Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Saturday, April 12, 2008

MISI


Kumpulan Teater Senandika baru sahaja selesai mementaskan teater MISI pada 9 April lalu. MISI merupakan hasil karya penulis muda, Faisal Tehrani yang cukup tersohor namanya dalam dunia penulisan tanah air.

Percaya atau tidak, MISI merupakan Teater sulung yang dipentaskan di astaka UMP yang boleh dikatakan serba kekurangan.
Tanpa adanya sistem pencahayaan yang boleh membantu menambah unsur kekaguman dalam sesebuah teater.

Walaupun begitu, MISI berjaya direalisasikan. Produksi Teater MISI, telah berjaya membuktikan tiada yang mustahil sekiranya sesuatu perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Saya kagum denga
n mereka yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar tahun satu dan masih lagi dalam proses mengenal apa itu teater. Berkat tunjuk ajar daripada Syikin dan Azlan, mengasah bakat pengarah muda seperti Taufik, komitmen semua krew produksi yang terlibat, baik pengurus pentas, krew set, props dan hiasan, krew busana dan gubahrupa, krew teknikal, krew publisiti serta Lakonan mantap Amir dan Azam telah berjaya memberi nafas kepada
MISI
.

Produksi Teater MISI (Sumber:halamanseniump)


Syabas dan Tahniah Produksi Teater MISI, Kumpulan Teater Senandika.

~Misi Terbaik Untuk Anda~

1 daisies blooming:

Raja Azrul said...

tahniah pada taufik selaku pengarah..nampak gayanya adalah pelapis pengarah untuk abang..huhuhu!!