Saya baru sahaja selesai membaca novel Manikam Kalbu, karya Faisal Tehrani. Seperti biasa, hasil penulisan beliau sememangnya berjaya menarik minat saya untuk terus membaca dan terus membaca. Ia sebuah kisah tentang asalnya tercipta Busana Melayu. Kisah dua zaman yang digarap dengan amat baik. Ia tentang kecintaan yang mendalam terhadap seni Busana Melayu. Betapa pemahaman tentang falsafah Busana Melayu itu begitu penting. Setiap rekabentuk baju melayu ada maksudnya yang tersendiri. Kagum sungguh apabila terdedah dengan semua ini.
Tulisan FaisalTehrani selalu memukau saya tentang Alam Melayu. Betapa hebatnya Alam Melayu suatu masa dulu. Amatlah rugi untuk kita tidak terus pertahankan ADAT dan BUDAYA MELAYU. Betapa saya melihat, perjuangan Faisal Tehrani untuk memberi kesedaran pada orang Melayu tentang siapa kita. Tapi sayang, entah berapa ramai yang sedar semua itu. Sungguh saya memandang tinggi penulis ini. Hendak saya komen panjang tentang Manikam Kalbu, tidaklah pula di bidang kuasa saya kerana saya ini masih cetek ilmunya.
Sedikit menyimpang dari topik Manikam Kalbu. Siapa kata Seni dan Budaya itu melalaikan dan jauh terpesong dari ajaran agama. Mungkin kurang mendalami perkaitan antara Melayu dan Agama gamaknya. Apa salahnya menyokong aktiviti Budaya asalkan bertepatan dengan kehendak agama. Sama-samalah bantu menaikkan dan bukannya meruntuhkan. Utuhnya bangsa kita kerana Agama dan Budaya. Kalau hilang Agama dan Budaya kita. Mana mahu di cari kekuatan Melayu. Sudahlah Melayu itu mudah alpa mudah lupa. Andai disekat segalanya, bukankah meruntuhkan bangsa sendiri namanya.
Andai ada menyinggung hati mana-mana pihak saya mohon maaf. Ini hanya suara hati saya. Pencinta Seni Budaya.
Daisy: Manikam Kalbu~i luv it so much!! Thanks Rani!
8 daisies blooming:
setuju ngan cik nida...
erm..harus, abang kena cari gak buku nie..best kan? berapa bintang nida kasik?
erm, xleh komen psl melayu coz im not malay, hehehe.. aku anak bajau sejati, hahaha..
abg raja:
best3..
nida bg 5 bintang utk buku ni..
hehe..
abg zam:
pe ar abg zam
x ley komen pasal melayu
komen la pasal bajau...huhuhuhu~
"Andai disekat segalanya, bukankah meruntuhkan bangsa sendiri namanya."
tersekat krn disekat oleh pihak yg menyekat,adeii..ntah bler la nak maju kalu asyik cmtu,ye dak?
yerrr..btol3!!!..
hehe~
hurm.. dah kate.. dah buku nih. besh~... slalu.. terkesima.. ngan buku2 faisal tehrani, yup seperti cik nida cakap.. terutama dlm perihal Melayu.. bangga bila selepas habis membaca.
Oh.. salam blogger :D
Hurm...
Buku ni macam best je?
Berapa ek harganya?
harga??
hari tu kamu beli berapa hengget ek??
Post a Comment