Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Friday, April 4, 2008

Dunia Teater Dunia Penuh Inspirasi~

Teater PGL The Musical

Teater
??Apa itu Teater??Dan, mengapa aku begitu berminat untuk membicarakan tentang seni teater ini.
Kecintaan dan obsesi terhadap dunia teater memanggil aku untuk menulis tentangnya. Teater merupakan salah satu cabang seni persembahan yang berkaitan dengan seni peran/seni lakon. Teater adalah interpretasi tentang sebuah kehidupan.

Bernard Beckerman, Universitas Hofstra, New York, dalam bukunya, Dynamics of Drama, mendefinisikan teater sebagai "Yang terjadi ketika seorang manusia atau lebih, terisolasi dalam suatu waktu atau ruang, menghadirkan diri mereka pada orang lain." Seni persembahan teater merupakan satu seni yang unik. Ia sebagai medium dan landasan bagi mempamerkan jiwa dan dunia khayalan sang penulis. Imaginasi tentang kehidupan semuanya boleh dilakarkan di atas pentas teater. Melalui dunia teater, kita melihat perkembangan minda seniman tempatan. Menulis dan mementaskan idea dengan kreativiti tersendiri. Membawa imej sendiri.

Teater menjana pemikiran kreatif. Menyaksikan sebuah persembahan, gerak tubuh yang disampaikan secara tersirat mengajak penonton untuk berfikir apakah maksud disebalik setiap gerakan tubuh. Juga setiap bait pertuturan dalam teater, terkadangnya disampaikan dengan cara penuh puitis dan simbolik supaya penonton berfikir dari sudut lensa yang lain. Satu cerita mungkin banyak pendefinisian yang boleh diinterpretasikan oleh penonton.

Teater dan kehidupan itu bergerak seiringan, Teater menyuntik inspirasi tentang kehidupan. Tanpa adanya kehidupan, teater tidak mungkin akan wujud. Tidak ramai yang menyedari kepentingan teater. Tidak ramai yang mahu mencungkil rahsia di sebalik erti teater yang sebenar. Mungkin ramai yang berpendapat, dunia teater hanya sekadar aktivti melalaikan dan membuang masa, sebuah permainan untuk mereka yang tiada masa hadapan, namun berapa ramai yang sedar bahawasanya, seni teater merupakan seni yang memanusiakan manusia. Terciptanya teater sebegitu indah merangsang pemikiran tanpa batasan ruang lingkup dan waktu. Ia melestarikan fungsi manusia di muka bumi. Teater memberi inspirasi untuk mencapai kegemilangan. Teater memberi inspirasi meneruskan perjuangan yang tidak berkesudahan. Teater memberi inspirasi untuk keyakinan diri. Teater memberi inspirasi untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan lebih bertamadun. Kerana itulah aku katakan Dunia Teater, Dunia Penuh Inspirasi.

Teater Muzikal P.Ramlee

5 daisies blooming:

Raja Azrul said...

awat cik nida tak bagitahu dah ada blog? huhuhu..takpelah..welcome to my world!!!!!!

Insyallah..harap2 kita dapat share any info through this blog...

Nyda Zamani said...

hehe..saja ja x mo bgtau dulu..hik3~

thanks..yup, kite share knowledge and ape saje banyak2 tau!

c h o c o l a t e i.c.e said...

sebab ape saya suke teater..
sebab ade kak nyda..huhu~

Nyda Zamani said...

huhuhu..sweet sgt bob ni..
pandai amek ati ekk~
hik3 =p

c h o c o l a t e i.c.e said...

saya xpandai ar amik ati..,kak nyda
klu pandai..dh rmai org ati mereka takde..
coz telah diambil oleh saya..
hik3.. :D