Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Wednesday, April 23, 2008

Ketawa Penawar Duka


Betul ke? Orang cakap Ketawa tu penawar duka.
Ubat yang paling mujarab...
Ada kajian menunjukkan orang yang selalu bahagia
Kurang risiko menghidap penyakit jantung dan barah
Tapi...
Kalau hidup selalu je sakit hati bagaimana ya?
Macam mana nak hepikan diri sendiri?
Ye la
Kadang-kadang, orang lain mana peduli diri kita
so kena la fikirkan cara bagaimana nak hepikan diri sendiri
Hidup ni kan tak selalunya indah..
Macam langit jugak
Bukannya selalu cerah
Ada masanya mendung akan datang menyapa
Air laut pun tak selalunya tenang
Adakala ombak jadi bergelora
Semua tu fitrah alam
Sama ja macam kehidupan kita
Adakala gembira
Adakala derita
Tau kenapa kadang kala kita derita dan tak selalunya bahagia??
Sebab Dia tahu, hati yang selalu derita itu lebih dekat denganNya
Jadi Dia tak selalu beri kita kebahagiaan
Kerana kebahagiaan hanya membuatkan kita lupa padaNya
Jadi, apa pengajaran untuk hari ini ye?
Hmm..
Walau dalam apa jua keadaan sekalipun
Jangan sesekali kita lupa kepada Dia, Pencipta kita yang Maha Esa...

Daisy: Ketawa itu penawar duka. Aku juga cuba untuk senyum walau kdg2 hati penuh dengan lara. =)



0 daisies blooming: