am so in love with Theatre. Saye tak kisah la pe org nak kate ttg saye dan dunia teater sy kerana bg saye, everybody hv their own thoughts about something. And setiap orang pun de minat masing-masing. Rite guys??=)

Ok bersedia..sy nak tag adik sy yg sengal ni. Cepat Daoz!!u have been tagged by me. List ur 7 habits/quirks/facts!!haha~

Wednesday, April 9, 2008

Best Wishes

9th of APRIL 2008

Happy Birthday to my lovely sis,
Aainaa Hazwani

wish u will have a lovely life ahead
wish ur dream will come true
wish for your happiness
luv ya sis!!

hiwawalavu lavu

Tuesday, April 8, 2008

Buat R.e.n.u.n.g.a.n

"Kenapa AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

rasa FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12




Monday, April 7, 2008

14 FACTS about Felis Catus

  • Cats are born with blue eyes. They change at approximately 12 weeks of age.
  • Sometimes your cat will find it difficult to find the treats you throw him on the floor. The reason is because cats can't see directly under their own nose.
  • Cats can jump between 5 & 7 times as high as their tail.
  • Ailurophobia: the hate or fear of cats
  • 80% of all cats, big and small, have the same reaction to catnip, due to their feline genes. Cats that are younger than 6 months and tigers however, do not react to catnip.
  • A cat uses it's whiskers to tell if the space they are contemplating entering is big enough for them.
  • Cats not only walk on their toes but they have 5 toes on their front paws and 4 toes on the their back paws.
  • Killing a cat was punishable by death in acient Egypt.
  • Just like fingerprints on humans, the nose pad of cats is rigid in a pattern that is completely unique.
  • Sir Isaac Newton is credited for inventing the cat door.
  • Start a garden inside your home. Cats love to eat grass, parsley, catnip, and sage. However, consult your Vet before planting a garden for your cat to eat. Many plants are harmful or even fatal to cats.
  • Pet owners live longer, happier lives with less stress and less heart attacks.
  • Cats prefer their food at room temperature.
  • Don't put your cat's collar on too tight. Make sure you can slip 2 fingers between the collar and the cat.


p/s: Daoz, read fact no. 12~hihi~Entri khas untuk Combi..ngeh3

~My P.S.M Project~

Untuk kali ni, aku nak berkongsi tentang Projek Sarjana Muda aku atau pun singkatannya PSM. PSM ni kira projek tahun akhir la. Ramai pelajar tahun akhir s t r e s s bile sebut je PSM. tapi bagi aku, Plant Design tu lebih mencabar. Tapi tak pe, lain kali aku cerita pasal PD. Entri kali ni, aku cerita pasal PSM aku.

Tajuk projek aku, 'Screening of Lignin Degrader from Soil'. Objektif projek aku ni sebenarnya lebih kepada operasi menjejak mikroorganisma yang hidup dalam tanah yang boleh menguraikan lignin. Dalam industri pembuatan kertas, komponen lignin ni akan dibuang sebabnye, lignin ni la penyebab kertas jadi warna kuning. Untuk menghasilkan kertas yang baik dan berkualiti, makanya lignin ni perlulah diuraikan. So, tugas aku, mencari bakteria pengurai lignin. Boleh je kalau nak buang lignin guna chemicals tapi penggunaan bahan kimia ni, kita sedia maklum sajalah, ia sangat bahaya dan memudaratkan alam sekitar. Oleh sebab itu, cara lainnya adalah dengan menggunakan enzyme yang dihasilkan oleh bakteria pengurai lignin.

Itu la sedikit sebanyak cerita tentang Projek PSM aku. Tak sabar rasanya nak habiskan experiment minggu ni. Lepas tu boleh la tumpukan pada Plant Design je. Thanks emiey sebab banyak membantu dan tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan buat Supervisor aku iaitu Cik Wan Salwanis.

My microbes: Under microscopic view

My microbes: Atas selective agar

Been Tagged Again...

This is my third tag. This time I've been tagged by daoz. It is about wishes rite?? like seeing the shooting star. So, quick2..close your eyes and start make wishes!!


I wish for your happiness and may all your wishes come true!! =)

My second Tag!!

Haha..i've been tagged again by bd...

Here we go...

Instructions: Remove 1 question from below and add in your personal question, make it a total of 20 questions, then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post.


1. At what age do you wish to marry?
not yet think about it..huhu~

2.If you can turn into anything, what do you wish you can turn into?
wanna b a star in the sky

3.If you were stranded on an desert island, who are the 3 blog buddies you would take with you? Why?-
errr...bawa semua x ley ke?

4.Where is the place that you want to go most?
wanna go to tanah suci and sarawak, wanna meet my sis, melly!miss u!!

5.If you have one dream to come true, what would it be?
Menjadi seorg yg berjaya di dunia dan akhirat...sentap!!haha~

6.Do you believe in seeing the rainbow after the rain?
yup

7.What are you afraid to lose the most right now?
my beloved brothers and sisters

8.Do you want your first born child to be a girl or boy?
A girl!!!hehe~

9.If you meet someone you love, would you confess to him/her?
Dunno~

10.List out three good things of the person who tagged you.
Bidiey??Pandai, Cerdik, Bijak...haha~ cukup ke??

11. What colour do you like? Why?
Purple. Because, i like it la~

12.What type of person do you hate the most?
Back-stabbing person-hate u..hate u

13.What would you do if you won a million dollars?
beli kete, buat umah utk mak abah, establish Senandika Production~

14.What is your ambition?
Wanna be an engineer la..pe lagi

15. Describe the one who tagged u in one word.
Friendly

16. If you have a chance, which part of your character would you like to change?
Emo..haha~

17.What would you most want to achieve right now?
accomplish my work, my degree, my mcm2 lg la~

18.What do you think is the most important thing in your life?
My Family, My Senandika

19. If there’s one thing in your life you want to do but yet unable to, what would it be?
Nak blaja men piano

20. Among all the questions asked, which one do u like most? Why?
12..because i want u to know, what kind of person i hate the most


Congratulations!!u have been tagged by me =) hihihi~

1. Daoz
2. Bob
3. Syafiq
4. Rani
5. Abg Raja
6. Jumain
7. Amir
8. Abg Azwan

Sunday, April 6, 2008

My First Tag

Bidiey, u tagged me just now..huhu~

8 things about me

1. Nama

Officially, My name is Noor Zanida binti Zamani. I dun really know the meaning of this name except noor=cahaya and nida=seruan but i do love my name coz my parent gave it and until now i never found even a person with the same name as me. Spesel la tu. Actually i have many nicknames and people used to call me;

-zanida (mase skolah rendah)
-nida (kebanyakan org call me with this)
-adik (my family jer, mak abah, abang n kak fida...nazhan do sometimes...huhu~)
-mak su (haruslah nazhan and iffah)
-kak cik (cousins)
-nadya (nice name huh!!)
-aydanida (ramai gak yg sangka ni nama btol aku)

2. My Family

Mainly, there are 4 members in my family including me but now + my sis in law + nazhan + iffah, so equals to 7. Luv them sooooo much..muahh3!!

- Zamani bin Hasan
- Daharah binti Hussin
- Mohd Zanizal bin Zamani
- Nor Hafida binti Mat Rejab
- Muhammad Nazhan Hamizan bin Mohd Zanizal
- Nur Iffah Hamizah binti Mohd Zanizal
- Noor Zanida binti Zamani

3. My Studies

Started my studies since i was 6. Was sent to Taman Seri Murni Kindergarten, Seberang Jaya. Then, my primary school was SK Teluk Air Tawar, Butterworth. Since that i lived with my grandma. After that i went to SMKA Al-Irshad, Pokok Sena (1998-2002). In 2003, i furthered my study in KMNS, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.Jurusan Sains Hayat..haha~ First time staying outside Penang. After that, i was offered to attend KUKTEM which is currently known as Universiti Malaysia Pahang (UMP) sampailah skrg ni. I'm doing my Degree in Chemical Engineering (Biotechnology) here. Now??? Counting for the day when i will be free..hihi~

4. My Zaman Gelap

My zaman gelap??haha...do i have one??dunno la. My life always cerah even in the midnite coz owez being showered by the moonlite. haha~

5. My U life

i'm not very good in my study but still i'm working hard on it. my gpa??erm..well, not so good but yet not so bad. above 3 sket. je. Chemical Engineering??sometimes, rase nyesal pun ade, taking this course. huhu~
My final year life is sooooo ......(can't find the word). PSM, Plant Design???they make me sick. can't wait for the time to come. When everything is O.V.E.R. help meeeee!!!..wanna END it up now..haha~
Very active with Kebudayaan and Kesenian activities, i am so in love with theatre, gamelan, dance and many2 more. A former treasurer of Art and Culture Club 05/06 session. And i dun even care what other people say about me joining this club. 'Senikan Caramu, Budayakan Hidupmu'.
Besides that, this is the list of people that make my university's life so wonderful, meaningful, unforgotten and seangkatan dengannya la;

-My very bestfriends, Nonie, Emiey, Naf, Note and Siau Huey: Full of happiness. Learned so many things about friendship.I luv you all!!

-BKB buddies: They did 'taught' me many things in life.

-Senandika (drama team) : My second family here. Very close. Like siblings. My brothers and sisters, no words can describe how much u means to me and how much i luv u, all of u. Thanks for being the brightest stars in my life.

6. My Bad Hobby

Luv to Sleep.zzZZZzzz..Hahaha~

7. My Real Queen

My mom. She never said that she loves me. Sometimes, u dun need a hundred words to describe that u luv someone. Still remember one incident, back to 2006. Got problem with my colleague. Mmg tension giler ah time tu. i never cried that bad. I called her and cry. She keep asking me why i was crying. i didn't tell her the truth. i just said that i miss her badly. She end up crying and said " Mak pun rindu adik, adik habaq la pasaipa dok teriak..jangan la bg mak susah hati..."First time la she said something like that...huhuhu~
naaa..u'l never understand it. Tak pe2..biar aku jer faham...huhu~
Mak...rindunya kat mak...=(

8. My Dream

My dream???Wanna go to Mekah with mak and abah. Nak keje, kumpul harta banyak-banyak. haha~Tak nak mak and abah hidup susah lagi. Wanna establish and work in Senandika Production all together with Senandika buddies.

That's all folk!!

Fuh, berjaya jugak post first tag ni. Second tag nanti-nanti la plak bidiey..Penat aku. Posting lain pun ade lagi ni menunggu giliran..huhu~

Senandika

Bestest buddies




W.o.n.d.e.r.f.u.l.N.i.t.e

Oh my God, for the first time in my life i saw a shooting star. It was so wonderful and it was amazing!! Thank God i got the chance to see it. It was so beautiful. Wish to see it again!. *wink*


Today's facts: A falling star or a shooting star has nothing at all to do with a star! These amazing streaks of light you can sometimes see in the night sky are caused by tiny bits of dust and rock called meteoroids falling into the Earth's atmosphere and burning up. The short-lived trail of light the burning meteoroid produces is called a meteor. Meteors are commonly called falling stars or shooting stars.

Saturday, April 5, 2008

To Daoz

Terima kasih sebab designkan akaknye 'header' blog ni. Hehehe~

.::Jgn marah akak tiru blog button tu..haha~suke3::.

Friday, April 4, 2008

Melayu


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Karya: Usman Awang

Dunia Teater Dunia Penuh Inspirasi~

Teater PGL The Musical

Teater
??Apa itu Teater??Dan, mengapa aku begitu berminat untuk membicarakan tentang seni teater ini.
Kecintaan dan obsesi terhadap dunia teater memanggil aku untuk menulis tentangnya. Teater merupakan salah satu cabang seni persembahan yang berkaitan dengan seni peran/seni lakon. Teater adalah interpretasi tentang sebuah kehidupan.

Bernard Beckerman, Universitas Hofstra, New York, dalam bukunya, Dynamics of Drama, mendefinisikan teater sebagai "Yang terjadi ketika seorang manusia atau lebih, terisolasi dalam suatu waktu atau ruang, menghadirkan diri mereka pada orang lain." Seni persembahan teater merupakan satu seni yang unik. Ia sebagai medium dan landasan bagi mempamerkan jiwa dan dunia khayalan sang penulis. Imaginasi tentang kehidupan semuanya boleh dilakarkan di atas pentas teater. Melalui dunia teater, kita melihat perkembangan minda seniman tempatan. Menulis dan mementaskan idea dengan kreativiti tersendiri. Membawa imej sendiri.

Teater menjana pemikiran kreatif. Menyaksikan sebuah persembahan, gerak tubuh yang disampaikan secara tersirat mengajak penonton untuk berfikir apakah maksud disebalik setiap gerakan tubuh. Juga setiap bait pertuturan dalam teater, terkadangnya disampaikan dengan cara penuh puitis dan simbolik supaya penonton berfikir dari sudut lensa yang lain. Satu cerita mungkin banyak pendefinisian yang boleh diinterpretasikan oleh penonton.

Teater dan kehidupan itu bergerak seiringan, Teater menyuntik inspirasi tentang kehidupan. Tanpa adanya kehidupan, teater tidak mungkin akan wujud. Tidak ramai yang menyedari kepentingan teater. Tidak ramai yang mahu mencungkil rahsia di sebalik erti teater yang sebenar. Mungkin ramai yang berpendapat, dunia teater hanya sekadar aktivti melalaikan dan membuang masa, sebuah permainan untuk mereka yang tiada masa hadapan, namun berapa ramai yang sedar bahawasanya, seni teater merupakan seni yang memanusiakan manusia. Terciptanya teater sebegitu indah merangsang pemikiran tanpa batasan ruang lingkup dan waktu. Ia melestarikan fungsi manusia di muka bumi. Teater memberi inspirasi untuk mencapai kegemilangan. Teater memberi inspirasi meneruskan perjuangan yang tidak berkesudahan. Teater memberi inspirasi untuk keyakinan diri. Teater memberi inspirasi untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan lebih bertamadun. Kerana itulah aku katakan Dunia Teater, Dunia Penuh Inspirasi.

Teater Muzikal P.Ramlee

Thursday, April 3, 2008

Welcome to my blog!!

Selamat datang ke dunia bloggers. Sebenarnya dah lama pun teringin nak buat blog, tapi disebabkan kekangan masa risau pulak kalau blog jadi terbengkalai. Macam blog lama kat friendster tu. Last-last delete je blog tu. Harap-harap kali ni tak terbengkalai lagi la. InsyaAllah, akan aku luangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di halaman ni.



Kenapa 'The Colours of Daisy' ??Kepada mereka-mereka yang mengenali aku mungkin diorang faham la kenapa 'The Colours of Daisy'. Yang sebenarnya, aku pun tak tahu sejak bila aku suka dengan bunga daisy. Tapi yang pastinya aku suka bunga daisylah (propa je..hehe). Yang pertamanya aku suka bunga daisy sebab ia cantik terutamanya yang berwarna putih. Innocent, itulah maksud di sebalik sekuntum bunga daisy putih. Kalau dalam blog ni, The Colours of Daisy tu merujuk pada aku la kan. Warna-warni kehidupan aku. Tapi aku menulis blog pun bukanlah nak menceritakan tentang kehidupan aku semata-mata. Mungkin juga banyak lagi ilmu lain yang boleh dan dikira sesuai untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan bloggers. Lagipun tak lama lagi aku akan tamat pengajian. Oleh itu, blog merupakan salah satu cabang untuk 'stay in touch', betul tak? Pendek kata, kalau jauh di mata pun, perkembangan terkini sentiasa boleh di'update' melalui blog ni.







To Daoz
: Nanti ajar akak nak decorate blog ni supaya lagi cantik dari blog kamu..eheh!

Wednesday, April 2, 2008

Mak, Abah...Terima kasih

Menulis dari sudut hati yang paling dalam. Seihklas hati mengucapkan kata syukur dan terima kasih buat ibu yang melahirkan aku. Hari ni, bersamaan 2 April 2008 tepat jam 11.38 pagi. Genap 23 tahun umurku. Menjadi diriku hari ni, semuanya atas pengorbanan dan penat jerih mak dan abah. Seandainya aku diberi peluang untuk hidup seribu tahun pun, tak kan mungkin termampu untuk aku membalas segala jasamu mendewasakan aku, dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang.
Semoga Mak dan Abah sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah swt.

~Adik sayang mak & abah sgt2~ muahhhhhh!!! ('',)

Mak Abah, Me and Sweet Lil' Nazhan


Kerispatih - Sebuah Pengabdian (Bunda)

Kau adalah yang pertama menyentuhku
Mendekapku di tengah dingin malam
Kau adalah sesuatu yang indah bagiku
Ceriakan hati di kala hati ini terpuruk

Kau sosok tak tergantikan
Walau tak semuanya ragamu ada
Setiamu melekat
Sampai aku di ujung usia

Bunda..
Ijinkan aku bersujud kali ini
Sebagai tanda..
Aku mencintaimu

Bunda..
Demi langit bumi aku bersumpah
Kan ku jaga pengabdianmu di hidupku..
Itu sungguh berarti bagiku..

Kembali ke awal

Bunda.... aaa.. aa...
Bundaaaa... aa... uoo.. uoo... uuu....
Ouu.. uuu.. ooo.. ooo..

Bunda..
Ijinkan aku bersujud kali ini
Sebagai tanda..
Aku mencintaimu

Bunda..
Demi langit bumi aku bersumpah
Kan ku jaga pengabdianmu di hidupku..
Itu sungguh berarti
Itu sungguh berarti
Itu sungguh berarti bagiku..