Selamat Datang ke The Colours of Daisy. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. ♥ Welcome to The Colours of Daisy. Thanks for visiting.

Sunday, April 13, 2008

Gembirakah aku??


Gembirakah aku?
Atau sedihkah aku?
Bila memikirkan kurang 30 hari lagi
Aku akan tinggalkan bumi UMP ini

Bumi yang banyak mengajar dan memberi kekuatan kepada aku
Meredah ombak dan badai yang melanda
Memijak duri-duri bisa

Menelan kepahitan yang ada

Gembirakah aku?
Atau sedihkah aku?
Sepanjang bersama teman-teman di sini
Itu persoalan yang kadang kala
Menerjah kotak fikiran

Apapun yang telah terjadi
Tak mungkin boleh diperbetulkan lagi
Bukankah begitu?
Tuhan punya rencananya untuk aku
Begitu juga dengan manusia lain
Ia pasti baik untuk kita sekalian manusia

Walaupun ia sesuatu yang pahit untuk ditelan
Sesuatu yang jerih untuk kita terus bertahan...


7 daisies blooming:

Anonymous said...

gembirakah aku?

(^^.) : ya, aku gembira krn aku sudah hampir tamatkn pengajian aku di ump. aku harus terus melangkah menuju ke destinasi yg lain pula.

sedihkan aku?

('',) : ya, aku sedih meninggalkn sebuah tmpat yg sudah mnjd sbhgian hidupku. tp ak xperlu gusar krn kalian akn tetap brda di hati aku.

(^_^) : btol tuh, sbgaimana kamu sntiasa brda di hati kami!

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Raja Azrul said...

hehehe...welcome to my club..

Abang tahu dan faham perasaan nida..tapi ingatlah, ini baru permulaan..

banyak lagi cabaran yang akan timbul satu per satu tak kiralah dalam senandika ataupun hidup nida nanti..

Farani Mustafa said...

Langit x selalunya cerah.

Ada sahaja masanya pabila hujan tiba-tiba bercurahan.

Adapun begitu, hendaklah diri memegang sabar dan bersedia dari awal.

Supaya tidak kuyup sepanjang perjalanan.

Nyda Zamani said...

daoz and rani, thanks a lot dear..
kalian adalah sumber inspirasi dan kekuatan akak.
abg raja..thanks sbb memahami..
harapnya, dengan mengingati kalian semua, walaupun dalam ketiadaan kalian di sisi nanti..akan membuatkan sy lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang...

syg kamu semua!!

Anonymous said...

dats my sis.. dats da spirit we r looking 4! u go girl. *wink~

marhaen vintaj said...

kata kata semangat daripada nida... huhu...

di saat begini,kata kata semangat begitu aku lihat bagai semut hitam, di malam gelap yang tidak kelihatan...